31 December 2010

One for all, all for one.


---eh...eh...ape ni...[[opss. Rahsiaa!]]---



---ohh...macam sedap je kek ni.....---



---meh kite potong kek ni...---



---SUPER DELICIOUS!---

It's SR's Chocolate Indulgence of course!!!

Today, 31st December 2010; the last day for 2010. So kek ni seolah-olah macam sambutan hari jadi untuk kami semua!! Hihi....Sebagai 'penutup' bagi tahun 2010. Other than that, we're also having steamboat just now. Yummmy!


Ohh. By the way, I'm at home rite now. ^rumah manis rumah^

28 December 2010

Relax arr bro~


Eh2, thanks for wishes by the way. Never expect it was actually from you! Haha...Its been so long since I've heard anything from you. Well, I know la you busy memanjang ngan _____ (you isi la tempat kosong ni sendiri!)

Then I know la I reply ur msg then tanya macam2. Tapi tak payah la gelabah sangat kot. I bukan tanya soalan peribadi you. Soalan2 normal kot. Ke you yang tak normal dah ni sejak _____ ??(ni pon you isi sendiri ye.)

Takkan you takot dengan I kot? Malu? Segan? Haha...jangan buat lawak la~~

27 December 2010

My twenty-second birthday!




HAPPY BIRTHDAY TO ME!! laa...hihi...

Alhamdulillah. Aku diberi kesempatan menikmati usia yang ke 22 (:

Seperti biasa, harus ada wishlist. *ehem2. Walaupun aku tau ntah sape la yang murah hati nak bagi aku sume2 ni. Berangan je laa.....haha...


1. Smart phones (BB ke, iPhone 4 ke, E5 ke...:p)

2. DSLR D3100 (Even xtaw gune sangat, boley belajar kann...)

3. A pair of sneakers (Well, there's a saying: 'Give a woman a right pair of shoes and she can conquer the world' *wink2 )
Wishing for a sneakers instead of heels sebab sneakers ni boley aku lanyak g merata2. Hihi..

Last but not least...

4. Secret recipe's chocolate cheese cake (yummY!!!!)



Hey! Hey! I'm still sweet 22! (^^,)v

Still loving you....


Saya masih sayangkan awak.


Saya TETAP sayangkan awak.


Saya tak pernah terfikir nak cari pengganti awak.


Pliz....


Plizzzz...................


Jangan hampakan diri saya.


Tolonglah bertahan.


Demi saya.


Confirm saya nanges kalau awak takde.


Jangan tinggalkan saya.


Promise????










Ye, awak. Lappy saya..........

---awak---

---walaupun saya dalam lab, saya tetap setia disisi awak---


Ohh, saya tak sanggup kehilangan awak.

Awak terlalu berharga~~



sebab lately asyik kuar cam application error ke mende ntah. pastu die akan restart tibe2... speaker pon dah agak wengg....

25 December 2010

Gelak tak hengat. -Part 2-


Tempat: Dataran.
Masa: Malam.
Cuaca: Sejuk2 kaki.
Penglibatan: Ahli biasa - Aju, Tuyah, Dieba, Ecah, Leh, Amat.
Tambahan ahli- Mira.

Sempena malam krismas, memang happening kawasan tu. Dengan family2 yang bersantai2 bersama keluarga. (orang Shah Alam memang suke piknik maktu malam ke?). Jejaka2 hensem bersidaian tepi jalan.

Dengan kereta berhias nye. Ala2 pokok krismas bergerak. LOL. Pasang lagu kuat2 plak tu sampai bernanah meleleh-leheh telinga aku. Siap ade baling2 bunga api lagi! Nasib baik ohh tak kena kitorang~~ Memang dekatt je. Cilakak betol. Menggangu ketenteraman awam sungguh! Dahla kitorang dengan penuh bahagia dan senang hatinya berkumpul kat tengah2 laman tu. Jeles laa tu! Ciss~~

Malam ni jugak ade orang buat free show! Woot. Woot. Shuffle lagi you~~ Kehkehkeh....
Siapakahh????
Ni haa mamat bajet tu...
---gambar curik dari fb beliau---

Sila bayangkan die menari shuffle. Konfirm anda jua akan gelak tak hengat, guling2 atas katil sampai jatuh katil. *try this at your own risk.

p/s: aku masih lagi terasa sengal2 di perut akibat perbuatan ketawa yang melampau2. duhh~~

Maafkan diri ini.


Aku manusia biasa.
Tak lepas dari buat kesalahan.
Macam-macam, dan terlalu banyak salah aku.
Maafkan aku...

Kadang-kadang aku tak sedar.
Kata-kata aku mengguris hati mereka.
Jenaka ku mampu menghiris perasaan.
Maafkan aku...

Ada kalanya, aku 'malu' mengakui kesalahan aku.
Tapi ketahuilah. Aku menyesal melakukannya.
Aku taknak ulangi lagi.
Maafkan aku...

Tegur aku kalau aku salah.
Aku akan belajar dari kesilapan aku.
Aku akan cuba mengawal diri.
Aku, terlalu banyak kelemahannya.

Buat masa ni, tolong........

MAAFKAN AKU.

23 December 2010

Seronok bersama mereka ^^


Cam ntah pape je tiap2 ari dok countdown nak g pasar malam..Maka hari ni tercapai jua keinginan tersebut. Hihihi:p Maka berjalanlah kami berempat; aku, Tuyah, Mira ngan Leh. Pusing seround baru satu plastik. Second round, tambah lagi dua plastik. Cukup2 lah tu kan. Kalau masuk round ketiga, mau berplastik-plastik satu pasar malam tu kitorang borong. Hahaha...

Pastu g makan kat dataran tepi masjid. Makan2, borak2, gelak2, dengan angin yang kuat tu. Brrrrrr...*gaya coca-cola, memang tejuk! Hehe...

Tetibe dapat kol. Ehh, Aifaa? Bile angkat2 je, dengar suara Farah. *farah, aku cam taw suara ko. sila terharu. kihkihkih.... Rupa-rupanya die, Aifaa ngan Misya ade kat Shah Alam. What??? Dahla lama gilee tak jumpa Misya. Pastu, teringin sangat nak tengok Aifaa yang sedang berbadan dua tu. Excited! Excited!

Sampai2 je kat Seksyen2, terus cari dorang. Hepi nyee bile tetibe dapat jumpa camni. Lagi2 si Misya tu la. Dah title Puan dah sekarang. Aku rasa lepas abes SPM dulu, ni la first time aku jumpa die balik. Bley plak die gelak bile tau aku amek Fizik. Mentang2 dulu masa kelas Mr Lim, aku la kaki tido. Hahaha..Sengal je!

Aifaa due 28 Januari ni. Wowowo....Sebulan lebih je lagi! Bley plak 'mak buyung' ni jenjalan sampai malam2. Hihi...tak sabar nak tunggu baby baru (lepas Diana's twin).

Lupa nak amek2 gambar ngan dorang. Aduhaii~~~

So bile korek2 dalam laptop, jumpa gambar2 lama ni. Tadaa~~

---ni masa aifaa's wedding. sekarang dia tengah pregnant (:---


---ni gambar masa form 3, kat FRIM. Farah, ingat lagi takk??---


---amek hadiah masa HAC kat Jenan---
...di belakang bunga tersebut adalah wajah saya. hihi...

Nak jumpa korang lagi!! Boleh borak panjang2 sket.....


Ohh...by the way, thank you sooo much pada orang yang dok angkut kitorang kehulu-hilir. Encik Leh! Thank youu!! N lupa nak cerita pasal pengalaman pegi KLCC ngan Aju semalam. Sampai sesat2 sebab tak tau jalan. Dahla malam2, pakai redah aje...Memang sengaja nak buang minyak!

20 December 2010

Messy nya hari ni...


Niat hari ni aku ngan Tuyah nak g fac nak jumpa Dr Salleh. Nak bincang pasal tajuk proposal. Lebih kurang kol 10.30, kuar umah nak tunggu bas. Sampai2 kat simpang jalan tu, nampak satu bas 604 baru je lepas. Alamakk...terlepas bas! Jenuhla tunggu pasni. Dahla skarang tengah cuti sem, bas tak banyak. Aduhh...Dan-dan time tu jugak, hujan turun. Ape lagi, larikk la. Side nak tunggu bas belah sini takde bustop. So g lari seberang jalan sebab ade bustop kat situ...

Hujan pon makin reda. Sempat jengah2 gate UiTM n nampak ade satu bas baru kuar. Konfirmla tu bas 604. Bas tu akan pusing seksyen 7 n lalu tempat kitorang tunggu tadi. So kitorang pon g la seberang jalan. Tengok kanan, ade satu je kete n die agak selow. So kitorang pon nak lintas la. Tibe-tibe....File aku!!! Time tu jugak aku teringat file aku tertinggal kat bustop tadi n aku boleh cam ter'pause' kejap tengah2 jalan n patah balik g bustop tadi. Memang bahaya. Nasib baik kereta tu tak laju. Kalau tak, mau disondolnye aku. Huu....

Tunggu bas. 5 minit. 10 minit. 15 minit. 20 minit. Wehh, mane bas ni? Takkan lama sangat die pusing seksyen 7 ni. Last2 ade satu bas lalu tapi die taknak amek orang. Bengang tol! Kitorang da mula fed up. Rasa cam nak patah balik umah je. Tapi alang2 da dekat ngan pusat komersial, kitorang decide nak g makan kat sane n baru fikir balik nak masuk dalam (uitm) ke tak.

Sempat shoping2 jap kat Giant. Rabak jugakla duit beli Milo ngan Downy. (berkira gile!) Haha...Pastu Aju kol nak ajak makan skali. So g la lunch sama2. Then g smayang dekat2 ngan lab Aju n Aju tolong anta kitorang g fac. Thank you so muchh dear!! Time tu pulak hujan turun selebat-lebatnya. Aduhaii...basah jugakla masa nak lari naik kete tu. Huu...

Decide nak jenguk bilik Dr Salleh dulu. Intai2, pintu bilik die tutup. Maybe die tak masuk ofis lagi kot. So g naik ofis IPSIS, nak amek kad matrik. Tapi dalam hati cuak gile sebab takut kantoi tak pegi taklimat petang lepas daftar tu. Dah siap reka macam2 alasan dah! Emergency la, tertinggal slip la, hantar parents la. Hahaha....Tengok2, takde orang pon kat frontdesk tu. So duduk2 kat kerusi2 kat hujung tu dan mengumpul kekuatan. (??) Huu...Hujan makin lebat, kilat sabung menyabung, guruh berdentum dentam (extravaganza!). Masing2 takot nak g tanya kat ofis IPSIS pasal kad matrik. Si Tuyah plak sempat tido kat meja-kerusi tu. Haha...memang bestla klu dapat tido time2 macam ni. Lagi2 lepas makan kann...

Last2 aku kol je Dr Salleh tanya die ade kat ofis tak, lepas aku msg die n die tak balas. So aku paksa Tuyah yang g tanya kat ofis IPSIS. Hihi...sorry yah. Aku buli die!:p Skali, orang kat ofis tu cakap, amek kad matrik kat menara tingkat 6. Pulakk dah. Aju cakap amek kat situ (ofis IPSIS). Takpela. Kitorang pon turun g ofis Dr Salleh.

Maka terjadi lagi satu 'tragedi'....

Sebelum masuk bilik Dr Salleh tu kan cam kena lalu satu pintu kaca tu kan. Adela sorang akak@makcik ni. Kitorang memang b4 nak masuk bilik Dr, kitorang just cakap je kat die, n terus masuk. Tetibe tadi die cakap, "ade student kat dalam, awak tunggu dulu kat situ" sambil tunjuk kat sofa tepi tu. Aku ngan Tuyah cam 'terpinga-pinga' jugak. Yela, selama ni kitorang bley je masuk camtu. Kitorang tak duduk pon. Just berdiri kejap n jenguk2 kat dalam ofis nampak Husairi, junior IP kitorang n kitorang pon decide g je masuk terus. Masuk2 tu, g la salam2 ngan Mary ngan Peah. Tibe2 akak@makcik tadi tu datang kat depan bilik Dr. "Nape awak masuk ni? Kan saya cakap tunggu kat luar dulu. Mane bley macam tu je. Ni pejabat pentadbiran. Lain kali saya suruh masuk baru masuk". Alamakk...!! Aku ngan Tuyah cam terkedu, taktau nak cakap ape. T_T Aduhaii...first2 day da kene marah. Spoil betol! Huwaaa~~~

Pastu bincang2 sket ngn Dr...Aku cam tetibe agak takde mood lepas kena marah tadi T_T (lelebih plak aku nih!). Pastu bile nak kuar je, kitorang follow belakang Dr. Sempat lagi akak@makcik tu bebel lagi kat kitorang. Bla...bla...takleymasuk..bla..bla...tunggu...bla...bla...pejabat. Kitorang wat muka doposen jela sambil mintak maaf. Huu....

On the way nak g menara. Terserempak ngan Husairi tu lagi. Aku tegur jela, tanya die g tak taklimat kelmarin ape sume. Yang 'bestnye' die boley lak tak kenal kitorang dua dak IP. Ishk3...Tak kesahlah tu. Yang kitorang risaukan, die cakap kad matrik da dapat lepas taklimat tu. Aduhh!!! Satu lagi masalah....So masing2 da fikir macam2la alasan nak bagi nanti. Huwaa...kena bebel lagi la pasni..T_T

Naik menara tingkat 6. Masa dalam lif, nampak ade sorang pompuan ni pegang slip biru kad matrik tu. Yess! Ade geng! Haha...Sampai2 je depan kaunter, orang tu mintak slip biru tu, die masuk dalam. Then tak lama pastu die kuar n bagi kad matrik kitorang. Aikk....macam tu je??? Kitorang punye la perah otak nak fikir macam2 alasan 'logik' nak bagi, tetibe dapat camtu je?

Benda yang kitorang tak expect langsung nak kena marah, bley plak kena marah+bebel. Kat tempat yang kitorang da 'ready' nak kena tanya macam2, takde pape plak. Alahaii.....

Balik umah. Malamnye, turun nak g beli makanan, hujan turun selebet-lebatnya. Nasib la medan selera tu dekat je. Tapi dekat2 pon, basah jugak la dengan angin yang kuat tu. Menu: nasi putih+ayam masak halia(:

*panjangnyeeee..........tapi puas hati dapat tulis semua! kahkahkah...

Gelak tak hengat.


Semalam. Malam. Urmm, malam semalam laa.

Lepak ngan Aju, Ecah, Tuyah, Amat ngan Leh kat McD Seksyen 3. Makan Prosperity Burger...nyumm...nyumm...ngan orange McFizz (ni ehh nama air tu? tak ingat. hihi) Memang simply superbb laah! Dahla aku memang suka makan pedas2 ni. Memang HOT betol burger ni. Mau meleleh air mata. Haha...

---nak lagi.nak lagi.nak lagi---

Pasni balik umah kena ajak ayah g McD lagi. Hihi...sebab ayah hanya nak bawak anak-anak die g McD jika dan hanya jika ade prosperity burger ni. Kalau tak, jangan haraplaa...pandai-pandai la pegi sendiri kalau tetibe 'termengidam' double cheese burger. Heh...Urm, rasanya cam awal plak properity ni kuar. Kan selalunya dekat2 ngan chinese new year baru ade. Takpela, dah ade tu, ngaap je la. Kehkeh...

Berbalik kepada tajuk. Bila dah lama tak jumpa member2, harusla jadi riuh. Sembang macam2. Specially pasal kenangan2 masa belajar dulu la. Kisah Tuyah jatuh terpeleot kat tepi jalan, kisah Aju jatuh masa dalam kelas math. Kisah kejar bas. Cucuk mulut orang. Aksi2 dalam bas. Memang gelak tak hengat! Mau pecah perut rasa. Orang dok tengok pon kitorang wat tak tau je. Naseblaa....Serius, kalau kat rumah tu, mau tergolek-golek gelak. Sangat2 kelakar bila ingat balik benda2 ngarut dulu. Hihihi.......

19 December 2010

Aku masih realistik


Kalau nak diikutkan kemahuan, keinginan, kehendak sendiri, memang panjang lah list aku boleh buat. Melebihi segala keperluan. Nak tu...nak ni...macam tak pernah cukup dengan apa yang dah sedia ade. Tak tahu bersyukurkahh?

Tapi tula manusia. Kadang-kadang tak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki.

Tapi kadang-kadang pada pendapat aku, tak salah menginginkan sesuatu yang mungkin lebih baik dari apa yang kita ada. Juga harus diingat, wujudkah sesuatu yang boleh digelar sebagai TERBAIK?? Dan bagaimana kita boleh pasti sesuatu yang TERBAIK itu baik untuk kita?

Choosing the BEST thing might NOT be the best decision.

Aku memilki angan-angan. Banyak sangat. Aku mengharap aku dapat buat begitu, aku memliki begini. Tapi ia cuma angan-angan yang kadang-kadang aku rasa macam takkan kesampaian. Bukan mahu bersikap seperti seorang pesimis. Aku tau kemampuan aku. Yela, kalau dah angan-angan nak g planet marikh tu memang harusla takkan kesampaian kan? Aku masih realistik.


...to be continued. Aku nak list semua angan-angan aku. kahkahkah....

THAT feeling strikes again!


I'm SCARED.
Way too SCARED!!!


Ya Allah, hanya pada-Mu ku berlindung dan hanya pada-Mu jua aku memohon pertolongan. Tabahkanlah diriku. Kuatkanlah semangatku untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.


Aku memikul tanggungjawab yang cukup berat, serta menjadi harapan ibu bapa dan keluarga. Aku taknak kecewakan mereka.


Whatever it is, I HAVE to do this! I MUST!

18 December 2010

A whole new world.

Hari ini secara rasminya......aku telah berdaftar sebagai postgraduate student di UiTM.
I'm so.................




*speechless.

Tak sangka akhirnya jalan ni yang aku pilih.


.Be strong.
.Work hard.
.Never give up.


oppsss...journal tak abes baca lagi. matikk...

15 December 2010

Brake sat noo...


Err...I mean break. LOL

Dalam masa seminggu ni sangat jarang dapat online. Maklumla, sekarang cheq ada di kampung, Kedah. Tu yang line berukban agak sengal-sengal ayam. Jadi memang malaih gila nak tunggu page loading segala macam. Baik cheq tidoq jaa....kehkehkeh

Lagipun jadual harian memang full (chehh, bajet VIP apaa??). Mana nak p umah tok su, tok ngah, mak lang, mak cik, mak tam, segala jenis mak laa.....Pastu nak p shoping kat Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Pekan Rabu, Alor Setar semua...haaaa.....memang bz lahh!

Patu dok mengidam nak makan pasembor la, laksa Teluk Kechai la, cendol pulut, nasi kandar....

Ishk3....

Lenkali laa update lagi. Nak p jenguk facebook sat. Sian depa rindu kat cheq. Hahahaha....

09 December 2010

packing.packing.


Esok bertolak g Rawang n lusa akan g Kedah.
Sepatutnya sekarang ni aku harus kemas barang.
Tapi sempat berblogging. Heh.

Malasssssnyeeeeeee~~~~~

Dahla banyak barang kena kemas sebab kena bawak siap2 barang2 nak tinggal kat Shah Alam.

Meh nak list sat...
-baju jalan, sluar jalan
-baju dok umah, sluar dok umah
-baju tido, sluar tido
-baju kurung, kain kurung (ehh, ade plakk??)
-tudung bawal, tudung sarung, tudung syria, shawl & anak2 tudung
-make up
-cadar
-selimut
-tuala
-telekung & sejadah
-tilam
-bantal bushuk
-kipas
-baldi, gayung
-toiletries
.....
..............
...........................

....and the list goes on and on..........

*pengsan.

08 December 2010

Watermark tak canggih.


Urm, rasa cam nak watermark untuk pic yang diupload.
(macamla ade orang nak copy kan. Hakhak...)
Tak kira. Nak jugak!!!
Taraaa~~~~
---kahkahkahkahkah....*gelak guling2*---


Plizz....janganla kutuk....nak nanges ni. hukhuk T^T
Saya tak pandai guna Adobe Photoshop.
(padahal sejak azali lagi sudah wujud adobe ni dalam lappy tapi TAK PERNAH guna)

Ajar plizzz...........................

07 December 2010

What happened?

---gile nervous---

Semalam aku g interview kat National Semiconductor(NS). Ni nak cerita sket pengalaman 'suka duka' masa kena interview tu. Hihihi....

Sampai kat NS gile awal. Kol 1:30. Ikutkan appointment interview pukul 2. (Xpelaa, harus datang awal. First impression itu penting!) So sementara pukul 2 tu, aku tunggu je la kat pondok guard. Tenangkan hati yang tengah dud...dab...dub...dab...Tetibe sorang akak guard tu ajak masuk, g cafe. Aku mula2 cam malas nak g. Tapi die ajak jugak, so follow je laa. Akak tu makan nasik. Aku beli roti je. Akak tu tanya, "diet ke dik?". Aku sengih2 je laa jawab tak. (Takde maknanya nak diet kak. Jantung bagai nak pecah ni ngan beribu2 'butterfly' dalam perut ni, manela ade selera nak makan. Huu...)
Tapi sempat sembang ngan akak tu. Die cakap keje kat sini gaji best. Keje 3 bulan je bonus, 3 bulan je bonus. Tapi keje nye faham2 la. Memang stress!

Then lepas makan tu, jumpa ngan akak HR and die bawak g ofis n isi satu form ni. (Ikut cakap Wan Rosihan, ade ujian bertulis. Tapi takde plak...bagusla. Hihi...) Akak tu sempat cakap, "yang nak interview awak ni orang cina. tapi dulu dok kat obersea. tu yang cakap english berabok!" Hehe...Aku gelak je dengar....

Bile naik atas kat ofis die, tengok2 yang interview aku tu orang india, lelaki. Yang cina tu bos die. Bos die ade meeting, so die ganti tempat bos tu interview aku.

Tarik nafas....hembus...tarik nafas...hembus...tenang...tenang......

Memula biasa la, cakap pasal diri kite. Sambil tu die belek2 resume, slip result ngan sijil2 aku. Ok, so far semua ok. Interviewer ni pon nampak baik. Belek2 sambil senyum2 je tengok benda2 tu.

Jeng....jeng....jeng....

Tiba lah part yang meluruhkan jantung, menghentikan aliran darah dalam badan aku. (hamek kau! extravaganza sungguh!) Die start dah tanya bab2 teori....First2 die tanya pasal Bipolar junction transistor (BJT). Die suruh lukis simbol je. Terkial2 aku. Pastu CMOS transistor plak. Haa, yang ni aku lupa. (matikk!) Pastu suruh construct CMOS tu gune PMOS ngan NMOS. Alamakk! Yang ni ade belajar kat kelas circuit design. Tapi aku lupa =.=! Pastu camne benda tu operate untuk dapat high ngan low output. (dushh!! help meee!!!!)

Next pasal logic gate plak. Nasib baik laa yang ni aku boley jawab. Pastu die tanya pasal diode I-V curve. Aku cam ingat2 lupa. Terkonfius ngan transistor nye I-V. (kenape laa time ni jugak bley aku 'blackout'!) Last2 aku lukis je. Seb baik betul. Just ade sket2 yang tak berapa tepat. Kira ok la tu kan...Aku bukan major electronics. Mane la aku ingat sangat. (alasan sungguh!)

Tapi ade satu benda yang die nak tanya aku pasal pull up ngan pull down network. Aku jawab tak belajar. Hahaha...Tapi bile ingat2 balik, cam ade belajar kat klas ECE. Tapi aku langsung tak pernah salin ape lecturer tulis kat whiteboard sebab aku tak paham langsung! Sampai the end of sem tu aku langsung takde notes untuk subjek tu. Bile nak exam, baru gelabah pinjam photostat notes orang. Ohh my!

Pastu pasal semiconductor process aku bley la jawab dengan yakin dan konfiden nye! Kehkehkeh....Well, memang secara jujurnya aku lebih minat benda ni berbanding part electronics . Tak sangka plak position ni memang kena strong electronics.

So kesimpulannya, aku redha je. Kalau ade rezeki, alhamdulillah. Kalau takde, maybe bukan rezeki aku....

06 December 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Setiap tahun bila sambut Maal Hijrah, mesti kita dengar lagu ni kan? Dari kecik masa tadika sampaila da beso panjang sekarang ni. Maka teringatlah kenangan2 berarak dari sekolah, pusing2 taman. Then ada pertandingan nasyid. Of coz la ni lagu wajib kann....



Alhamdulillah....
Kita diberi kesempatan bernafas lagi di tahun ini.

Marilah kita semua berhijrah.
Berubah.
Ke arah yang lebih baik.

Semoga kita semua dilimpahkan rahmat, diberi kesenangan untuk terus beribadah kepada-Nya.

Marilah jadikan tahun 1432H ini lebih baik dari tahun sebelum2nya...
Aminn~~~
(^_^)

Dalam suka, ada dukanya...


....dalam seronok2 berkonvo, ade jugak part yang tak best....

1. Kereta kena parking jauh dari dewan konvo (DSB). Kesian tengok parents bersesak-sesak, berasak-asak naik bas. Dengan cuaca yang panas terik tu.
-Kesian, tapi nak wat cane, dah memang struktur geografi(?) UiTM Shah Alam yang keadaannye tak berapa besar dan kedudukan bangunan yang agak 'kurang tersusun'. Tu yang tak bleh nak parking dekat ngan DSB. Terpaksa la park kereta kat tempat lain dan naik bas cam dalam tin sardin! (Actually boleh je kalau tak nak parking kat padang kawad. Tapi kena pandai2 la 'lari' dari pakguard UiTM n cari parking dekat2 ngan dewan. Tapi bukan senang tau....)

2. Parents tak boleh tengok anak2 mereka mengambil ijazah/diploma secara live. Sebabnya, Dewan Sri Budiman tak cukup besar untuk mengisi semua graduan dan ibu bapa dalam satu dewan yang sama. DSB tu hanya muat2 untuk graduan je. Ibu bapa kena duduk kat dewan lain (Dewan Annexe) dan hanya melihat di layar putih. Of coz la mereka agak 'kecewa'. Yela, datang jauh2 nak tengok anak graduate, tapi hanya bleh tengok kat skrin je...
-Ni pun nasib baik sebab konvo kali ni first time turut diadakan kat kampus cawangan (Perak, Perlis, Terengganu n Sarawak). Kalau tak, memang lagi sesak la UiTM ni...Sekarang ni dewan baru sedang dalam pembinaan. Belakang padang kawad. So memang agak strategik. Boleh parking kat padang kawad n boleh jalan kaki je ke dewan baru tu. Tak payah susah2 naik bas. Dan nampaknya dewan tu memang BESAR. Confirm ahh muat sume satu kampung. Hahaha...

3. Konvo sesi petang. SANGAT tak best!
-Abes konvo dah dekat kol 5. Kuar2 je masing2 mesti akan terus cari family masing2. Amek2 gambar. Pastu cam dah lewat petang, nak balik dah. So memang agak tak ade masa untuk berhappy-happy baling2 topi dengan kawan2. Huwaaa....Seriously, even dalam kamera yang aku bawak tu, takde langsung gambar ngan kawan2. Takde langsung! Rasa terkilan sangat. Dahla kitorang dah jarang jumpa, masing2 dah ade hal masing2. Time macam ni la baru boleh nak kumpul ramai2. Masa plak tak mengizinkan. Urmmmm~~~

Ini plak benda yang kita tak boleh nak jangka....
4. Hujan rahmat turun dengan lebatnya.
-Bile dah hujan, memang jem la depan pintu dewan. Dan suasana jadi agak 'gloomy' sebab semua cam resah, cari orang tu, orang ni, tension.

05 December 2010

Saya sayang MEREKA ^^


Seperti yang dijanjikan (hihi), ni lagi gambar2 masa konvo...
Source gambar dari fb kawan2...tak banyak pon gambar kitorang ramai2...sedeyy :(

Apepon, layann~~~

Masa amek jubah. Gile excited!
---perasan nak jadi heri poter. kahkahkah...---


Tengah siap2 pakai jubah.
---macam macam ragam...---


Aksi dalam dewan konvo.
---kami peneraju barisan hadapan---
kami sekelas dok depan skali, kena sopan2. hihihi....

Yang tak bestnya, aku duduk paling hujung. So diorang yang tengah2 dok amek2 gambar, mesti muka aku takde. Benci tol! Nak gak masuk pic! (gile glamor!) Dahla kalau kat skrin pon, mesti muka yang dok ujung2 ni takde. Pakcik cameraman tu unfair. Jeless!

Lepas habis istiadat konvo.

---ni je la gambar yang ade muka ramai2...---
muka-muka penuh keceriaan ^^
tak sempat nak ber'camwhore' lama2. huu.....
tak berkesempatan nak baling topi!

Actually, ade lagi gambar lain2. Tapi rasanya banyak ni pon cukup kot....

Just another shot.


6 December 2010.

Isnin.

2.00 pm.

Batu Berendam Free Trade Zone.


Just trying my luck. Tak letak harapan tinggi. Urm, 50-50 kot. Ehh...tak. 70-30. Tapi aku rasa kali ni aku boleh lakukan dengan agak tenang kot. Sebab kalau tak dapat pon, still ada sesuatu yang 'lebih PASTI' sedia menanti.....


mengharap 'sesuatu yang indah' menjelang Maal Hijrah......

04 December 2010

Nak gambar lagi.....


Baru perasan. Bile belek2 gambar konvo sendiri...

Tengok album gambar konvo kawan2 kat fb...

Terperasan sesuatu.......

Bahawasanya...............................................






















Gambar aku tak banyak! T_T
Huu....
Orang len sume posing merata2. Aku???
Gambar ciput ni je la yang ade.....Jeless tau!!!!!
(....rasa cam nak g sewa jubah malam ni jugak g amek2 gambar! Huwaaaa!!!!)

03 December 2010

KAU atau DIA


Kenapa harus KAU datang sekarang?? Kenapa bukan dulu, sebelum DIA??

YOU make me confuse again. Hate it!

Aku dah merancang memilih DIA. Tiba-tiba KAU plak datang. Ingat senang ke nak buat keputusan?? Aku bukanlah marah. Tapi aku jadi tak tentu arah bila benda ni jadi. Sama ada untuk mencuba kembali dengan KAU atau abaikan saja dan teruskan perancangan dengan DIA.

KAU, memang dari dulu aku tunggu, yang paling aku harap-harapkan. DIA pulak memang sentiasa ada. Orang kate, pegi je kat KAU. Dapat tak dapat belakang kira, yang penting cuba dulu. Ni peluang. Tapi kalau KAU tolak aku balik camne? Orang kate lagi, alaa...ape nak kisah, DIA sentiasa ada. Bila-bila masa pon boley.

Ok, aku plak kate: Aku akan mencuba untuk KAU. Kalau KAU reject aku lagi, aku g kat DIA. Muktamad!

02 December 2010

I've graduated (:



Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Finally after the three years of hard work, pain and sufferings (ohh, exaggerate sungguh! :p), I'm now a graduate! Rasa cam tak percaya je, kejap je masa berlalu. Syukur sangat....

Aku sangat2 berterima kasih kat lecturer2 yang banyak bagi tunjuk ajar, rakan2 yang membantu, ibu ngan ayah, family yang banyak bagi dorongan dan moral support kat aku, juga sentiasa mendoakan aku. Kejayaan aku ni juga dihadiahkan untuk mereka.

---bella, ibu n ayah---


---saya^^---

Next, akan upload gambar dengan kawan2 pula. Yiihaa~~~

01 December 2010

I ♥ 12 (:


Bulan Disember.
Sentiasa dinanti. Hihihi......Sebabnya, of coz la sebab nak tunggu birthday(: Yelaa, sume orang dah sambut birthday, aku yang lahir hujung2 tahun, kena tunggu lama sket. Tapi takpe, yang lahir bulan 12 ni mesti slalu jadi antara yang paling MUDA antara kawan2 sebaya. Suke2! Hehe...Plus, kalau masa2 sekolah dulu, bulan 12 ni la paaaling best. Sebab cuti sekolah. Sebulan lebih plak tu. Yabedabedu~~~~ v(^_^)v

Tahun ni, bulan 12 ade lagi satu kegembiraan. ---> KONVO!!!! Konvo aku arini. 1/12, sidang petang kol 2. To be updated sooon....(:

Juga satu debaran. Bakal mendaftar sebagai student postgrad 18/12 nanti...takott~~~

Untuk anak2 Disember, HAPPY BIRTHDAY untuk kalian. Dari saya, yang juga lahir dalam bulan Disember~~~

2/12 --> IP's Nashriq 26
8/12 --> X-rumate Sazz 22
16/12 --> IP's Lan 22
17/12 --> IP's Ain 22
20/12 --> KMNS's Maya 22
23/12 --> KMNS's SyuLi 21
27/12 --> IP's Man 23 <----- SAMA DENGAN SAYA!! Opps, tang umur tak same yea....
28/12 --> X-Gen's FaraNadiah 22
31/12 --> X-Gen's Husna 22



Nak selitkan kat sini, kajian Dato' Dr Fadzilah Kamsah tentang orang yang lahir bulan 12 ni....

DISEMBER
♥Sangat setia dan pemurah.
♥Bersifat patriotik.
♥Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
♥Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
♥Bercita-cita tinggi.
♥Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
♥Seronok bila didampingi.
♥Suka bercampur dengan orang.
♥Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
♥Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
♥Tidak pandai berpura-pura.
♥Cepat marah.
♥Perangai yang mudah berubah-ubah.
♥Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
♥Benci pada kongkongan.
♥Suka berlawak.
♥Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Agak2, aku ada tak sifat2 nih? Ngeee~~

30 November 2010

Pre-convo celebration


-nad aju ecah hajar tuyah man dieb leh-

Xde la celebration sangat. just makan2 je. Sebab masing2 pastu busy ngan hal masing2 (nak beli baju, kasut, segala 'kelengkapan' nak konvo. Hihihi....)

Ape pon, rasa happy sangat sebab dapat hangout sesame.

Can't wait for TOMORROW! Yippiee~~~~

26 November 2010

Selamat hari Jumaat


Alhamdulillah...surat tawaran postgrad dah settle.
(walaupun dalam hati sebenarnya ada sikit berharap hanya dapat buat master sahaja. huu....)

Takpe, Insya-Allah aku boleh buat. Yakin! Yakin!

Sekarang ni tinggal masalah rumah sewa je yang belum settle lagi. Adehh....Camne ni....Dahla nak kena daftar 18/12 ni. So by hook or by crook kena dapat rumah jugak awal Disember ni. Matilaa...camne ni....


Apepon, mood excited nak konvo sedang bermaharajalela dalam diri. Yipppiee~~~!!!!


p/s: saya tak fahamla baca sume journal tu.....-_-!

23 November 2010

The hundredth.

This is the 100th entry for my blog.

So,


Happy 100th!!!


Keep on writing!!! &...typing!
v(^_^)v

SPM sudah bermula


Hari ni, perjuangan mereka bermula. Segala apa ilmu yang dah ditimba sepanjang 2 tahun ni bakal dicurahkan...
(Kalau dapat curahkan semua, memang alhamdulilah. Tapi kalau blank, huu...tawakal la banyak2...)

Teringat zaman aku amek SPM dulu. 5 tahun lepas......

First paper aku, 12 November 2005. Paper Pendidikan Islam. Nombor giliran aku KB023A007. Nombor James Bond. Hakhak...Btw, sangat takott ohh. Yela, SPM ni kan also known as Sijil Penentu Masadepan. So memang kena struggle abes-abesan la..Aku ni plak ntah camne masa Form 5 bley sesat masuk kelas first ntah. Dahla dak klas2 1st ni sume rajin, pandai2. Aku ni la paling malas dan kurang pandai. Huwaaa....Masa first2 memang rasa psiko gile! Sampaikan, ade orang gelar kelas aku dulu 5A=bilik mayat. Especially time prep malam. Mane taknya, memang senyap kalau time prep. Sume study. Aku ni memang jenis malas ketegaq, tengok member2 kiri kanan depan belakang sume bukak buku study, aku ape laagi, cabot laa.... Aku g lepak kelas lain or aku lari g bilik MPP. N dalam kelas aku tu, aku la yang paling lemah subjek fizik ngan kimia. Masa klas fizik, aku awal2 lagi dah kena 'warning' ngan Mr Lim sebab result Form 4 aku teruk. Yang kimia plak, sampai dah masuk Form 5, aku still tak reti nak kira benda paling basic skali! Ala, yang kira bilangan2 mol tu sume. Bila dah abes syllabus sume, cikgu akan panggil aku g meja die, die ajar aku personally while orang lain wat soalan2 past year. Specially topik asid, bes dan garam tu ngan chemical2 reaction sume. Mak aii, ingat lagi aku sume2 tu! Huu...kenangan2~~~

Tapi alhamdulillah, dapat result yang boleh dikatakan ok. Walaupun telah menghancurkan impian menjadi seorang doktor, aku tetap bersyukur. Dalam kemalasan aku belajar, Tuhan tetap bagi rezeki ni kat aku...Terima kasih Tuhan...Terima kasih jugak untuk2 cikgu2 yang banyak berjasa, juga kawan2 yang banyak mendorong aku...THANKS ALL!


Urmm, cerita panjang2 motifnya sebenarnya nak wish good luck untuk semua yang akan amek SPM, terutama untuk adik lelaki aku, Adib. Semoga Allah merahmati kalian n break a leg! (^^,)

p/s: aku tak lupa juga 'tragedi' yang berlaku ketika gap exam untuk paper last skali, Biologi.

20 November 2010

Kerenah budak-budak....


Budak-budak ni kan memang macam2 kerenah, macam2 perangai. Tak bley dok diam. Ishk~
Yang aku maksudkan, ni haa bebudak ni...

---Posing masing-masing kemain....---
Ni gambar lama. Tahun 2008. Sume comel2 lagi time ni.
Skarang sume2 dah besar2 dah. (Maksud aku, saiz badan. Hihi...)

Yang belakang kiri tu Asyraf. Sekarang dah Form 2. Belah kanannya tu Aiman. Skarang Form 1. Yang depan kanan baju pink tu Hani. Dah darjah 4. Dorang bertiga ni kazen2 aku. (Anak2 adik mak aku yang bongsu). Err...lupa lak. Yang baju merah kat depan tu sape lagi kalau bukan adik kesayangan aku, si Bella.

Kazen2 aku ni sume skang kat umah aku. Sebab parents dorang (Maksu ngan Paksu aku) g haji. So dorang stay ngan kitorang sampai awal bulan 12. Memang meriah laa umah aku....

Nasib baik yang lelaki 2 orang tu masing2 da besar, so memang pandai bawak diri la. Pandai wat hal masing2. Dorang bawak laptop ayah dorang, so memasing layan la main game sume..Yang dok kecoh si Bella ngan Hani ni la. Kebetulan plak dorang 2 ni sebaya. Ape laagii...memang satu kepala laa.....

Skarang ni dok gila main batu seremban. Aku jugak la yang jahit kain, isi kacang hijau sume bagi kat Bella. (selepas die merayu, nak upah aku macam2. haha!) Hari2 dok keje baling batu je... Aku yang tengok ni plak yang rasa rimas. Pastu bile main ngan Hani asyik nak gaduh je.... Itu tak boleh la, macam ni tak aci la...Everyday tukar 'rules'. Ishk...Pening2....

Next, of course la lappy aku jadi mangsa. Yela, budak2 zaman sekarang. Sape je yang takde facebook?? Aku ni memang murah hati bagi dorang lenjan guna lappy aku. Laptop yg dorang bawak xde internet, so memang takde pilihan lain la. Iqah awal2 da bawak lari lappy die gune dalam bilik. Cess!!! Nasib baik yang Asyraf ngan Aiman tak berapa kisah sangat, sebab dorang 2 syiokk main game bola segala macam. Hani ngan Bella ni laa... Pagi petang siang malam dok fb, main game. Bengang gak aku. Bile masa aku nak main?? Aku pon ade fb gak!! (Hahahaha....dengan dak kecik pon taknak kalah!) Sampaikan, aku letak password kat lappy aku. Hakhakhak...(gelak jahat). Pastu, merayu laa kat aku. "Kak Farah...bagila password...nak guna kejap je...." Kejap lahh sangat kan.... Yelaa, aku mengalah je laa......aku kan super duper murah hati....

Tapi tadi aku dah cakap, "korang dah main lama kan hari ni...so esok tak bley main dah." Ape lagi, muka Hani dah monyok. "Alaaa.....". Hihihihihi.....Ala, sok kang dorang mintak aku bukak lappy ni confirm aku bukak nye la. Tak sampai hati wehh tengok muka seposen masing2... Hikhikhik....


ishk, aku dok membebel pasal bebudak ni, ntah2 aku masa kecik2 pon camtu jugak...hee~ :p

18 November 2010

Di sana banjir, di sini takde air

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Lagu pembuka kata. Takde kaitan dengan entry. Hakhakhak...

Urmm, kesian kan. Macam2 bencana alam jadi sekarang ni. Bile tengok berita pasal mangsa2 banjir kat utara sana tuh. Tu blom lagi yang mangsa2 Gunung Merapi kat Yogya. Nak nanges rasa time tengok keadaan kat sana kat Majalah 3 baru ni. Kat Haiti plak, gempa bumi. Seriously, our world is getting sick.....huhu

Berbalik kat cite banjir (mengikut tajuk di atas). Teruk jugak banjir tahun ni. Umah atuk kat Bukit Pinang pon masuk air. Tapi kat dapur je la, sebab bahagian depan agak tinggi. Mesti penat nak kemas balik bila air dah surut nanti. Tu nasib baik air masuk kat dapur je, tak ley bayang camne yang umah totally tenggelam dalam air. Kesiannye......

Tu kisah kat utara. Yang kat selatan sini (Kluang, to be specific) air kena catu plak.

Dapat memo dari SAJ (Syarikat Air Johor)....

---jadual pengagihan bekalan air mengikut kawasan---

Sungguhpun kuantiti air mentah di Empangan Sembrong Barat mencukupi, namun kualitinya terjejas akibat proses semulajadi yang menyebabkan Loji Rawatan Air Sembrong Barat tidak berupaya merawat dalam kapasiti normal.

Pengeluaran terpaksa dikurangkan..............


Ohh, air tercemar....Mula2 pelik jugak, takkan catu sebab takde air. Lately kan asyik hujan. Urmm.....So tadah, simpan la air banyak2....

Wait....wait.....saya mandi hari2 tau! 2 kali sehari!

17 November 2010

Beraya di lebuhraya

Hari ni tak beraya ke mana-mana. Raya atas jalan. Hihi...
Bukit Beruntung-Kluang.

Sepanjang perjalanan, cuaca xmenentu. Tapi asyik hujan je laa....Lebat pulak tu. Memang banyak la kitorang jumpa accident.

Satu lagi peristiwa.......
Adib jumpa ngan Que Haidar+wife+their kids kat kedai Al-Ikhsan, R&R Ayer Keroh. Die msg aku gtaw. Tapi aku tak perasan msg die. Bile aku baca je msg, Hani (my 10 yrs old cousin) terus ajak g sana. Hani said, "Kak Farah, Hani tak penah tengok artis depan2...jomla pegi...Hani nak tengok je..." Aku malas nak layan. Haha....Tapi luckily masa kitorang nak masuk2 kereta dah nak gerak, nampak diorang pon nak naik kereta. So tercapai la hasrat Hani nak tengok artis. Hahaha.... Diorang naik Naza Citra plat WQM ****. Hihihi....(mane bley tulis kann~~)

Apepon, kami still makan makanan raya. -Ade plak camtu?? Hihihi....-
My fav nasi impit+kuah lodeh+sambal sotong. Nyumm....nyummm.....

p/s: bley mintak duit raya takk?

16 November 2010

Yeayy!


Selepas baju...

Kini tiba giliran kasut pula....

Hahahaha....

Gile excited!!!

Pasni boley melaram pakai satu set. Try banyak2 kali, pusing satu umah.

Tak sabar. Tak sabar.

Cepatlaa 1 Disember! v(^_^)v

14 November 2010

Mau tonton lagi


Tonton ape??

Ni haaa....cite feveret aku....hahahaha...

♪♫♪♫ na na na na na na na...hey! hey! hey! ♪♫♪♫

---Hidup penuh semangat---

Da masuk musim ke-3. Actually yg season 1 aku tak tengok pon. Start layan tengok masa season 2. Tu pon sebab dok umah sewa n kawan2 sume pon layann jugak. Memang tak pernah miss every week melekat depan tv. Ngeh3...Yang dulu, live show die ari Sabtu n ade ulangan hari Rabu nya. Memang tak miss 2-2!! Even dah tengok hari Sabtu, still nak tengok jugak yang ulangan ari Rabu.

Tapi sekarang ni takbley dahh. Yela, dok kat umah. Aku takley conquer tv. Aku sebut je nak tengok Idola Kecil, confirm sume tak bagi!!! Jangan haraplaa... Sume mesti nak tengok Majalah 3. N tak sure plak ade ulangan tak hari Rabu. Huwaaaa......

Takpe, aku ade Tonton! ((:

[[[cam ntah pape je kan, gile tengok cite budak2 ni. adehhh~~~]]]

11 November 2010

Nak mintak hadiah...


Hari ni, keputusan UPSR diumumkan.....dan saya dapat 5A!!

---gambar dengan hadiah---

Eh, eh....tak percaya?? Tengok ni plak. Hihihi.....

---salah eja nama. benci btol -_-! suke telan huruf 'h' nama saya. eii...---

Ok...ok...Saya dapat 5A UPSR sepuluh tahun yang lalu. Gambar paling atas tu adalah gambar saya ngan hadiah2 Bella. (Bajet edit gambar konon2 nampak cam gambar lama. Padahal muka dah tua bangka...) Hari ni kat sekolah die, (merangkap bekas sekolah saya juga pada 12 tahun yang lalu) ade Majlis Anugerah Cemerlang. Tapi Bella bukan amek hadiah UPSR. Blom lagi...Die baru darjah 4. 2 tahun lagi baru UPSR. Ni gambar die....

---budak comot---

Bella dapat no 1 dalam klas, hadiah terbaik matapelajaran Matematik ngan BI. Tahniah~~~
Yang tak best nye, nama dalam sijil die salah. Cam biasa, ade orang g telan huruf 'h' kat nama die. (Haishh....sape la yang lapar sangat tu. Tak cukup ngan huruf 'h' nama aku. Kat nama Bella pon die nak telan....Ni boley jadik tajuk satu entry baru nih. 'Pencuri huruf 'h'. Best takk?)

Apepon, tahniah kat adik2 yang dapat 5A. Tahniahh!!

Ohh, satu lagi berita baru. Nama sekolah ni akan ditukar tak lama lagi. Tukar jadi apa? Kenapa? Tunggguuuu~~~~~

p/s: So, seminggu ni tajuk perbualan ayah ngan ibu pasti menjurus kepada keputusan UPSR ni. hehehe...cikgu la katakan~~~

09 November 2010

Pledge now!


Tetibe teringat....

Bulan lepas masa g jalan2 ngn Aju kat Sunway Pyramid, aku ad ada isi this kinda form for pledges and get my picture taken for the POCC campaign. So, aku pon g la website POCC tu, korek2, jumpa pon gambar aku aritu. Hehehe....Btw, POCC? Ape tu?

POCC = Power Over Cervical Cancer. Do you know? In Malaysia, an average of about 2,000 to 3,000 women are admitted to hospitals for cervical cancer every year and about 500 die from it. It is the second most common cancer in women (after breast cancer). Further info, click here.

So, Pledge now! Be a part of 24,000 photo pledges to be on the Malaysia Book of Records. Here!

Here's mine. (:

-onlyWords- V


Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life.

It's the obstacle he had to overcome while trying to succeed.

06 November 2010

HELP NEEDED!!!!

Nak cari umah sewa.....
Area Shah Alam. Spesifik lagi, dekat2 ngan UiTM.

Sape2 ade contact?????

Kalau boleh, nak umah yang kosong. Bukan umah tu yang kosong. Kalau dah sedia ade furniture tu memang alhamdulillah laa..Maksudnya, nak umah yang masih kosong, takde penghuni. So far kalau usha2 kat mudah.com (ini je satu2nya source untuk aku cari umah buat masa ni), banyak yang vacancy kat bilik sahaja. Means they only need about 1 or 2 person to occupy the room.

Memangla, kalau diikutkan memang kalau amek yang sewa bilik agak murah, tapi kita tak tau kita akan bercampur dengan orang yang macam mana. Bukanla aku taknak mix dengan orang, just taking the precautions sebelum apa2 perkara yang tak diingini berlaku. Taknak la jadi cam kawan aku. Kesian die. Housemate die wat hal, kena tinggal ngan laki mane ntah kat tepi jalan, pastu kena g balai polis segala. Tak pasal2 kawan aku ni jugak kena g balai polis jauh2, bawak die balik. Ishk....mintak jauh la benda2 macam tu.

Pasni nak jadi postgraduate student. So kena LEBIH2 serius. Taknakla libatkan diri dengan masalah2 camtu....

Aku agak2 kalau umah yang agak murah (area Shah Alam, memang umah mahal gile nak mampos!), maybe umah flat je kot. Itupon maybe >650 jugak.....Urm, rasanya maybe boleh kot kitorg berdua tanggung kos tu. (kalau tak, kitorang iklankan je la plak -'room for rent'. hihi...)

So, kepada sesiapa yang ade contact sesiapa yang mempunyai rumah untuk disewa, please....please...please...let me know. Harga max 650. (ade ke? huuu....). Kalau tak, yang vacancy bilik pon akan diconsider. Kemasukan bulan Disember.

Thanksss~~~~
---taknak kna tido tepi jalan...T^T---

03 November 2010

Seronokknyee~


Yeayyy!
Yeaaaayyyy!
Yippiieeee~~~~

Mengapa saya gumbira??
*
*
*
Sebab da beli baju konvo!!
Hahahaha....

Berbaloi ke happy gile macam ni???
Of coz laa....bukan senang aku nak jumpa baju kat kedai yang pertama dan terus beli! Hihi~~

02 November 2010

Happy 19th birthday!


To my sis.....Iqah@Acik!
---kek hasil 'contengan' aku---
[[ agak comot sangat! huhu....ohh tangan yang sungguh tak berseni...]]

Sebab kek ni asalnya kosong atas die. So dengan penuh semangatnya mencairkan coklat dan melukis serta menulis di atas kek. Yiiihaaaa~~~~

Atasnya cheese n bawah kek warna rainbow. Yum..yum.. (:

Jalan2 Kota Singa (:


[[ Bella n I went to Singapore on the 30th of October...hihi...]]

Actually ni rombongan cikgu2 sekolah ayah. Mulanya, ibu ngan ayah pegi skali. Tapi memandangkan on that day jugak adik aku yg kt TGB tu ade majlis solat hajat ngn garduasi(Form5), so my parents cancel plan g S'pore. They went to my brother's event. So it was only Bella n me who joined this trip.

Semuanya ok je. Just masa sampai kat imigresen Spore, Bella kena tahan.
Jeng....jeng....jeng......
Bella kena tahan imigresen???
Kenapa???

Camni....
Bella kan ade pasport, aku plak takde. So aku join yang pasport berkumpulan tu. So masa check kat imigresen Spore, Bella queue kat line lain. Dengan cikgu2 yang ade pasport sendiri tu. So die kira cam cepat la siap berbanding aku. Tiba-tiba, cikgu laki yg belakang aku ni perasan- "Eh, budak tu apsal tak pass? Apsal kena masuk office pulak??" Aku pon jengahla tengok kt depan. Memang pon, Bella kena ikut officer tu. Dalam hati aku-'haa sudahh....ape hal pulak ni kan.' Aku da risau gile bile tengok Bella kuar office tu lap2 mata die. Confirm die nanges! 'Adehh...nape ni....' Takot gile rasa. Lgpon Cikgu Tifa (wife ketua rombongan) tu ade cakap, imigresen Spore ni strict sket...

Bile aku setel check2 pasport aku sume, aku tros g kat officer yg ade ngan Bella tu. Die pon tanya- "Adik awak eh ni?". Aku angguk. "Die pnah pegi Spore tak sebelum ni?", die tanya. Aku jawabla tak. Pastu die tanya lagi-"Or die cam penah nak pegi tapi cam tak jadi or sampai imegresen...bla..bla..bla....". Dangg! Baru aku teringat......

Hari tu, masa ayah ibu nak g hospital JB, dorang penah sesat sampai ke Woodlands (imigresen Spore). Bella ade skali time tu (nak g lawat arwah nenek kt hospital). Aku tau pasal benda ni pon sebab aku terjumpa cam satu kertas ni dalam kete ayah.

So aku pon bagitau la kt officer tu, pasal yg penah sesat ape sume tu. Die suruh aku tunggu dalam office die sementara die settlekan pasport Bella.

Bile da siap, kitorang kuar. Adela 2-3 orang cikgu2 yang perasan aku n Bella masuk office tu pon tanya nape. Sbnarnya xde ape2 serius pon. Just sebab cam dalam sistem die ade nama Bella yang sebelum ni kononnya cam attempt to enter Spore without passport. Tapi da clearkan, so settle. Legaaa rasa. Nasib baik tak ambik masa lama. Kalau tak, boleh jejaskan satu rombongan tu. Huuu.....

Ok, enough talking. Enjoy the pics!

---Maxis saya bertukar jadi SingTel---

---the scenery (Tambak Johor)---

---Resort World, Sentosa Island---

---The Merlion---

---ready for Luge & Skyride---
BEST!!!

---Bella dgn muka takot---

---Universal Studio---

---at The Merlion---
yang macam kapal atas bangunan itu adalah sebuah kasino. hebat tak?



---makan!! Bella kate sedaap~~~---

Fuhh...banyak jugak gambar yg diupload. Hihi....

Before balik tu adela beli souvenir sket2 bawak balik. Tak taw nak beli ape sangat pon. Huu...Duit die compare ngan duit kite pon agak besar. RM1~$2.49, so belanja dengan penuh berhemah laa. Wee~~~

Rasa nak pegi lagi! (^_^)v Jom3!!
Daisypath Anniversary tickers