31 May 2011

Happy Birthdayy Amat!

Sweet 32 23!

Kami celebrate birthday Amat! Tapi macam agak tak complete sebab Aju takde. Die g Melaka katanya. (kami pon masih ragu2 betol ke die g conference kat Melaka tu, sebab kitorang cam tak tau pape pon....)

So this is the birthday cake....

---kek simple je...---

Ini pula birthday boy nye.....

---sedang merenung kek??---

Seperti biasa, acara penutup mestilah sesi menabur bedak sepertimana yang Leh pernah kena dulu. Hihi....Tapi tak puas tuang bedak kat die tadi. Cam sikit je.....

Lastly, pesanan dari kami....

**moga panjang umur murah rezeki
**moga tercapai apa yang diimpikan
**cepat2 kawen, murah rezeki nanti. hihi....^^

29 May 2011

Kisah suatu kemalangan.


Lepas lunch, kitorang g carik egg tart kat komersial sementara nak tunggu Aju. Maka terjadilah tragedi ini..

Leh cam ala2 terlajak sket dari bakery tu. So cam nak reverse sket. Reverse punye reverse, tibe-tibe.....

Gedegangggg!

Tengok2 belakang, ade satu kereta wira dari tempat parking arah bertentangan tengah reverse kereta jugak. Kira langgar belakang ngan belakang. Alamak......

Leh ngan Amat kuar kete. Aku memang tak kuar kete ar. Takott! Tengok driver wira tu macam pakcik dalam umur awal 30-an. Die soh g tempat lain settle sebab jalan tu kecik. Leh pon drive, pegi tempat redup sket nak bincang cane. (terfikir jugak time ni, kalau kitorang lari agak2 die cam tak kereta Leh ni? huu...)

Leh, Amat ngan Tuyah g kat kete pakcik tu try nak bincang2. Aku tunggu je kat tepi kereta. Takot plus cam xtaw nak wat ape. Bumper wira tu kemek, n cam terjatuh sket. Pakcik tu cam salahkan Leh sebab tak tengok belakang. Then die suruh Leh bayar. Kebetulan, time bincang2 tu ade sorang budak pompuan ni lalu. Die sempat bisik kat aku ngan Tuyah- "Saya dulu pnah gak langgar bumper orang. Nak betolkan dalam 100 je. Kalau die mintak lebih jangan bagi. Paling banyak pon seratus je nak ketuk balik bumper tu."

Pakcik tu maybe askar or polis kot. Sebab die kept saying yang ic die lain dari kitorang, nak report polis pon die tak takot. (cam kerek plak pakcik nii....bajet die banyak kroni la. mentang2 kitorang sume muka budak2!)

Last2, kitorang sume pegi je satu kedai kete ni nak tengok cane bley repair n tanya harga. Camnilah rupa kereta pakcik tu akibat pelanggaran tersebut. Huu....

---takdela teruk sangat kan.....ke teruk camni??---

Kereta Leh plak calar n bumper die cam terkopak sket (lupa amek gambar!). Sian Leh. Tak pasal2 kena bayar 200 kat pakcik tu sebab orang kedai tu cakap tak boleh ketuk. Kena tukar baru.

Banyak kann 200 tu???? Tu pon kitorang sume ngaku student lagi, duit pon tak brape ade. Kalau die taula yang Leh tu engineer, Amat tu executive, confirm die hentam kitorang kaw2 punye lahh! Naseb baikk masing2 pon muka budak2 lagi, so macam die tak perasan kot. Huu...

Apepon, pengajaran untuk kitorang semua pasni, lain kali kena extra extra extra careful. Tengok 10 kali pon takpe sekeliling before gerak kete.

Untuk Leh, bersabar ya. Moga ada hikmah di sebalik kejadian ini....

28 May 2011

Permainan tradisional: Lompat getah

Permainan tradisional ehh? Ye kot. Sebab dulu2 je orang main lompat getah ni. Budak2 zaman sekarang mane main getah. Dorang main permainan alam maya je. Tak thrill~


Nama lain permainan ni, Zero point. Pastu naik la One point, two point. Sampaila sejuta point pon. Haha...Pendek kate, main jela sampai lunyai!
Nak main senang je. Lompat je tali tu. (Dari ketinggian lutut, peha, pinggang, ketiak, telinga n kepala) Hihi...I bet those yang lahir 80-an ke bawah tu mesti penah main kan? Kan?

*angguk2*

Aku dulu2 siap main kat sekolah lagi. Time rehat. Dahla masa darjah 1 sampai 3 tu pakai skirt, memang aktif la melompat-lompat. Ngeh3.

Pastu kat umah, main ngan anak2 jiran plak. Sampaikan, dah gian sangat nak main tapi takde kawan, sanggup ikat tali getah tu kat tiang umah pastu lompat. Pastu naikkan la sikit2 ikut ketinggian yang kite nak. Hihi...

.....................................................***.........................................................

Setelah hampir 10 tahun tak main (yela, last main lompat getah ni masa sekolah rendah kot. masuk sekolah menengah da masuk lompat tinggi plak), akhirnyaaaaa malam tadi kitorang melompat dengan jayanya di padang!

Yeay!

Sangat eksaitedd okayy! Masing2 lepas gian. Main ngan sape? Sape lagi kalau bukan dengan geng Viva oren! ^^ Bile lagi nak main???


p/s: korang....aku sakit pinggang~~~~ huu....

27 May 2011

Quote of the day.


" < 3" symbolize love. In mathematics its "less than three", which means love is only between you and me, no third party.


24 May 2011

Hutang makin bertambahhhh

---hutang. hutang. bayor. bayor---

Rasanya yang aku pinjam dulu just 10 500 je. Now da jadi 10 644 bile tambah kos2 pentadbiran tu segala bagai.

Bayorr weiii. Bayorr. Kang tak pasal2 kena blacklist takley g obersea. Ngeh3~~~

Lagipon, kan ni duit pinjaman. Dah nama pon pinjam. Kena laa pulangkan balik. Iye dakk?

p/s: saya takpe. saya sudah mohon pengecualian bayaran^^

psst, jangan lupa nyanyi lagu ni....KLIK.

22 May 2011

Baru rasa cam touching...- OST NKTM-

Ni sesaje search OST Nur Kasih kat youtube. Bile dengar2 balik lagu die, rasa touching la plakk...
Ni yang rasa nak tengok lagi muvie ni...Tsk.

1. Rasanya sume orang tau yang ni. Lagu ni dari drama Nur Kasih tu lagi. Tapi kali ni ade duet ngan Tiz Zaqyah. Nice....



2. Lagu ni pon best~~~
Tanpamu- Sabhi Saddi&Helena(Indonesian Idol)


....Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu...


3. Bertemu cinta- Milla


....Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya...

Layann~~~ (':

21 May 2011

Spam! Spam! Spam!

Ni haa keje si Leh! Grrr~~~

1

2

3

Saboo je la. Die punye spam ni berderet2 kat home aku. Hahahaha....

Pastu macam2 plak tu. Via Android, Facebook for HP webOS, HTC Sense, Blackberry, iPhone.
Hamboi2 Leh, kayanye ko wat koleksi smart phone banyak2. Bak meh satu!

Ngee~~~

20 May 2011

Tontonlah Nur Kasih The Movie di pawagam berdekatan anda segera (:



First time dalam hidup aku pegi tengok movie kat wayang pada hari pertama filem itu ditayangkan. Muahahaha....Selama ni, tunggu dah 2 3 hari/seminggu dua sampai cite tu agak2 da basi baru g tengok. Hihihi....

So, my comments???

1. Boleyla. Best. Banyak pengajaran. Untuk menginsafi diri; yang dalam hidup ni tak selalunya indah. Dugaan tu sentiasa ada.

2. Kate ade part sedih2 sampai boley nangis. Mane die???? (err, nak kate aku tak cukup sensitif, aku rasa kitorang ber5 yang g tengok sume rasa cam xde part sedih sangat) Jap3, scene yang sedih tu memang la banyak. Time Aidil teringat kat Aliya, time Nur keguguran, time Nur cari Adam hilang, time Amat mati sebab kena belasah. Tapi maybe tak cukup sedih sampai boley nangis2. Setakat bergenang air mata tu je kot....
*maybe aku kena tengok lagi cite ni sorang2 untuk betul2 menghayati kot. Ngee~

3. Scene kat sawah padi sangat cantikkk!!! Kat Jordan jugak! (lukisan Allah. Subhanallah....)

4. Mia Sara chomell gile!!!! N budak yang nama Ilyas tu pon cute. ^^

Ikutkan memang expect cite ni best gile2 kot! So overall aku bagi 7/10. (:

18 May 2011

OUR photoshoot!

Photoshoot lahh sangat kann..Hihi...

Actually ni adalah entry sambungan selepas Amat konvo aritu. Malamnya, kitorang merayap ke Putrajaya^^

So mostly kat sini nak letak gambar2 je. Penat ohh pilih gambar mane yang nak letak. Sebab baanyak sangat n sume pon cantik menarik tertarik. Hee~~

Enjoy!

1. Berhenti kat jambatan.....

---pic agak blurr hasil tangan Leh---

---pic cantik hasil tangan Amat---

---gambar bajet chomel---

---photographer: Usna---

---konon malu tutup2 muka. citt---

2. Dekat2 ngan masjid besi...

---konon nak wat candid tapi macam patung je...---

---konon candid lagi...---

---sangat suka gambar ni!---
Thanks untuk photographer: Amat

3. Dataran Putrajaya

---ade event ape ntah, ramai orang...---

BONUS UNTUK MALAM INI IALAH.....................................

---NUBHAN!!!!!!!!!!!---

Sangat excited okayy tengok nubhan perform. Hahaha...Tak sangka2...

---yeayy! melompat kegembiraan dapat jumpa Nubhan!!!---

Okay, caption itu nampak beno nipunye. Hihihi....Ni last pic yang sempat di snap guna kamera Amat. Pastu bateri abes. Frust gile!!! Dahla gambar dari kamera die sume cantik2! Frust! Frust! Pastu memasing dok berkenan la nak beli jugak kamera tu. Hihi...

---gambar ni pon sukaaa sangat!---

---tadi meniarap, ni terlentang pulak. ishk3---

---meneruskan sesi posing dengan kamera Usna---

---the girlsss---

---seekor kumbang di tengah2. hihi...---

Next, kami pegi makan n anta Usna balik UKM. Pastu, kami balik umah lerr...Puas bergambar dah. (rasa cam nak lagi! :p)

What a night~~~~

16 May 2011

Selamat hari cikgu!

This is my all time favourite teacher!

---jangan memain! kena sebat kang!---

Tengok...garang tak muka cikgu ni??? Garang kan? Garang kan? Masa sekolah dulu, student memang takut ngan cikgu ni. Sampai anak die pon dapat tempias skali. Kalau nampak je anak die, mula la terdengar bisikan2 syahdu "ehh anak cikgu ali tu..."

Heee....itulah ayah saya!

Ayah saya ajar English. Masa saya darjah 1, ayah saya pernah ajar nursery rhymes. Masa tu tak silap ayah ganti cikgu BI kitorang yang bersalin kot. N ayah saya juga dulu cikgu disiplin. Tu yang budak2 takut kot. Hee....

Ehh...ehh...ibu saya pon cikgu jugak!^^ Ibu ajar Sains ngan BI.

Ni sekolah rendah saya masa darjah 1 sampai darjah 3 (1995-1997). Satu sekolah ngan ayah.
---sekolah ni jauhh dari umah---
Source gambar: Here

Masa darjah 4, saya pindah sekolah. Kali ni sekolah nye dekat gile ngan umah. Depan umah je!! Jalan kaki je g sekolah. Lalalala~~~

---darjah 4 sampai 6 (1998-2000)---
Source gambar: Here

Pastu naik Form 1, masuk SMK Jalan Batu Pahat. Now sekolah tu da tukar nama jadi SMK Tun Hussin Onn. N dengarnya sekolah tu da jadi sekolah sukan sekarang. Kira budak2 yang masuk situ sume yang aktif sukan. Urm, aku kat sekolah ni kejap je. Dalam 2 bulan. Tapi sempat la amek ujian awal tahun tu. Siap dapat no 1 lagi. Hihihi....

Hujung bulan 2, dapat tawaran masuk Jenan. Masa tu tak fikir ape dah, jauh pon jauh la. Sebab naak sangat masuk SBP. I was inspired by my brother yang dapat masuk SBP, kat SAKTI (SM Sains Kota Tinggi). Tengok die masuk SBP, aku pon nak jugakla...

So, mendaftarlah saya di Jenan. Wait! Ape Jenan tu???

---SMSAH aka Jenan!---
"Belajar dan berbakti"
2001-2005

Biasanya hanya local people yang panggil SMSAH ni Jenan. N among budak2 SBP pon tak berapa tahu nama timangan SMSAH ni Jenan. So lebih kurang 5 tahun la aku menuntut ilmu kat Jenan ni...

Lepas kuar result SPM, aku masuk sini pulak....

---Batch 2006-2007, F5P1---

Now, here I am. Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Source: Google

Dah habes degree 3 tahun, sekarang saya student postgraduate pulak....

Jadi sepanjang perjalanan saya menuntut ilmu ni terlalu ramai guru2, pendidik, pengajar yang telah membimbing saya. Ni blom masuk lagi cikgu tadika, cikgu sekolah memandu....TERLALU RAMAI kalau nak tulis satu2 kan?

So tujuan utama kat entry ni adelah sebenarnya nak ucap ribuan-jutaan-million-trillion-zillion TERIMA KASIH pada semua cikgu2 yang pernah mengajar, mendidik diri ini. Juga untuk ibu n ayah. Tanpa mereka, tak mungkin aku ade di tempat yang aku ade sekarang ni. Jasa bakti mereka, hanya Tuhan yang mampu membalasnya! (':

"You guys are like candles - it consumes itself to light the way for others .
Thank you..."

14 May 2011

Our best friend's convocation!

CONGRATULATIONSSS!!!!!!!

---see the glowing face??---
Penuh tangan pegang bunga!

Ohh sangat jeles ngan Amat sebab die dapat konvo kat dewan baru. Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Dewan sangat selesa dan yang bestnya, parents boley masuk dalam dewan n tengok anak2 mereka graduate secara live. Tak macam kitorang dulu. Plus, die dapat sidang pagi. Memangla lucky! Ade baaanyak masa untuk spend ngan kawan2 lepas kuar dewan tu. Tak macam kitorang dulu. Jelesss! Jelesss!


---ala! muka aku kena lindung mortar board Amat!---

Kitorang siap follow lagi Amat ngan family die pegi Intekma untuk amek gambar studio. Kitorang plak yg cam eksaited. Hihi....

---Amat with the flower girlss n the err-what-ehh boy---


---muka2 eksaitedd!---

Alhamdulillah...Tahniah jugak untuk semua kawan2 yang dah graduate, juga yang bakal graduate. Tapi kena ingat, it's not the end of the learning process. The journey is just about to begin. There's a lot more to come! ^^

12 May 2011

IP's pre-graduation (junior)

Venue: Klang Executive Club
Time: 2.30pm-5.30pm
Theme: Black & white

---majlis graduan??---

Ok. Inilah dia majlis pre-graduation untuk junior kitorang. First time wat pre-grad waktu petang. Biasa kan orang wat malam (dinner). Maybe diorang dah takde masa kot.

Actually kitorang tak berniat langsung nak pegi. Yela, dahla wat time weekdays, then petang plak tu. Kitorang yang masih berstatus pelajar ni of course la mengharap kawan2 yang da keje untuk join skali. Tapi malangnye sume pon malas amek cuti. So mula2 tu memang taknak pegi la.

Tapi.....atas desakan serta 'ugutan' dari Sir Azlan, kitorang terpaksa gak pegi. Huu...Pepaham je la Sir tu, skali die bebel, memang 'masak' ar telinga kitorang. (T_T) So kitorang ajak si Ecah. Kebetulan Ecah amek MC the day before tu, so suruh die sambung je MC die. Hihi...(kesian die, tak sihat....)

Soooo.....ini je pics yang ade!

---LEFT: our beloved Sir Azlan. RIGHT: Ayahanda Hj Isa---


---persembahan dari part 6 n kumpulan nasyid jemputan khas---


---foods---

Bagi aku, majlis ni ok la. Simple. N siap ade bagi anugerah lagi untuk best student from each part, anugerah kokurikulum (Congrates K. Rai!), n anugerah kempimpinan (kot. tak brape ingat)

Untuk menutup entry ini, of course la nak letak pic kitorang....^^

---ye, muka saya sangat pelik pakai inner tu. T_T---

Ok. Daaa~~~~

p/s: Untuk adik-adik junior saya, moga dapat result yang best! (:

08 May 2011

I love you ibu. Forever and always.

Ibu...ibu....
Engkaulah ratu hatiku......
---my heart---

06 May 2011

Layout sudah tukar!


How's the new look of this blog?
Looks more cheerful, ryte?
Lama kot gune layout dulu yang ade ikan tu. Hihihi......

Aku ni takdela pandai bab2 edit mengedit ni.
Ni pon pakai try and error je edit sikit2.....
Takdela canggih mane pon.
Still simple ^^

I love my blog! <3

Reunion IP 1st batch ^^

Actually, takdelah reunion besar-besaran sangat pon. Just a small gathering untuk kitorang, Industrial Physics' first batch. Yang join pon dalam 13 orang je. Tu pon termasuk sepupu membe kitorang, serta bf dan gf nya. Ramai kawan2 tak dapat join sebab tak dapat cuti (padahal dah sah2 public holiday kan 1 May tu. Ishk...) n ade juga ade hal family. Kena pinang kot. Hee~~

So, enjoy the pics!
Location: Sungai Pangsun (dekat2 ngan Sungai Congkak), Hulu Langat


---the scenery---

Chalet kitorang sangat best! Turun 5 anak tangga, dah masuk dalam sungai! Malam2 pon dengar je bunyik air sungai tu mengalir dengan derasnya.....

---baru sampai. rilex makan aiskrim dulu...---

Inilah dia saat-saat yang di nanti nantikan. Kita terjunnnnn!!!!!!

---brrr~~~ air sangat sejuk!---

Dan apabila perut kita mula menyanyikan lagu keroncong, kita buat ape kawan2??? Kita....Makannn!!!!

---ayam yang 'sedikit' hangus---
Tapi habis jugak 5 ekor ayam. Lalalala~~~

Mari saksikan pula gelagat kanak-kanak riang apabila berjumpa bergurau senda tak hengat dunia....

---macam macam hal...---

---you're on candid camera!^^---

Overall walaupun sangat letih, tapi enjoy sangat2! Rasa cam nak wat reunion je tiap2 tahun. Hihihi......nak baca cerita yang lebih panjang? sini

Err, last but not least.......



Presenting.......................................



Models of Sungai Pangsun!



Taraaaaaaaaaa...................................................................................



---OMG!---

Ok..ok...enough.
Daa~~~ ^^