29 October 2010

Apa itu MARKETING?


Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."
-->Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Dia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."
-->Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."
-->Itu adalah TELEMARKETING.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"
-->Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."
-->Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda.
-->Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK @ COMPLAIN

Hihihi.....

28 October 2010

Jangan emo2 ye...


How do you deal with those 'emo' people out there???

Emo. Urm, I mean orang2 yang...selalu emotional laa, selalu beremosi...(direct translation sungguh!) Hihi....Maksudnya, cam mood die easily changed. Kira cam mula2 ok, pastu tiba2 cam tarik muka empat belas masam macam cuka. Out of a sudden! Takde hangin, takde ribut die nak hangen satu badan. Kalau kite taw pucuk pangkal problem die, ok jugak. Boleyla kite like say something to comfort them. Tapi bile kite tak taw pape, mesti kita akan terfikir- "die ni marah kat aku ke?" or "aku ade wat salah kat die ke?". So secara otomatiknya mood kite time tu pon akan jadi macam die jugak. Hemo! Haish~~

Aku ni plak bukan jenis yang pandai ucap kata2 manis gula melaka, nak pujuk2 orang ni. Tak reti den! Den memang lomah bab2 pujuk2 orang nih...

Mungkin orang2 macam ni suka pendam perasaan and let the emotion control em. C'mon la, kalau ade problem, let it out. Kawan2 kan ade, family ade. Janganla nak berlagak tabah simpan sorang2. Sakit nanti. Ok, maybe anda tak mahu susahkan orang kan? Maybe ia terlalu private untuk dishare. Fine. Kamu ada hak untuk berahsia. But please, jangan sebab emo tak-tentu-arah kamu tu, rosakkan mood orang lain jugak. Please!

(Oh no, I'm getting emo here....fuhh...fuhhh....)

26 October 2010

Aku sayang korang

Terharu bile baca entry kat blog kawan aku nih....bacalah~~~
[[dedicate dis entry to DIBA...]]

Walaupun entry ini aku rasa part awal2 die cam agak kurang-asam-punye-budak sebab cerita pasal keinginan aku yang tak kesampaian tu. ishk3...
Pastu g letak plak gambar mereng mane ntah. Adehh...malu2~~~~

Ape pon atie, terima kasih bagi aku support, motivation. (serius, bergenang air mata aku....)

Juga aku tau semua kawan2 IP aku bagi sokongan n semangat kat aku. Terima kasih kawan2. Aku akan berusaha sebaiknya....

For my mom n dad, I PROMISE I'LL MAKE YOU PROUD.

...somehow i realize that i'm no more a little girl who'll cry and ask for the colourful lollipops. i've grown up. i'm a big, tough girl now....

25 October 2010

Aku perlu kekuatan

Ya ALLAH, aku benar2 perlukan petunjukMu, hidayahMu. Bantulah aku Ya Allah, bimbinglah aku. Berikanlah keyakinan padaku pada keputusan yang bakal ku ambil ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui.

Aku takut.
Rasa berbelah bagi.
Tak yakin.
Tertanya-tanya, mampukah aku????

Ye. Aku buntu sangat sekarang...Betul ke ape yang aku akan buat ni????

. . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Aku baru dapat tawaran (buat kali kedua) n kali ni boleh dikatakan aku akan confirm sambung blaja. Tadi da jumpa lecturer yang bakal jadi supervisor aku nanti. Sekarang ni aku tinggal isi borang online kat IPSIS, then esok hantar borang tu n insya-Allah bulan 12 dah boleh start.

Yang dok terbayang2 dalam otak aku-"mampu ke aku???? adakah aku da betol2 bersedia ni???aku akan straight buat PhD. bukan Master. aku mampu ke?????"

Takut sangat.

Tadi baru tanya sorang kawan aku ni, die sekarang tengah smbung PhD. I asked him this 'stupid' question- 'senang tak straight wat phd?'. N he said- 'xtau la weyh nk describe camner. pressure ar. tapi klu ko jenis yg konsisten, tiap2 ari wat keje, xde masalah kot. aku jenis malas. tu yg agak tensi. senang citer, klu ko mmg tol2 nk amik, ko mesti pastikn jiwa ko dh btul2 ready nk amik benda ni '

Bila fikir2 balik bab 'kerajinan' ni, memang bukan aku! Tengok je la masa aku wat final year project dulu. Malas nak mampos! Malas baca journal, malas jumpa supervisor...

So, aku perlu berubah. Aku HARUS berubah! Tak boleh main2 lagi macam dulu. Have to be serious. Really serious. Mampu ke aku???

Plus, aku akan amek TPM mengikut perancangannya. (actually aku belom clear lagi pasal skim fellowship la, skim khidmat siswazah(SKS) la, skim tenaga pengajar muda(TPM) ni sume lagi...) So far yang aku tau, kalau amek skim TPM ni, insya-Allah nanti kita akan jadi lecturer.

Ehem, lecturer. Pensyarah. (ohhh~~~....) Padahal selama ni bila orang tanya aku minat tak nak jadi pendidik, aku akan jawab- tak berapa. But see, aku akan mengambil jalan di mana akhirnya aku akan menjadi seseorang yang sebelum ni aku tak pernah bayangkan. Mampu ke aku????

Orang kata, minat boleh dipupuk...entahla....

My parents plak diorang memang dari awal lagi (masa 1st time dapat tawaran dulu) sangat encourage aku untuk sambung blaja. Jadi aku agak sedikit 'lega' sebab aku tau mereka akan sentiasa menyokong aku dan mendoakan aku.

Keputusan ni bakal mencorak masa depan aku kelak. Aku harus buat keputusan yang tepat. Taknak menyesal di kemudian hari...

Ya Allah, berilah aku kekuatan. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah dan tidak berdaya.....

23 October 2010

Belajar, belajar, belajar


-Exam Mode-
Sekarang kan tengah minggu exam kan?
Jadi, Good Luck untuk semua!

"Learning is a never ending process"

Urmm, saje nak kongsi pengalaman masa memegang title seorang pelajar dulu. Orang kate, zaman sekolah/uni adalah zaman yang paling best skali! Yup, it is soo true! Bile da abes blaja ni, mesti terkenang2 pahit manis masa blaja dulu. If only we could turn back time....hurmm~~

Benda yang paling kita 'taknak', n rasa cam nak elak je, of coz la exam kann?? Laagila kat Malaysia nie education die, exam-oriented. So memang asyik examm je la....

Aku? Aku jenis orang yang stadi last minit. Ohh, sila jangan sesekali ikut perangai buruk nih. Huhu....Ntahla, macam 'tak reti' nak stadi awal. (Sebenarnya pengurusan masa yang tak betol! Ishk3....) Moral: Sila buat jadual harian anda dan ikut! Actually, dulu aku ade je wat jadual stadi. Lawa je, siap kaler2 segala bagai. Tapi, tak ikut. Tak guna ade jadual cantik, tapi masa aku ke laut jua~~~ *geleng2 kepala*

Lagi, aku bukan jenis orang yang kuat menghafal. (Maybe sebab tu aku tak ditakdirkan untuk jadi budak sains hayat kot~~) Cara aku, aku suka buat short note. Tapi ikut kadar kerajinan jugakla..Hihi... (See? betapa malasnya budak sorg ni!) Urmm, bagi aku cara yang paling berkesan untuk aku stadi ialah dengan buat latihan banyak2 n review soalan2 past year. So dari situ kita boleh tengok trend soalan n boleh fokus pada satu2 topik. (Ehem, saya memberi tips yang mungkin berguna disini. Sila ambil perhatian :p)

Aku ade sorang kawan dulu, die sangat suka menghafal. Segala notes semua die nak hafal. Well, mungkin bagi die itu cara terbaik untuk die stadi kan? Setiap orang ade cara masing2...Jangan plak kita g ikut cara stadi seseorang tu dgn melulu hanya kerana die top student. We have to know our own limit. Belajar ikut kemampuan kita. Jangan plak tengok orang stay-up sampai kol 3-4 pagi, kita g ikut gak. Kang tak pasal2 pengsan esoknye...

N another thing yang penting juga is FOKUS masa dalam kelas. Plus, NEVER SKIP CLASS! Ye, bukan nak kate saya budak baik, tapi saya memang tak pernah ponteng klas. Penting woo pegi klas. (da memang tanggungjawab kite pon kan...) Walau tak minat macam mana pon kat subjek tu, pegi je klas. Maybe dlm klas lecturer bagi hint utk soalan final exam nanti. Untung kan?

Lagi.......
--> mohonla restu ibu ayah. Mintak maaf. Mintak diorang doakan kejayaan kita. (Even kita tak mintak pon, our parents never fail to pray for our success kan?) *Love u mom, dad*

Yang paling2 penting lepas kita dah usaha, TAWAKAL. Jangan plak tak usaha, tau nak tawakal je....haish..

---mari join saya stadi!---


^^Ucapan Selamat Berjaya ini ditujukan khas buat adik2 saya yang bakal menduduki peperiksaan mereka. (Bella-Ujian akhir tahun darjah 4, Iqah-Final exam UNITEN, Adib-SPM) Juga buat sahabat handai di mana jua anda berada. Semoga Allah merahmati kalian dan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin...^^

Physics in love


Newton's First Law
An object at rest stays at rest and an object in motion stays in motion with the same speed and in the same direction unless acted upon by an unbalanced force.

Heart's Law
An empty heart without love tends to stay empty and love with sumone tend to stay with sumone with the same status unless acted upon by an another person.

*waaa....me likey! (^_^)v

We're all cracked pots



Just sharing this meaningful story...

A water bearer in China had two large pots, each hung on the ends of a pole which he carried across his neck.. One of the pots had a crack in it, while the other pot was perfect and always delivered a full portion of water.

At the end of the long walk from the stream to the house, the cracked pot arrived only half full.
For a full two years this went on daily, with the bearer delivering only one and a half pots full of water to his house.

Of course, the perfect pot was proud of its accomplishments, perfect for which it was made.
But the poor cracked pot was ashamed of its own imperfection, and miserable that it was able to accomplish only half of what it had been made to do.

After 2 years of what it perceived to be a bitter failure, it spoke to the water bearer one day by the stream.
"I am ashamed of myself, and because this crack in my side causes water to leak out all the way back to your house."
The bearer said to the pot,
"Did you notice that there were flowers only on your side of the path, but not on the other pot's side?
That's because I have always known about your flaw, and I planted flower seeds on your side of the path, and every day while we walk back, you've watered them.
For two years I have been able to pick these beautiful flowers to decorate the table. Without you being just the way you are, there would not be this beauty to grace the house"

Moral: Each of us has our own unique flaws. We're all cracked pots.
But it's the cracks and flaws we each have that make our lives together so very interesting and rewarding.
You've just got to take each person for what they are, and look for the good in them.

*source: fb*

21 October 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan


Pembuka kata,

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang..........
(Shahir AF8, 2010)

-Disclaimer-
Entry ini tiada kena mengena langsung dengan lagu syahdu dendangan penyanyi popular kacak ber'braces' dari program realiti terkenal di Tanah Melayu ini. Segala kesulitan amat dikesali.

Okay, enuf mengarut. Straight to the point. Tadi dapat surat dari uni. Alhamdulillah, dapat anugerah lagi. Syukur2....Dahla memang excited gile tunggu nak konvo sebab dapat jumpa kawan2 balik (lama gilee kot tunggu nak konvo. adehh.....) Plus dengan award ni...Yippie!!

Wait...wait...award ni takla se'grand' Anugerah Naib Canselor mahupun Anugerah Canselor tu. Huu...tak layak la dapat yang tu. (ohh, how i wish i was a bit 'hardworking' before...). Ni anugerah kecil-kecilan saja. Untuk orang2 yang stadi-tapi-banyak-main macam aku ni. Huu......


And suddenly i wonder~~~~

Selalu orang cakap- "Every cloud has a silver lining". Means that for everything that happened, happens for a reason. And there are always something good behind it. Atau dalam bahasa simplenya, setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Macam apa yang berlaku kat aku sekarang. Kadang-kadang aku rasa macam down sangat sebab terlalu lama menunggu sesuatu yang amat aku ingin-inginkan. Tapi sampai sekarang aku tak dapat. Sedih, sedih sangat. Yes, aku mengharapkan sesuatu, tetapi ternyata percaturan-Nya adalah yang terbaik. Tuhan menghadiahkan sesuatu yang lebih indah untuk aku. Benarlah,
"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."

Dan kadang-kadang jua kita diberi suatu kebahagiaan/dipenuhi apa yang kita inginkan untuk menguji kita. Supaya bersyukur, tidak sombong mahupun riak dengan apa yang kita miliki. Tapi selalunya kita lupa. Kita alpa dan sering dibuai dengan keindahan sehingga melupakan kata2 syukur itu. Padahal segala2nya milik Dia. Bila2 masa je boleh ditarik balik. Kan?

So kesimpulannya, bila kita diberi ujian, diduga oleh Allah, jangan sesekali kita mengeluh. Becoz He may not give you everything, but He DECIDES what's best for you. Dan jika kita diberi kesenangan, bersyukurlah. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan di bumi ini, semua adalah milik-Nya.


*masih tercari-cari apa kaitan entry ini dengan tajuknya? Sama2lah kita renung-renungkan....*

20 October 2010

20/10 in 2010


20.10.2010

Wow. Another 'interesting' date apart from the ten-ten-ten.

Any plans for today? Urmm....nope.
Maybe today will be the normal Wednesday like everyday....



.....nothing interesting will happen on this interesting date.......
*sigh*

19 October 2010

Get a life!


ohh myy!!!!!
high taste nyer....cool lah sangat.
well, u never gonna change rite?
YOU will always be YOU.
the same, typical YOU.

ahha...excuse me, i tak jeles okay! sikit pon tak.
by what reason shud i be jealous with you?
plizz la.

i have my own life and i'm happy with it.
i don't need YOU.


DON'T MESS WITH MY LIFE. U better BACK OFF.

me; now.

CURRENT STATUS:

blur. stress. depress.

xtaw nk wat ape. ape tindakan seterusnya.

tak sedap hati.

mahukan kepastian.

penat menunggu. penat sangat.

perlukan keputusan. keputusan yang tepat.

segera.

urgggghhhhh!!!!!!

18 October 2010

Kehilangan [al-fatihah...]


Tanggal 15 Oktober 2010
7 Zulkaedah 1431H
6:40 petang
Jumaat

Arwah nenek menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, JB. Aku terkejut sangat. Ayah telefon, bagitau aku masa pukul 7. Jenazah nenek smpai kat umah lebih kurang pukul 12 malam. Jenazah dikebumikan kat Tanah Perkuburan Jalan Haji Manan, esok paginya.

Arwah nenek memang ade kencing manis. Pastu kena serangan strok. Tuhan lebih menyayangi nenek. Kami semua redha.....


Kenangan terakhir berhari raya dengan arwah nenek.....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan ahli syurga.
Al-fatihah.................

15 October 2010

Secrets of success


‎"When I woke up this morning I asked myself:“What are the secrets for success in life?” I found the answer right there in my very room:

The Fan said - Be cool.

The Roof said - Aim high.

The Window said - See the world.

The Clock said - Every minute is precious.

The Mirror said - Reflect before you act.

The Door said - Push hard for your goals.
And... last but not least,

The Carpet said - Kneel down & pray to Allah"

**credit: my friend's fb status**

14 October 2010

Benarkah berkawan biar beribu?


Tadi, aku jumpa satu group kat fb ni-


n aku like! Haha...

I did think the same thing. Kat celah mane la nama aku muncul, pastu pakai add je. Nampak sangat aku tak kenal orang tu. N maybe die pon just randomly klik add as friend kat bahagian 'People you may know tu'. (kot?)

Sorila. Kalau orang yang aku tak kenal, memang aku akan terus ignore. Why? Entahla, bukan sombong. Tapi cam tak berminatla. Nanti bile accept, n die tak kenal aku, mula la tanya dok mane, blaja lagi ke, single ke, itulaa...inilaa...malas laa nak layan. Sekali lagi, bukan nak sombong tau! Another thing, kang orang-ntah-cemane yang aku accept tu tag aku gambar bukan2, sape nak jawab? Bukanla nak fikir bukan2, tapi just to be careful. Sekarang ni macam2 boleh jadi in the 'virtual' world. Dont easily trust anybody.

Some people might argue this n say that that's the purpose of this social network. To make new friends. Berkawan biar beribu riban, bercinta biar 7. setia hanya 1, yang lain buat spare-part.....Well, it depends~~~ (Mungkin aku bukan jenis 'mesra alam' untuk berkenalan dengan orang2 yang 'belum tentu orang betul'. Huhuhu....)

[[ For me I might feel kinda 'wierd' to know that someone I dont know is reading my status... Normal la kan, we express our happiness, our anger through the status. Rasa pelik la....(apsal aku plak yang kena rasa pelik ehh? ishk~ pelik2....) ]]

Ape pon, setiap orang ade pendapat masing2 dan itu hak mereka untuk accept/ignore all those friend requests. Bagi yang suka berkawan, suka tambah kenalan baru, mesti akan happy bila dapat friend request banyak2. Yang macam aku ni, faham2la~~~

---oppsss! fikir dulu sebelum klik. hehe---

Once again, i dont accept STRANGERS.

13 October 2010

Baru tonton: Magika


Cite ni release 23 September aritu.
Hari ni 13 Oktober, aku baru g tengok kat wayang.
Tengok, betapa 'up-to-date' nye aku!
Hahaha....

(Rasanya sume orang pon dah tengok cite ni dan berkata: "Alahai, ketinggalan zamannye minah ni. Dhla tengok lambat, lagi mau kecoh.." Okay. Anda yang first day release da tengok, boleh boo saya. Ye. Sila booo saya...)


Actually ingatkan tak sempat dah tengok cite ni. Yela, da dekat3 minggu cite ni kat panggung. Tapi nasib aku baik, masih sempat. Hihihi....N masa beli tiket tadi pon dah pukul 3.55pm. (kuar umah lambat, nak tunggu bas lagi. Nak bawak kete takot!) So sekali lagi aku bernasib baik sebab dapat tengok show kol 4 tu. (^^,)

---ye. menonton seorang diri---

Bagi aku, cerita ni ok laa. Best. Boleh tahan. Sebab cite ni cite muzikal, n ramai pelakon n penyanyi2 boleh-tahan-popular berlakon. Plus, dengan background yang warna-warni di dunia magika tu, very interesting. Watak2 plak yang memang 'dekat' dengan kita. Ade Pak Pandir, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, Puteri Bunian, Puteri Gunung Ledang dan banyaaak lagi...sume dari cerita dongeng melayu.

Antara scene yang aku rasa cambest was time 3 batang pokok tu menyanyi. Tergelak jugakla bila pokok tu diejek kerana telah 'dikencing'. Haha...
Aku rasa the trees maybe resemble adik-beradik KRU tu kot. Sebab 3. N pokok2 tu pon nyanyi lagu dorang "Kita Bersaudara" yang menggambarkan tentang hubungan adik beradik. (Actually, dorg bagi nasihat kat Ayu ngan Malik tu. Aku pepandai wat analisis sendiri. Hehe...)

Yang xbley blah nye, boley pulak time Badang lawan ngan Nenek Kebayan tu pon dibuat muzikal jugak. Siap dengan Ayu, ngan Malik tu pon nyanyi2 skali. Hehehe.......

N ade jugak part sedih bila Malik mimpi jumpa ngn mak die...huhuhu..

Secara kesimpulannya aku bagi skor 7.5/10..hihi...
Tahniah KRU!

---maaf, saya tak pandai wat movie review. memang fail. T_T ---

"Segalanya mungkin dengan IMAGINASI" - Magika.

Segarkan mata anda


Penat???

Mata dah layu?

Need some refreshment?

Kalau try game ni memang best laa. Strongly recommended.
Pasni kalau bosan2 or ngantuk2, main sekali je pon rasa nak try lagi.
Best woo~~~

Confirm mata akan segar pasni (^_^)v

Klik link ni......
---main game puas2!---

12 October 2010

Kaw buad pew ariniw?


Apsal tajuk entry macam gedixx semacam jew nih?
Huu...pagi2 bukak facebook da rasa nyampah baca tulisan camni. Nak lagi?
Naah hamek nih...

"ari ney na buad kje , smbil tuu on9 laa..."

"nnti aq cte at kaw."

"Tengs c0z being mai pwen k."

"suka pew sis..."

"bila dy nampak aku dy kate dunia ni dy yg punye..."

"lau nmpx kaka . tego2 lha yunc . ngee~
okeoek .
niy sehad ta?"

"takot deyy , wa twu lu takde prasaan takot2 neyy."

"k0wg pegi gak kew?
t kite g ag aw."

"masak pew riniw?"

.....dan banyaaak lagi la yang pelik2....

Adehh...tergeliat lidah aku bacer weyy. (tengok, sampai aku pon terikut skali!) Ni bahasa ape la pulak. Yang shortform tu bagi aku tak kesah la sangat. Sebab aku pon memang gune shortform kalau nak SMS. Ini takk....
Seriusly, aku sangat annoy baca perkataan macam 'pew', 'jew', 'kew', sume2 tu lah.

Mengikut pemerhatian aku, yang slalu gune pkataan2 camni selalunya budak2 skola menengah n budak2 skola rendah. (maaf kalau aku silap. this is just based on my rough observation through my lil' sis punya fb). Orang beso2 tua bangka cam aku ni jarang guna pkataan camni (kot). Maybe ade je yang guna tapi tak obvious sangat kot....

Apelaa yang best sangat gune word camni. Susah nak sebut! Annoying laa!!! Maybe diorang rasa cool kot gune word camtu. Maybe, sape tau kan??

Ohh, 'urban' nye budak2 zaman sekarang....-_-!

11 October 2010

idontknow


panggilan telefon itu. buat kesekian kalinya.

aku? hanya mampu mengharap sekali lagi.

penatlah....

rasa macam nak give up je.

but who knows this might be the one?

ehh? okay. just give it a try. -_-

10 October 2010

The ----ion


The moment you are in TENSION
You will lose your ATTENTION
Then you are in total CONFUSION
and you'll feel IRRITATION
This may spoil your personal RELATIONS
Ultimately, you won't get COOPERATION
And get things into COMPLICATION
Then you may raise CAUTION
And you have to take MEDICATION
Why not try understanding the SITUATION
And try to think about the SOLUTION
Many problems will be solved by DISCUSSION
Which will work out better in your PROFESSION
Don't think this is a free SUGGESTION
It is only for your PREVENTION
If you understand my INTENTION
You'll never come again into TENSION!!!

Ingat ye


orang buat benda tu, kamu pon nak buat.
orang buat benda ni, kamu sibuk buat jugak.

last2, ape yang jadi?
sume hancusss~~~~

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

10.10.10 itu hari ini


10/10/10

Waaah, menarik kan tarikh hari ni. Paling menarik lagi harini bila satu Malaysia dapat tgk Dato' Dr SMS, angkasawan negara kite kawen. It's going to be wedding of the century! Tengok, jangan tak tengok! Tema persandingan kayangan lagi. Confirm best..Hehe...aku plak yang lebey~~ (mesti ramai juga yang terpatah hati melihat beliau di hari bahagia nya. Hihi..)

So, let's make today memorable too. Nak wat history ape ehh hari ni....

.nak kawen.
--Err, gilak apa? Nak urus diri sendiri pon terkapai-kapai lagi. Ade ati nak kawen? ~citt poodah!

.nak tunang.
--Haa, bley. Bley blaah!

.nak kapel.
--Cepat2. Tawaran dibuka hingga jam 12 malam ni. Hahaha....(ohh, ini sungguh sengal! Abaikan~~)

.nak terjun bangunan 88 tingkat.
--KLCC 88 tingkat kan? sape mahu join bungee jump dengan saya?

.nak........

ape ehh...hurmm, xtaw. haha...



Alaahai...ape susah2 fikir. Actually, aku dah jadikan hari ni bersejarah pon! Hari paling bosaan!!!! Yup2, btol tu. Sungguh bosan melepakkan diri di rumah. Adehh......

09 October 2010

Kasih tak sampai


Dear Mr. K...

Where have you been? Where the hell are you? I've been waiting for you for soo long. So long that I don't even remember since when it all started. Kamu pergi mana?? Saya tanya betol2 ni...Tiap-tiap hari saya tunggu kamu call saya, SMS saya, tak pun paling kurang, kamu email saya tentang keberadaan kamu. Saya risau okay.

Ingat tak masa first time kita jumpa dulu. Saya sangat takut sebab saya tak kenal kamu. Tapi kamu rilex je. Siap tanya saya macam-macam. Bila lagi saya boleh jumpa kamu lagi? Sekarang ni kamu senyap je. Merajuk dengan saya ke? Saya tak cukup bagus ke? Saya dah buat yang terbaik untuk kamu hari tu. Contact la saya.....

Mr. K,

Sekarang ni saya ade Mr. M menunggu saya. Actually Mr. M dah laaama tunggu saya. In fact, die tak pernah lupakan saya. Die dah wujud since saya belum habes blaja lagi. Die hanya tunggu saya nak cakap 'yes' je. Saya tinggalkan Mr. M tertanya-tanya, demi kamu. Kamu sanggup ke melihat saya bersama Mr. M?? Sampai hati kamu~~~

Saya pun tak tahu kenapa saya masih sanggup tunggu kamu setelah sekian lama. Saya dah tak sanggup lagi. Saya rasa memang kita takde jodoh. Maafkan saya. Saya rasa saya perlu memilih Mr. M demi masa depan saya. Sampai disini saja...Selamat tinggal Mr. K. I'm truly
sorry. Huhu...

XOXO,
Ms H.










p/s: cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
---ape aku ngarut ni. geli plak rasa. LOL---

07 October 2010

Think about this...


1. At least 5 people in this world love you so much they would die for you.


2. At least 15 people in this world love you, in some way.


3. The only reason anyone would ever hate you, is because they want to be just like you.


4. A smile from you, can bring happiness to anyone, even if they don't like you.


5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.


6. You mean the world to someone.


7. Without you, someone may not be living.


8. You are special and unique, in your own way.


9. Someone that you don't know even exists, loves you.


10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.


11. When you think the world has turned it's back on you, take a look, you most likely turned your back on the world.


12. When you think you have no chance at getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, you probably sooner or later will get it.


13. Always remember complements you received, forget about the rude remarks.


14. Always tell someone how you feel about them, you will feel much better when they know.


15. If you have a great friend, take the time to let them know that they're great.

06 October 2010

5 hari di Shah Alam


(tajuk ni seolah-olah menggambarkan saya tidak pernah ke Shah Alam dan baru berkunjung ke sana dan sangat gembira menghabiskan masa selama 5 hari di sana. Haha...)

Sudah tentulahh sangat gembira!! Dapat jumpa kawan2 balik setelah hampir 5 bulan je xjumpa. Walaupun xdapat jumpa ramai, it was indeed very meaningful.

Fara's diary.......

Jumaat (01/10/2010)
Aku bertolak dari Johor petang tu n sampai Shah Alam dekat nak malam. Aju jemput aku kt PKNS n bawak g umah die kt Padang Jawa. Memang penatlaa....rest kejap kt umah Aju pastu Man ajak g makan. So kitorang pon kuar la g makan kat kedai jawa mane ntah. Kat sane jumpa Man, Shah ngn Zahir. Pastu Shah tlg kitorg order makan. Die order pecel lele ngn pecel ayam. Aku ngan Aju dah cam pelik gile. Ape tuu???? Rupanya pecel lele tu set nasik putih ngan ikan keli n sambal belacan. Plus, die bagi sup skali. Pecel ayam plak, same jugak. Cuma ganti ikan keli goreng dengan ayam goreng. Ni makanan orang jawa. Manela kitorang tau. Huhuhu......Aku dahla memang tengah lapar gile. Sedap ajela melantakk...Pastu kitorang g karok kat Bintang. Hehe :p

Sabtu (02/10/2010)
Hari ni aku kena pegi FSKM utk majlis ACM. So pepagi buta da kejut Aju mintak tolong die. Sorry Aju!!! Abes majlis dalam kol 1 tu Aju amek n bawak g lab die jap. Pastu teman Aju lunch kat Ani Sup Utara seksyen 7. Then plan nak g jenjalan. Tapi xtaw nak g mane. So kitorg decide g Jusco Bukit Raja je. Otw tu aku kol Ana, ajak die skali. Ana plak ajak g Sunway Pyramid. So kitorang pon patah balik, amek Ana kat umah die n gerak g Sunway.

Dah memang niat nak g jenjalan, so jalaaan je laa... Pusing satu Sunway Pyramid tu (macam tipu je statement ni. larat ke nak pusing satu bangunan tu? haha..). Lepas da penat jalan2, kitorg decide nak makan McD before balik. Maka terjadilah satu tragedi di McD...Nak dijadikan cerita, Ana tak join kitorang makan sebab die ade date dengan boifren kawan die. Ana sempat duduk jap ngan kitorang kat McD tu, lepas kawan die datang die pon blah. Beberapa saat lepas Ana blah tu, tiba-tiba datang seorang lelaki handsome sangat2 tegur kitorang. Sampai tersedak si Aju. Hahaha…(aku dalam hati dah fikir- ni kawan Ana ke? Maybe tadi die nampak Ana duduk ngan kitorang so die cari Ana kat sini kot).

So brader tu pon bagitau la motif serta tujuan die menegur kitorang. Die nak jual perfume rupanya…..ingat nak ngorat kitorang tadi. Hahaha….Die bagi la mukadimah ape sume pasal kedai perfume ni, kt KLIA. Wat promotion bla…bla…bla….Die kate normal price RM250++ tapi die nak jual RM100 je. (bley caye ke?? Of coz la tipu kann. Mane ade perfume ori murah macam tu). Last2, die offer 2 for RM100. Surprisingly, aku n Aju setuju nak beli! Hahahahahaha….Rasa sangat sengal! Reason aku beli? Sebab brader tu hensem kot. Haha…but seriously, die sangat2 sweet! :p
[[Timing membeli perfume yang sangat sesuai sebab perfume aku yang ade tiga suku botol lagi baru pecah. Tapi akak rumate Aju cakap agak rugila coz beli perfume tak ori dengan harga 50 hengget!]] ohh malu…malu…-_-!


Ahad (03/10/2010)
Pagi ni aku g Dewan Cattleya, Wisma PKPS untuk majlis ASM. Lepas abes majlis, Aju amek aku n kitorang g SACC mall. G jugak PAS sebab aku nak beli charger enset. Sebab aku just bawak cable je, tapi enset aku meragam taknak kena charge. Huhu…lepas beli pape yang patut, jalan2 sket, kitorang pon balik umah.

Malamnye, dorang ajak lepak. So kitorang pon g hakim seksyen 7. (aku, aju, tuyah, mira, ana, amat, leh, fidi, kaber).
---kami---

Lama tak jumpa kan, macam2la yang dihebohkan. Hahahaa..Makin malam, makin ramaila jejaka jejaki datang melepak sambil tengok bola. Kitorang start tak selesa sebab makin ramai jadi jin. Makan asap! Tak tahan ohh…so kitorang pon segera angkat kaki dan blaahh…thanks to Leh sebab belanje kitorg. Weeee~~~ pasni blanje lagi taw! ((:

Aku, aju, tuyah, amat, leh ngan kaber sambung lepak kat tasik seksyen 7 plak. Hehe…

Isnin (04/10/2010)
Arini plan nak g fac. Nak jumpa lecturers. First stop of coz la bilik Dr Salleh. Hehe… Dr Salleh sangat2 la suruh aku sambung. Siap bagi macam2 option kat aku. Suruh wat master/PhD under Dr Kamal plus die jadi co-sv. Dr Kamal??? Alahai…scary kot….tak pun die cakap wat under die n collaborate ngan TM R&D. Tak pun collaborate ngan UPM atau UniMAP. Hambekk ko. Sume ade depan mata. Tinggal nak pilih je…(tu la part yang paling susah!). Tapi aku agak interested ngan master kat industri. Kira macam kita sambung blaja kat satu2 company tu, sambil keje kot. Untuk yang ni kena tunggu sket la sebab banyak proses2 nye. But still, I haven’t decide on anything. Huhuhu…

Petangnye….merewang time! Hahaha….went to Times Square with Tuyah n Mira. Ape laagi, memborong cd la cik Tuyah kite tu. Ishk3…tiga sekali die sapu! Japanese movie; sooo Tuyah~~~
---geng Times Square---

---mira, tuyah n ME!---

Sampai maghrib jugak kitorang kt TS tu. Naik turun eskelator, merata2 kami g. Yang malangnya, masa tghari before pegi tu taknak makan siap2. So kena la makan kat food court atas tu. Of coz laa cekik darah wehh…adoiyaii....

Selasa (05/10/2010)
Pegi fac lagi. Bincang2 ngan Dr Saleh lagi pasal nak sambung blaja tu balik. Still tak decide lagi~~~ Then, jumpa plak Sir Azlan. Die pon encourage aku sambung wat PhD. Huhuhu…Pastu aku ingat nak jumpa Hj Isa plak. Tapi dua-tiga kali g bilik die, die takde pon. So, pulang dengan hampa…
Next, going home (:

Took the bus at Bukit Jalil straight to Kluang. Sampai bustand Kluang, ayah cakap diorang g JB lawat nenek kat sane. So aku kena balik umah sendiri. Either to take a cab or the bus. Last2, aku naik bas je. Jimat sket! Hehe…tapi kena jalan sket la. Sebab bas xdela berenti btol2 depan umah. Sampai dekat2 ngan umah, nampak banyak gile kereta n moto depan umah. Rupa2nya jiran seblah umah wat open house! Ramai gile kot mat2 motor lepak depan umah aku. Huhu…amek kunci umah, bukak pintu, kunci balik, dok dalam umah diam2! -_-


***penat tapi still HAPPY!***

THANK YOU sooo much kat Aju sebab sudi tumpangkan aku kat umah die, n bawak aku g jenjalan merata2 ((:

ASM&ACM 2010

ASM- Anugerah Saintis Muda (ni kira anugerah dekan laa....)

Dah bajet memang xley dapat. Sebab result sem lps GPA xdapat dean pon. (Ohh sedih.....) Tapi haritu dapat SMS yg cakap saya dijemput untuk majlis tu. Maybe sebab CGPA kot... Urm, so pegi je laa...(yang tak bestnye ialah xde geng. huwaaa.......T_T mati kutu la saya camni..). Tetibe teringat kat Ana n terus msg die. Yesss!!!! Ana pon dapat, n die nak pegi jugakk....hehe.. ade pon kawan..((:

Majlis tu wat kat Dewan Cattleya, Wisma PKPS (same venue as last semester's). Grand ohh....Hall nye besar, cantik, siap hias dengan fresh flowers lagi! Atas pentas, ade satu binaan macam rumah kampung, dengan lampu lip lap...(nama pun tema hari raya kann...)

---sedikit preview dalam dewan---

Dalam kol 9 tu majlis mula. Nyanyi lagu 'UiTM diHatiku', perasmian oleh Dekan, ade persembahan sket, pastu ----> MAKAN!!!!! (macam sem lepas kitorang tak tau yang lepas breakfast, ade lunch pulak. So time tu memang bedal betul2 la time breakfast). Tapi kali ni, makan breakfast sikit je. Sebab nak simpan perut utk lunch nanti. Hahaha.....

---before: nasik lemak ayam berempah---
(ini dipanggil sikit??? adehh~~~)
plus, ade bihun goreng dan kuih muih. saya tak ambil.

---after: tulang ayam dan kekacang tersembunyi di bawah sudu---

Pastu adela persembahan sket2. Siap ade ceramah motivasi lagi! Tapi motivator tu memang best laa....

Here's some pic there.....
---saya dan junior. Hanya kami student Industrial Physics---
kina, ana, SAYA, hashim, husairi

---saya dan ana---
siap ade runway taw...

---with Dr Salleh---

Ini pula lunch. Macam2 ada....nasi putih, lauk daging masak lemak cili padi, ayam goreng berempah, sambal sotong, sayur campur+mushroom, telur masin, ulam2+sambal belacan, n putu piring. Sedaaapppp~~~~
---siyes sedaap!!!---
All foods were prepared by Kuzie Katering.

Ini pula hadiah yang kami semua dapat. Notebook ngan printed tile dalam paper bag. Suppose dapat sijil sekali. Tapi saya tak dapat lagi. Kena tunggu diorang pos. Huhu....Duit?? Last semester dapat duit skali. Semester ni, tak pasti pulak.....

---gambar di ambil di rumah---

Habis majlis dalam kol 2 lebih. Sume orang pon amek kesempatan amek gambar ramai2 atas pentas, merata-ratalah. Tapi saya tak.....(budak kos saya yang dapat anugerah ni 5 orang je. n sume balik awal plak tu. budak kos lain sume ramai2. so happening la mereka posing sana sini. huhu... saya tinggal sorang2 di hujung majlis). Ape lagi, terus angkat kaki, pulang laaa.......
Tak lupa, ringan je tangan ni mencabut fresh flowers yang ade atas meja. Hihi....


ACM- Anugerah Cemerlang Matematik (for those yang amek subjek math and get all A's)

Masa first dapat SMS diberitahu dapat anugerah ni, saya sangatla pelik. Yelaa, saya ni da abes blaja. Baru die nak bagi award? Die salah orang kot...tak pon, entah2 ade orang nak wat joke kat saya kot...macam2 dah fikir dalam kepala. Tapi bile dapat email, dorg suruh isi borang, dorang bagi tentatif majlis sume, baru saya caye. Email orang tu pon @tmsk.uitm.com so memang boley cayela kot.....

Owh, rupanya award ni untuk any student S&T yang amek subject maths n dapat sume A. Yang paling ramai of coz la dak FSKM kan? Nama pon dorg fakulti matematik. Harusla amek banyak subjek maths kan....selain FSG, ade gak student fakulti engineering (FKE, FKM, FKA). Kami diberi sijil, plus sedikit fuluss. Sponsored by Bank Islam Malaysia Berhad (:

Yang kurang bestnye, saya sorang2 dak IP yang datang. Sorang lagi junior saya tak datang. huhu.....tak best sangat la rasa time kat majlis tu. Worst, satu keping gambar pon tak ade!!!! Tak de mood langsung nak amek2 gambar. Yela, datang pon lone ranger. Tak kenal sape2. Fakulti pon lain. So lepas jamuan makan tu, terus chiaowwww laaa...

---sijil---

****overall, saya sangat gembira dan bersyukur****
v(^_^)v

01 October 2010

Bulan Sepuluh


--Sepuluh jari--

((saya dengan rendah dirinya menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf atas salah dan silap selama ini...))
(masih dalam mood raya kann...hihi)

10. Sepuluh. Dah masuk bulan sepuluh. Oktober.

Kehadiran bulan Oktober ini menyaksikan saya bakal dianugerahi 2 anugerah dari FSG & FSKM. Rezeki2.....--to be updated soon. hehe..--

As usual, saya mahu mengucapkan happy becoming birthday for these person.....

-Huda (X-Gen 0105) --> 7/10 *22
-Balqis (KMNS) --> 11/10 *22
-Amin (X-Gen 0105) --> 12/10 *22
-Naji (IP's) --> 13/10 *26
-EmieAdila (KMNS) --> 15/10 *22
-Ana (X-Gen 0105) --> 17/10 *22
-Awin (IP's) --> 22/10 *22
-Mirzan (IP's) --> 27/10 *21
-Syue (KMNS) --> 31/10 *22

dan semua yang akan sambut birthday bulan ni....


Wish you guys all the joy in the world. Happy always!