18 September 2011

Beraya rumah ketua program IP

Hari ni plan beraya ke rumah ketua program IP masa aku degree dulu, Hj Isa. Mula2 plan macam ramai nak join. Tapi ramai jugak cancel last minute. Last2 tinggal kami 6 orang je. Nasib baik sempat gtau Hj Isa malam semalam yang kitorang tak lebih 10 orang. Kang membazir je die prepare banyak2. Tu pon masa kitorang tengok makanan atas meja, memang banyakk! Untuk kitorang berenam, memang banyak lah. Tengok ni.....

---Hj Isa tersenyum girang^^---

Ade soto ngan bergedil comel, mee goreng yang ala2 cam mee hailam sket, ketupat palas, rendang ayam, buah2. Tu belom masuk kuih2 raya lagi. Ade satu kuih tu, ala2 chocolate coookies, habis sebalang kitorang bedal. Siap refill lagi pastu. Hihi...Yang pasti, semua sedappp!!!! *teringat makanan tu sume, mau meleleh air liur aku. Siyes sedap! Memang rugi la kawan2 aku yang tak g tu. Rugi~~

Memang 2-3 kali lah kitorang bangun menambah. Memang dah tak segan lah. Haha...Cuma rasa cam sedikit terkilan (err, bukan terkilan. Sort of cam 'kesian'. Err, bukan kesian. What's the exact word to express eh...) sebab tengok makanan banyak lagi. Mesti Hj Isa expect ramai yang akan datang. At least pon 10 orang. Hurmm~~

---wajah2 kegirangan kesan kekenyangan kesedapan makanan---

Alhamdulillah rezeki kami dapat makan sedap2 (: Moga murah rezeki Hj Isa, tahun depan jemput lagi kami datang beraya! ^^


p/s: Sempat merayau seketika meng'usha' Samsung Galaxy SII. *woot2*

17 September 2011

Jom pergi OPEN HOUSE!

Musim-musim raya ni of course la banyak jemputan pegi open house kan. Sampai kena fikir nak pegi yang mane dulu, mane kemudian. Orang dah jemput kan, takkan tak pegi. Tolak rezeki tu... (aku ni bab makan memang tak pernah menolak. Never say no to foods. Hihihi...) Yang tak bestnye, tak dapat join open house rumah sendiri. Ayah aku wat open house kat Johor semalam. Rugi2.....Malam ahad ni pulak marhaban kawasan taman. Confirm2 makanan grand.

Kat sini aku takdela dapat banyak jemputan pon. Just siang tadi pegi umah K. Azian (labmate) kat Kapar. Then petangnya pegi JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1MALAYSIA BN SELANGOR kat i-City.

Ramai jugak la orang datang. Makan free kan. Hihi....

---depan pentas utama---

Makanan memang banyak la. Meh nak list. Ade lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, sate, roti jala, nasi tomato, ayam bakar, ayam masak merah, mee rojak, laksa, keledek goreng, roti john, mee goreng. (ohh, I'm drooling -_-!)

---kerusi menjadi meja. ponn boleyy~---

Time kitorang tengah makan tu, tengok ramai orang kerumun ke tengah. Rupa-rupanya, PM dah nak balik. So ramai nak salam kot. Aku pon dengan semangatnya menyelit kat orang2 ramai tu, nak amek gambar. Hohoho. Nak salam tu memang harapan la. Mau pengsan aku kena himpit kang.

---dapatla amek gambar sipi2---

Pastu ape lagi, sambung makan la derr. Hahahaha...Agak2 perut cam nak meletup tu baru reti nak angkat kaki. Siap tapau lagi lemang ngan rendang. Buruk perangai aihh~

p/s: esok ade lagi plan nak beraya (:
pp/s: tak sanggup nak timbang berat badan T_T

10 September 2011

BACK TO BUSINESS!

Ini serius....

Lusa da start klas balik dak2 UiTM. Shah Alam pon da start jem ngan kereta. Yang tak bestnya, aku tak rasa aku bersedia memulakan sesi akademik semula. Yelaa, cuti lamaa kot. Even sebelum puasa aritu pon aku dok rilex2 je tak study sangat. Pasni abesla aku kena revise balik semua benda...Otak agak berkarat. Huu...

Hari ni aku balik Shah Alam selepas dengan jayanya bercuti raya selama dua minggu. Muahahaha... First time ohh drive sorang2 straight dari Kluang ke Shah Alam. Before ni kan selalu ngan adik2 aku. Tapi kali ni ade yang da balik awal aritu n ade yang balik lambat lagi (minggu depan). So nak taknak memang kena drive sorang2 ler. Memang aku cuak gile kot. Masa masuk highway kat tol Ayer Hitam, time nak touch kad Touch n Go tu bley plak kad tu jatuh. Adehh...terpaksa la bukak seat belt, bukak pintu, kuar kereta g kutip kad tu balik. Huuu...Seb baik xde kete kat belakang :p Sampai kat tol Shah Alam plak, aku salah bajet. So agak jauh dari pondok tol tu. Kena la bukak seat belt, bukak pintu kereta jugak untuk touch. Hahahahahaha...Well~ Saya kan pemandu BEGINNER ^^

NOTE TO SELF: LUPAKAN SEGALA KERIANGAN HARI RAYA. MARI START BACA PAPER! (*macam pantun^^...) Hooyeahh!!!

01 September 2011

Ohohoii balik kampung

Hari raya kedua, balik kampung laa. Balik noghori! Macam biasa, jalan jem gilee kot. Dari umah aku nak masuk highway Ayer Hitam tu je da sejam lebih. Kitorang gerak dari umah kol 12, sampai umah Mak Uda dalam pukul 5 lebih. Lama tu....kalau ikutkan, 5 jam tu da bley sampai Shah Alam kot....huu...

Dari jalan besar, nak g umah Mak Uda kena jalan masuk dalam lagi. Yang bestnya, kat sini takde line tepon. Believe it or not. Maxis ke, Celcom ke, Digi ke, memang takde. Jadi, off saja lah henfon anda semua disini. Hohoho....

---ibu tengah jalan kaki ke rumah---

Dulu2, kereta pon takley masuk dalam sebab jalan sempit. Tapi sekarang ni dah boleh dah. Sampai2 je, terus tinjau kawasan sekeliling. Hahaha....

---tengok ape tuu??---

---tinjau belakang umah pulak---

Kat belakang umah, ade toilet n bilik mandi. Dulu masa rumah belom renovate, bilik mandi ni la yang kitorang dok guna. Kalau malam2, memang takut nak g toilet. Hahaha....Tapi yang bestnya, air kat kolah belakang ni memang sejuk gile! Kalau mandi pepagi, memang menggigil la. Kalau mandi tengahari, memang best. Segarrrrr!

Satu lagi benda yang aku suka bile balik nogori ni of coz makanan die! Masak lomak cili api, podas2! Sodapp woo! Even rendang pon podas. Memang heaven la dapat makan makanan nogori ni. Haih...meleleh air liur teringat kat masak lomak tu.

Kt nogori ni, ramai adik beradik ayah. Kat kampung tu ade umah Mak Cik, Mak Teh. Then g umah Pak Ngah. Beraya sakan laa kitorang.

Makan kuih raya macam2, minum air macam2. Saboo je la....Tapi sekarang mesti jarang dah jumpa air oren botol ni kann? Nostalgik sungguh.

---oren bodoh. hihi...---

Nak duit rayaaaaaaaaa!!!! Kehkehkeh....