27 December 2011

I turn 23 today! (:

Well, this cute little girl turns 23 today! ((:

---hihihi....---


Alhamdulillah.
(:

14 December 2011

Holiday @Bandung. Hooyeahhh!

*preparation aku nak g Bandung agak kelam kabut sebab aku baru balik dari camping IP. Lepas balik dari camping petang tu, rilex2 jap, terus drive malam tu, dengan hujan lebat g umah maksu kat Rawang. Siap salah jalan lagi. Kat highway pon boley sesat. Ape daaa...T_T

28 November 2011

Flight pukul 2....ehh tak. Pukul 2.30....ehh tak...2.45 kot. Ehh...ehh.....

Haaa....disebabkan tak aware pasl masa ni la, kitorang satu family sume nyaris2 tertinggal flight! Memasing cam rilex2 je. Skali amek kaw, siap final call die sebut nama kitorang sorang2. Berlari macam tak cukup tanah sume!

Namun, selamat jua kami sampai ke tanah Bandung......

---bandara= airport= lapangan terbang---

Sampai2 da lewat petang. So-called tourist guide kami, Pak Siroso jemput kitorang kat airport then straight bawak g tempat penginapan. Jalan macet (macam biasa), n hujan turun renyai2. So bile sampai "hotel" pon da nak malam. Lepas angkat2 barang sume masuk bilik, kitorang siap2 untuk g makan malam.

Tapi sebelum tu sempat lagi Pak Siroso bawak kitorang shopping. Kat Bali Heaven.

---Bali Heaven di Bandung----

Tapi memandangkan perut tengah kosong, memang takde mood nak shopping! Just tengok2 je dalam kedai tu, usha2 harga. Harga kat sini kira cam harga standard la untuk baju2 yang ade brand.

---shopping malas. makan nak---

Then lepas tu kami dibawa makan malam kat satu Restoran Padang. Makanan style Padang, yang banyak2 lauk tu.....

Ni "hotel' kitorang. Orange Homes. Kitorang dapat bilik yg macam apartment. Ade 2 bilik tidur n ade satu hall yang lengkap ngan keyboard n set karaoke.

---our family @Orange Homes---

Ni plak pemandangan biasa kat luar hotel. Akan ada 'penjaja2' yg akan jual macam2 barang. Tipsnya, kalau taknak beli, cakap taknak. Jangan cakap esok2 la, sebab die confirm ingat muka anda dan suruh anda beli keesokan harinya. Muahahaha....

---baju, keychain, gelang, beg, macam2---

Jalan nak masuk ke hotel ni, memang sangat amat sempit! Dengan berlubang2 lagi. Dari main road masuk simpang ni ade la dekat 10 minit gak kot.

---jalan masuk ke hotel---

Hari kedua, kami pergi mana? Tungguuuuuu~~~~~

12Wordless Wednesday

10 December 2011

Bye-bye my konon2 wishlist. Uhuks~

Awal bulan aritu, punyela semangat siap tulis wishlist untuk bulan Disember ni. Almaklumla, nanti hujung bulan kan nak sambut birthday, tu yang konon2 nak berangan nak beli hadiah untuk diri sendiri. Dah bajet2 dah, bile duit elaun masuk nanti nak beli.

---siap tampal kat dinding. ape motif ntahh---

1. Watch- dah lama berniat nak beli jam. Yang ade kualiti n boleh tahan lama. Dah usha dah pon beberapa jam yang berkenan. Jam yang dipakai sekarang dah nak tercabut talinya. Jadi mungkin hanya tukar tali je la tahun ni, bukan tukar jam.

2. Smartphone- dari tahun lepas nak tukar phone. Da aim jugak phone ape. Tapi nampaknya.... hampa.

So sekarang ni kena cabut koyak2 kertas tu, buang je. Or simpan je dalam laci dan tunggu masuk bulan Disember 2012 kang tampal balik. Sadis gile! T_T

Actually last year masa birthday pon penah ade wishlist gak (mengade!). Wishlist no 1 diulang untuk birthday tahun ni dan nampaknya bakal diulang lagi untuk tahun depan dan tak tahu sampai bile. Huuu.....

Yang no 2 tu rasanya takpe lagi kot. Sebab memang tak pandai gune sangat so keterujaan tu tak seberapa la. Just kadang2 time g tempat2 best rasa macam naaaaaak sangat ade DSLR.

No 3, dah beli pon! Ngee~~~ Nak tengok? Kat sini.

No 4, rasanya tahun ni ntah berapa kali dah pegi Secret Recipe. :p

So nampaknya untuk birthday tahun ni, takde wishlist untuk diri sendiri. (tapi kalau ade sape2 berbesar hati nak tunaikan wish saya pon apa salahnya. Hihi.....)

Sebab......
Sebabnya...............

Bajet lari sebab buat beli tiket untuk holiday ke _______. *top secret!
^^

Well,
"You gain some, you lose some"

07 December 2011

Join camping IP sebagai alumna^^

Tempat: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang.
Tarikh: 25-27 November 2011

*entry lewat seminggu :p

---Tetra Industrial Physics Camp 2011---

So it was called TETRA camp sebab ade 4 objektif untuk camping ni which are.....urm....I'm not sure. Hihihi....Kami datang bukan join the whole camping ni. Just saje2 menyibuk memeriahkan aktiviti diorang. Datang pon hari Sabtu, sebab aku follow member yang da keje, dorang still keje Jumaat tu, so kami gerak hari Sabtu.

First aktiviti kitorang, forum pasal kerjaya or something like kehidupan selepas bergraduasi. 4 orang alumni memang dijemput khas untuk forum ni.

---Dari kiri: Hajar (Sony EMCS), Husyairi (PhD UiTm), Mirzan (pengerusi), Nash (Freescale), Man (Sony EMCS)---

Memang bersemangat betol diorang cerita pasal camne boleh dapat keje, pasal pengalaman interview, pasal cara2 nak tulis resume, dan macam2 lagi......

---teka-teki: siapakah yang paling banyak bercakap?---

Lepas forum, diorang sume wat aktiviti bebas. Mostly prepare untuk pre-grad malam nanti. Ade hias2 dewan, n wat latihan untuk persembahan. Kitorang ape lagi, merayau la area2 situ. Ingatkan ade air terjun best, nak bermandi-manda. Yela, dalam hutan kot. Line tepon hape pon takde. Tapi agak hampaaa....Yang ade hanyalah 'kolam air terjun'. Huu...Terjun je laa.....

---sejukk wooo---

---skywalk, bilik kitorang, tempat makan---

Yang bestnya kitorang dapat bilik yang untuk 12 orang tu untuk kitorang bertiga pompuan. Sorang conquer empat tilam kot! Haha...

Then malamnye ade majlis Pre-Graduation Dinner (:

---meja alumni^^---


---ayahanda Hj Isa---

---persembahan dari Super Senior---

---the alumni with Dr Salleh---
Leh, hang nak tepon sape? Mane ade line tepon...

Esok pepagi nya, kitorang organize aktiviti ngan sume. Main macam2 game. Tujuannya, nak menyatupadukan semua student2 IP. Sebab dengar2nya ade sikit 'masalah dalaman' antara diorang ni. Hurm....Harap2 ade la kesan sikit dari aktiviti2 yang kitorang wat ni. Pastu, kitorang tolong handle diorang nya Annual Grand Meeting (AGM), lantik AJK baru.

---family IP <3---

Overall, kitorang alumni semua terharu sangat sebab diorang sudi jemput kitorang untuk event diorang ni. Walaupon aku mula2 cam agak 'segan' nak datang. Yelaa, aku selalu kot terserempak ngan diorang kat fakulti. Hihi... Memang terima kasih banyak2 kat diorang, n tak lupa jugak kat Hj Isa (: Harap2 lepas ni kalau IP wat aktiviti, moga2 kami diundang lagi^^

Dan.....terima kasih juga kerana menobatkan saya sebagai peserta terbaik sepanjang program. Hihihi....

---beLIEve it or not???---


p/s: alumna adalah singular(female) bagi alumni. bukan typo.

11Wordless Wednesday

05 December 2011

Ishk3 adik-adik aku....-Part 2-

Untuk episod sebelum ni boleh klik kat sini. :p





Kes yang sama jugak macam sebelum ni. Si Bella nak upload gambar kat fb tapi tak reti2. Hahahahaha...Sampai kan abang aku wat satu album kat fb die screenshot step by step camne nak upload gambar kat fb. Bella punye pasal. Haha.....

04 December 2011

Di Disember....

Oooo yeahh!!!! Da masuk bulan 12! Haruslah bulan yang ditunggu2 kann....*wink wink*

Tapiiii..................
Tappiiiiiiii.................................

Masuk bulan 12, bermakna hampir setahun aku jadi budak postgrad kat UiTM ni. So, what have you achieved so far??? Errr........T_T

Mengenangkan research aku yang masih 'ke laut' tu, memang gerun sangat!! (apa kau dah buat sepanjang 12 bulan ni??? ko wat ape?????) T_T lagi.....


Ok, actually dua hari lepas baru balik dari bercuti ngan family kat Bandung. Best tu memang best (nanti aku cite semuaaa!), tapi yang tak bestnya bila balik sini, aku dapat batuk n selsema. Huhu...mane taknya, hari2 kena hujan kot kat sane. Pastu cuaca pon selalu sejuk je. Balik hotel plak dok dalam air-cond je....memang rasa nak demam! T_T

Esok Isnin, kena g fakulti cam biasa. Ape aku nak jawab ehh kat sv aku kalau die tanya aku g mane minggu lepas? Ahh, jawab je la aku g bercuti kan? Lantakk~

Banyak benda rasa nak update kat blog ni...pasal camping IP kat Dusun Eco Resort, then pasal pegi Bandung jugak. Tapi sekarang ni memang rasa malas gilaaaaa nak online. Fb pon aku bukak just tengok2 je notifications. Sangat takde mood! T_T

Ape lagi ehh?

....balik umah Shah Alam kena kemas bilik yang macam tongkang pecah tu
....pasni kena g beli ubat batuk n selsema
....mandikan Jimmy + service (duit lagiiii...T_T)
....kena fikir pasal Research. Research. Research T_T


Okay. Aku rasa dah banyak gile T_T
Can anyone make me (^_^)??

Hukhuk.....


*mood demam*