31 August 2010

Break fast meal -Part 3-

Diam-tak-diam, pejam-celik-pejam-celik, dahh nak masuk minggu2 terakhir Ramadhan. Maksudnya, tinggal seminggu lebih saja lagi untuk kita semua berpuasa. Rasa-rasanya time ni mesti semua orang dah sibuk2 buat persiapan menyambut lebaran kan?
Mak2 sibuk buat kuih raya, jahit langsir baru, beli perabot baru. Anak2 pulak sibuk mintak baju raya baru, main bunga api, mercun (urmm, yang ni sejak mula puasa dah start kot...)

Saya?? Baju raya belum beli lagi...kuih raya pon belum buat lagi. hihihi...
Ok2, berbalik kepada tajuk asal post ini adalah tentang makanan berbuka. Bukan pasal hari raya. hehe...

Day 15
-Char kue teow
-Cempedak goreng
-Soya bean

Day 16 (makan kat kedai sebab ayah demam, xde mood nak masak)
-Mee hongkong
-Sate, kek oren
-Carrot susu

Day 17
-Bihun Singapore, ayam golek
-Kuih cara
-Carrot susu

Day 18 (kat kedai selepas shopping di Batu Pahat)
-Nasi lemak ayam goreng
-Sate
-Apple juice

Day 19
-Roti pita, baked beans
-Cempedak goreng
-Soya bean

Day 20
-Spaghetti bolognese
-Kek kiwi
-Longan

Day 21
-Mee kungfu, cream of mushroom
-Kuih lompang, kole kacang
-Ribena

Day 22 (makan kat kedai sebab sume blur xtaw nak makan ape :p)
-Nasi ayam Haji Ali
-Bubur lambuk
-Teh ais

p/s: warna rasmi baju raya tahun ini ialah BIRU (:


anonymouS:: rebut juga peluang di malam Lailatul Qadar.....

Mengharunginya...

tepatkah keputusan untuk lari dari kenyataan?
walaupun ia sungguh pahit. harus jua ditelan.
walau sesukar mana, pasti ada hikmah disebaliknya.
tapi.....
ia amat sukar. terlalu sukar.

"Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang"
(Dewa- Hadapi dengan senyuman, 2006)


Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-53


♫♫♫ tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

hari mulia negaraku merdeka.....♫♫♫

MERDEKA!!

MERDEKA!!!!

MERDEKA!!!!!!!!

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53!
31 Ogos 2010

anonymouS:: merdekakan diri kita, jiwa kita dan pemikiran kita dari segala bentuk penjajahan!

30 August 2010

My sis (bleeding nose)

Last few days, masa kitorg tengah bersahur suddenly my youngest sister punya hidung kuar darah...panik jugak kitorg seketika sebab tak pernah jadi sebelum ni. Die pon sehari dua ni nampak cam lemah je. Makan pon tak banyak (macam biasa). Yela, cuaca sekarang ni kalau panas, sepanas-panasnya. Kalau hujan, selebat-lebatnya. So my sis demam. Badan pon panas je...
Masa hidung die tengah kuar darah tu, saya cakap suruh die dongakkan kepala (sebab masa sekolah dulu saya ade sorg kawan ni yang slalu gak la alami nose bleeding ni n saya slalu nampak die wat camtu). Tapi my mum cakap jangan. Biar je darah tu keluar. Jangan 'paksa' untuk stop. Then saya pun amek ais, balutkan dalam towel kecik n tuam kat dahi die (untuk sejukkan badan die sket). Kesian sangat kat die.....

Here's some info pasal nose bleeding ni......


Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.

“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.
Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.

Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?

-Picit bahagian bawah hidung
-Tekan hingga terasa tulang muka
-Mendongak dengan kepala menegak.
-Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
-Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
-Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.

Plus, dalam cuaca yang tak menentu sekarang ni, perbanyakkan la minum air masak....

anonymouS:: jumpa pakar jika pendarahan ini kerap berlaku.

29 August 2010

Just for laugh

Well, laughter is the best medicine rite? (:




Hubby : You always carry my photo in your handbag to the office. Why?
Wife : When there is a problem, no matter how impossible, I look at
your picture and the problem disappears.
Hubby : You see, how miraculous and powerful I am for you?
Wife : Yes, I see your picture and say to myself, "What other problem
can there be greater than this one?"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Lady : Is this my train?
Station Master : No, it belongs to the Railway Company.
Lady : Don't try to be funny. I mean to ask if I can take this train to Kuala Lumpur.
Station Master : No Madam, I'm afraid it's too heavy.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
An absent-minded man went to see a psychiatrist.
'My trouble is,' he said, 'that I keep forgetting things.'
'How long has this been going on?' asked the psychiatrist.
'How long has what been going on?' said the man.


anonymouS:: dun be sad~~~~

-onlyWords- IV

In life God doesn't give you the people you want, instead He gives you the people you need. To teach you, to hurt you, to love you, and make you exactly the way you should be.

25 August 2010

Break fast meal -Part 2-

Alhamdulillah.....
Dah 2 minggu puasa.
So ini sambungan menu dari Part 1 dulu :D

Day 8
-Mee rebus
-Karipap, kuih ketayap,kuih koci
-Tembikai

Day 9
-Murtabak mee
-Mushroom soup, kuih tako
-Nenas

Day 10
-Mee hailam
-Popiah basah, kuih bakar, cempedak goreng
-Mangga

Day 11 ( kat Jasin, melawat adik kt MRSM. So g makan kt medan ikan bakar Serkam)
-Nasi putih
-Ikan jenahak 3 rasa, ikan pari bakar, kupang sambal, sotong goreng tepung
-Fresh Orange

Day 12
-Roti jala
-Kuih karipap, cempedak goreng
-Kelapa

Day 13
-Maggi goreng
-Sotong sumbat, roti john
-Tembikai

Day 14
-Bihun sup
-Cempedak goreng
-Sirap bandung

So far sume meal yang simple2 je. Yela, tak elok membazir kan....(jangan makan ikut nafsu!). Urm makanan yang selalu ada ialah cempedak goreng. Kenapa ehh??? Hihi.....sebab, semua cempedak tu adalah dari kebun ayah saya. (: ada banyak sangat....manis2 semua. nyum3.....

anonymouS:: da boley shoping baju raya. yeay!

24 August 2010

Sembilan puluh sembilan hari lagi

atau 14 minggu 1 hari lagi menjelang............


KONVOKESYEN UiTM KALI KE-73
25 NOVEMBER - 6 DISEMBER 2010

alahai....keciknye tulisan.....urm, konvo saya pada 1 Disember, petang (^^,)v

hee....sangat EXCITED! :D

setelah sekian lama menunggu.
yela, orang kt U lain sume da konvo.
kitorang plak kena tunggu hampir setengah tahun baru konvo.
huhuhu.......

anonymouS:: gumbira...lalalalalalala~~~

23 August 2010

Nak jadi doktor???

-Teliti itu penting!-

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk....."

Moralnya: Sentiasa tumpukan perhatian okayy!

anonymouS:: dulu pernah bercita-cita menjadi doktor. doktor gigi. :D

Blog ini

BLOG STATUS: Edited!

'edit'an yang agak mengarut.
hihihi......
baru nak blajar.
pakai tekan aje....ngeh3!

p/s: saya rasa ia masih kurang menarik...atau lebih tepat lagi, memang tak cantik! haha...perlu belajar lagi pasni (:

((entah ape2 la yang aku wat ni....T_T))

anonymouS:: sila beri tunjuk ajar!

22 August 2010

isolate.isolated.isolation

MOOD:
----felt isolated----
.
.
.
.
.
.
.
.
.
((.....urm.....thinking again.......))


Maybe i'm THE ONE who isolate myself.

anonymouS:: mengasingkan diri??

20 August 2010

My love

this morning, suddenly this song crossed my mind.
ohh, i used to love this song soo much!
it was back in 2001, i guess.


To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You’re all I’m thinking of
Reaching for the love that seems so far.....

anonymouS:: !

18 August 2010

Break fast meal -Part 1-

Alhamdulilah.....dah seminggu kita berpuasa.
Semoga semua amalan yang kita lakukan diterima oleh-Nya (:

Antara yang menarik time bulan puasa ni, tak lain tak bukan of coz la pasal makanan kann?
Time ni la semua benda ade depan mata, semua rasa nak telan.
Rasa nak 'mentekedarah' je kan. haha... nafsu2....

Well, so far inilah menu berbuka puasa saya (:

Day 1
Main course: Mee bandung Muar
Side: Goreng pisang
Drink: Ribena

Day 2
Main course: Mee goreng
Side: Bubur lambuk, rojak
Drink: Laici

Day 3
Main course: Homemade pizza
Side: Chicken scallop
Drink: Laici

Day 4
Main course: Kue teow goreng
Side: Popiah samosa
Drink: Sarsi

Day 5
Main course: Capati+Kari kambing
Side: Cempedak goreng, bubur lambuk
Drink: Ribena

Day 6
Main course: Bihun goreng
Side: Cempedak goreng
Drink: Sarsi

Day 7
Main course: Macaroni goreng
Side: Popiah basah, kuih kole kacang
Drink: Tebu

Nyumm.....nyummm....nyummmm.......
Setakat ni blom berkesempatan lagi nak g bazaar.
Tiap2 petang mesti hujan.
So masak benda yg ade kt umah je......
Sume yang simple2. Tak elok membazir kann......

Ohh, yg menariknya pasal family kitorg, time buka puasa kitorg tak makan nasik. Selalu kan org buka puasa makan nasik berlauk kan? Kitorg tak. Just makan nasik berlauk time sahur je. Tak taw la knape. Tapi dari dulu lagi mmg mcm tu (:

anonymouS:: urm, menu ape plak pasni ehh?

17 August 2010

huhuhu

at least, cakapla macam ni......
"sikit2 tu boley la"

ni tak, g cakap camni.......
"huh, tak langsung!"

kecik ati taw.


anonymouS:: ape kess???

15 August 2010

-onlyWords- III

Seseorang pernah mmberitahu saya..........

Jika Tuhan segera memakbulkan doa kita
bermakna Tuhan sayangkan kita.

Jika Tuhan lambat makbulkan doa kita
bermakna Tuhan sedang menguji kita.

dan

Jika Tuhan tidak memakbulkan doa kita
bermakna Tuhan sudah merancang sesuatu yg lebih baik utk kita.


anonymouS:: kita sebagai hamba harus sentiasa redha dgn ketentuan-Nya.

12 August 2010

My first EVER phone interview

Ok, this was how it goes.....
The company called me at 3pm (as arranged before).
I just prepared my semiconductor book with me (dengan harapan boleyla nak selak sket2 time die tnya nanti) coz this company is a semiconductor-based company.
So i thought they might asked me most on that part.
But it turned otherwise.

The interviewer is an indian man.

*i did record our phone conversation*
tp tak sanggup rasanya nak dgr byk2 kali....huu....

First and foremost he asked me to tell bout myself.
Well, that's no big deal rite?

Then he asked me what i'm doing now, to tell about my course.
I think i did well on that part. (walaupun cam agak tergagap2 sebab sgt nervous!)

Next, "What do u know about semiconductor process technology? Explain some."
-So aku dgn yakin dan confident nya cakapla pasal proses2 utk fabricate device. Oxidation la, diffusion, litography..bla..bla..bla...n aku explain gak yg aku blaja jugak bout how the device works (electron, source, drain...bla..bla..bla....)

Then he asked me this fundamental question. "What is ohm's law?"
-Haa? huhu...i don't really expect this question. aku just ingt graph I-V tu n aku pon jwbla 'ohm's law stated that current will increase as a result in increase of voltage.' btol kee???? Act, jwpn tu xlengkap...

Next, this logic question "How does ship floats?"
-err.....alamak. ni da masuk konsep fizik ni. xdapat jawab, naya aku. ape ehh...puas aku fikir. Tibe2 phone die berbunyi n die suruh hold on. Fuhh...ade masa aku nk fikir. Terdetik dlm hati aku psl Archimedes principle. Tapi xsure...last2 aku jwb 'buoyant force'. huhu...matila aku...
Bile aku search balik kt internet, mmg ade kaitan ngn Archimedes tu pon....

Die sempat gak tanya apa aku blaja dalam subjek Mechanical Measurement & Testing Technique. Yg aku plg GERAM sangat, boley aku lupa part NDT tu which is ULTRASONIC! dok fikir2 apela benda yg aku gune tu kan, lupa sgt2! Huuu......

Pastu die tnya lagi "How dam(empangan) generates electricity?"
-huuhu...napela die tnya soklan cmni....aku just jwb 'when water flows, it will convert the mechanical work into electrical work.' pastu die ckp, 'u miss this one key point.' adehh...ape plak....rupa2nya TURBINE!!! huwaaa~~~~

Then die tnya nape aku skola kat kedah tapi dok kt johor. aku ckpla tu boarding school. Then boley plak die tnya 'ur boifren is at kedah?' ohh...'no sir, i don't have any boifren...' aku jwb. soalan apekahh ini????? T_T

"Ok, lets move to my last general question. Are u ready?" - sempat plak die 'wat lawak'....
"Do u know artificial rain? How is it produced?"
-homaigod! ape nii???? aku tak tau ape2 langsung!!!!!!! aku senyap. sunyi. siyes xtau pape. last2 aku jwb 'i'm sorry sir. i have no idea about that.'

Last2 tu die just tnya cmne aku nk travel nanti, nk dok mane. gitu2 la...

* * * * * * * * * *

So kesimpulannya entahla. Soalan yg btol2 UNEXPECTED!. But i really think i could do much more BETTER than that. Doa je byk2 pasni.

anonymouS:: at least dpt pengalaman kan......

11 August 2010

debaran 1 Ramadhan

ohh kejap2.
saya bukan berdebar menunggu waktu berbuka ya.
saya masih mampu menahan segala dugaan dan cabaran.
FYI, johor buka puasa paling awal ye berbanding semua negeri2 di semenanjung (:
hihihi.......

yang sebenarnya.....
i just had a phone interview.
yes. PHONE INTERVIEW.
seram, cuak, takut, nervous, sume ade.
full story?
tungguuuuu~~~~~~

btw, menu berbuka hari ini : Mee Bandung Muar Homemade Special.
terliur?? sabar...sabar......

anonymouS:: *drooling*

10 August 2010

Marhaban ya Ramadhan

Setahun sudah berlalu....
Kini tiba lagi bulan Ramadhan.
Bulan yang penuh berkat.


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

anonymouS:: semoga kita semua dirahmati-Nya.

two mistakes at a time

SITUATION: Saya menyanyi ketika sedang memasak didapur.

ohh~
saya telah melakukan DUA kesalahan disitu.
apekahh???

PERTAMA:
menyanyi ketika memasak. kan tak elok anak dara menyanyi kat dapur. orang2 tua kata, nanti dapat suami tua! hehe....(eh, saya memang mahu suami yang lebih tua dari saya. LEBIH TUA. bukan tua yang sebaya ayah mahupun datuk saya. mintak jauh~~)

KEDUA:
saya menyanyi lagu raya! adehh...puasa pon belom da nyanyi lagu raya???ishk3......

by the way, ini lunch terakhir yg saya akan masak sebelum kita berpuasa esok!
lepas ni hanya memasak untuk sahur (oleh ibu & ayah. saya hanya bangun untuk makan :p) dan berbuka puasa (yang ni saya tolong mereka masak).

lunch mahupun breakfast akan wujud di bulan puasa JIKA DAN HANYA JIKA anda 'bercuti' (bagi kaum wanita SAHAJA) hihihi......

anonymouS:: jangan puasa yangyok ye!!

hari saya

ohh glad~
hari ini saya rasa seperti biasa
seperti tiada apa yang berlaku
good2.
harapnya akan berterusan begini
tak mahu lagi berperasaan begitu
saya happy dengan hidup saya (^_^)v

p/s: awak xnk kawan ngan saya? ape saye kesah~!

anonymouS:: mulakan harimu dengan senyuman! (:

08 August 2010

lamanya nak tunggu konvo....


sekarang ni musim konvo.
sane sini dalam fesbuk org post gmbr konvo dorg.
dalam paper pon merata2 ayat CONGRATULATIONS tu.
JELESS!!
huwaaa.....T_T

konvo aku?
lambat lagi daa....
on NOVEMBER!!!!
padahal abes blaja dari bulan 5 lagi.
(result kuar bulan 6)
dekat 5 bulan nk kna tunggu konvo.
sabar je lahh......
sabar.
sabar...
sabar......

serius, dalam hati da membuak2 keinginan nk pakai jubah, topi konvo...
then naik atas pentas
amek scroll,
bergambar ngn kwn2, family....
da berangan macam2 dahh!
nak baling2 topi lagi. haha~
*agak jakun*

anonymouS:: ohh UiTM dihatiku~

05 August 2010

its mine.

at least
for once
just
accept what i've done
with open heart.
it really hurts
when you don't believe me.
the risk is on me
i just need your support
PLEASE....
trust me!

anonymouS:: have faith in urself (:

04 August 2010

kepada peminjam @ penghutang

Versi baru lagu Pulangkan- Misya Omar. Ala, lagu "berhantu" tu...
Mungkin lagu ini juga bakal menghantui anda.....
Zasssss~~~~~~~~

*Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN & Ex-student*

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua
Hingga akhir usia.....


hehe,jadi kepada yang masih berhutang tu jemput2 la bayar ye...(:
termasuk sayakah???
saya special case :P

anonymouS:: agak2 brape ribu ehh?

01 August 2010

Its August!

Hello Ogos!
Bulan ke-8 dalam tahun 2010 sudah tiba.
Pastinya banyak perkara yang dinanti dalam bulan ini.
Ya, sudah pasti.

Yang pertama, pastinya kedatangan bulan Ramadhan.
Bulan mulia yang penuh berkat.
Insya ALLAH pada;
11 Ogos 2010, hari Rabu. 1 Ramadhan 1431H.

Yang kedua, hari lahir insan2 di sekeliling saya.
-14 Ogos, abang sulung saya. Afif Farhan.
-1 Ogos, IPians. Wan Rosihan.
-10 Ogos. Hewhoshouldnotbenamed.
-20 Ogos, skulmate Jenan. Khalis & Imran aka Dobi.
-13 Ogos, my junior. Yuyu.
-12 Ogos, x-kmns. Syaz.
-10 Ogos. Sayha.
~~Source: FS & FB (:

HAPPY BECOMING BIRTHDAY!
Urmm, who else?? Xingt :p
-to be updated later- hihi…

Dan pastinya di hujung bulan nanti,
Hari Kemerdekaan Ke-53!
31 Ogos 2010.

Juga, saya menantikan sesuatu yang akan membawa saya ke fasa baru kehidupan.
Sesuatu yang lebih mencabar.

Btw, 8 is my lucky number! ((:

anonymouS:: to be better than before~~