30 June 2011

Majlis aqiqah cucu Dr K

Ahad, 27 Jun baru ni kami konvoi beramai-ramai ke rumah Dr K kat Sri Damansara sempena majlis aqiqah cucu sulungnya. Dr excited betol ade cucu ni. Naik pangkat jadi dato' dah sekarang. Hihihi....

---datuk dan cucunya---
opss. sori gambar agak blur

Baby ni kecik je. Berat pon tak sampai 3kg. Kite zoom sket tengok muka baby....

---Nur Ilham Faqhiyah---
ntah btol ke tak ejaan ni. Huu....

Disebabkan baby ni baru seminggu, leher pon lembut lagi. So ramai yang tak berapa 'berani' nak kendong. Aku pon takut....

---K. Baizura, berkeyakinan sungguh mengendong bayi---
Tuyah sebelah tu tengok aje???

---K. Azian, dah nampak dah ciri2 keibuan tu...---

Inilah wajah2 kami semua rombongan cik kiah yang sedang tersenyum kegembiraan selepas perut kenyang makan nasi lauk kari kambing. Sedaaap!

---yang pakai spec baju kurung oren2 tu ialah isteri Dr---

---hadiah untuk baby---

Pastu kan, betapa kecik nye dunia ni, anak perempuan Dr K ni rupa2nya senior aku masa kat Jenan dulu. Batch 9802. Mummy dorm Pendeta lagi.

---me with K. Tasnim---

Ok, tu je nak cerita. Daaa^^

18 June 2011

Padang-Bukit Tinggi -DAY 4-

Hari last. Takde ape sangat. Nak balik dah...

Tarikh: 5 Jun 2011

Wake-up call pkul 4 pagi (WIB). Awal gile. Sebab flight balik kol 8 pagi. Huhuhu....Mandi2, kemas2 barang then terus turun breakfast. Breakfast tak best! Ade ke patot bagi makan rojak pagi2 buta ni. Tak kena la ngan selera. Even nasik goreng biasa pon takde. Roti bakar tu adela, tapi malas nak tunggu turn nak bakar roti tu. Telan je la rojak. Huu....

---reception Bunda Hotel---

---bye2 Padang!---

Sampai kat LCCT lebih kurang kol 10 lebih. Siap ade announcement lagi yang flight kitorang awal 25 minit. Ohh mybe traffic tak jem kot. LOL

Dengan ini maka tamatlah cerita percutian saya di Padang dan Bukit Tinggi ((:

p/s: pasni ade satu lagi entry last pasal trip ni. Nantikan........^^

17 June 2011

Padang-Bukit Tinggi -DAY 3-

Mari sambung cerita jalan2 di Bukit Tinggi.

Tarikh: 4 Jun 2011

Hari ketiga. Bangun pagi dan menghirup udara segar di Bukit Tinggi. Tambah pulak dengan hujan renyai2 pagi tu. Rasa nak selubung dalam selimut je sepanjang hari. Hihi.... Disebabkan hujan juga, plan untuk terjun ke swimming pool dibatalkan.

---luas---

Nuansa Maninjau Resort. Nama tempat yang kitorang tido malam kedua. Bilik aku ngan Bella, kat groundfloor. Ade cermin yang boleh nampak luar yang sangat besar kat tepi bilik kitorang ni. Memang before tido kena tengok betol2 langsir da tutup. Naya je kang kalau ade orang intai...

---chakkk!---
Aku dalam bilik, Bella kat luar bilik

Lepas breakfast, amek2 gambar dulu depan resort ni...

---udara pagi yang segar!---

---aku yang agak rendah---

---feeewiittt---
^^

Pastu naik bas, teruskan perjalanan. Plan nya, hari ni nak jalan2 plus shopping kat pekan Bukit Tinggi. So kira cam turun bawah la dari resort yang kitorang tido tu. Sempat plak singgah satu kedai ni. Jual macam2 kerepek keropok. Kerepek labu, jagung, remis pon ade! Kerepek jengkol (jering) pon ade! Aku turun, untuk rasa je semua tester yang ade. Muahaha....

---rugi tak makan tester yang disediakan. haha!---

Next, singgah kedai jaket ni plak. Macam2 jaket la ade. Paling popular of coz la jaket kulit utk matrempits yang naik motor. Harga pon boleh tahan murah. Kami tengok je. Motor pon takde kat umah...

---kedai shoping untuk kaum lelaki---

Now kita masuk ke salah satu objek wisata (pelancongan) yang memang popular kat Bukit Tinggi. Taman Panorama, Lobang Jepang, Ngarai Sianok.

---mari masuk!---

---tugu jepang---

---tiru gaya jepang---
Hahaha. Memang bongek!

Inilah dia. Lobang Jepang. Ni tunnel la. Terowong. Dibina masa penjajahan Jepun dulu. Boleh je kalau nak masuk dalam tunnel ni. Amek masa dalam 30 minit. Tapi kami tak masuk pon. Cam scary je. Sebab katanya lubang udara die ade sket je. Takott ahh....

---amek gambarr je...---

Ngarai Sianok pulak ialah jurang2 ni. Cantikk tau. Kalau nak baca lebih pasal tempat ni boleh klik sini.

---jurang yang dalam---

Pastu kitorang jalan2 plak kat gerai2 souvenir kat situ. Banyak kedai2 lukisan. Dan lukisan2 diorang sume sangat cantik. Tengok diorang lukis/warna, nampak cam senang. Cam calit2 je. Tapi hasilnya sangat cantik. Memang tangan seni...

---beli gambar gantung dalam bilik---

Saje nak selit kat sini, inilah bas yang membawa kami berjalan2 sepanjang di sana. Taraaa.... (ni dah takde keje sangat sementara tunggu sume orang berkumpul balik)

---pariwisata---

Next, kami lunch di sini. Rumah makan Gon Raya. Ayam Pop Panas. Yummy2! ^^

---nak jadi duta---

Pastu, bertolak ke Jam Gadang. Kat sinilah ade banyak bazar+kedai2 best untuk shopping. Diberi masa dekat 3 jam kot kat sini. So, shop till you drop! Ngeh3...

---Jam Gadang---

Nak naik kereta kuda pusing pekan Bukit Tinggi pon boleh. Tak tanya plak bape harganya. Eksaited dah nak menyoping....

---bajet cute. LOL---

Pusing la bazar tu sampai puas....sempat la beli kain pelikat, kain batik, skirt untuk cousin aku Hani, tshirt, beg, keychain, brooch. Then hujan lebat plak... So agak terbatas la nak jalan2 kat situ. Memang drop abes lah...Penattt......

Pastu teruskan perjalanan ke Padang. Sebab malam ni malam last, sok dah nak balik. So tido kat tempat yang dekat sket ngan airport. On the way, tourist guide kitorang sempat blanje kuih Bika. Sedaap! Dibuat dari ubi kayu, then die tambah ape ntah lagi (ala2 ubi ketuk). Dibakar atas kayu api. Fresh2! Tapi memang sedap dapat makan time panas2 di kala hujan renyai2. Perghhh...sedapnyaaaaa......

---nak laaaagiiii----

Dalam perjalanan tu, nampak air terjun yang sangat cantik. Tinggi plak tu. Seb baik bas berenti, bley turun amek2 gambar. Hehehe...

---Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur---
Hamek ko nama die.....

---see? tinggi tau air terjun ni----

---feeewiiiittt lagi.....---

Then seperti biasa, jalan jem gileeee! Perut pon da bunyi macam2. Sabo je laa...Last2 sampai jugak kat tempat ni untuk dinner. Daima Cultural Garden Restaurant. Siap ade orang nyanyi live lagi time kitorang makan. Hihi....

---ngapppp!---

Untuk malam last ni, kami tido di hotel kat Padang. Bunda Hotel. Badan da penat, perut da kenyang, lepas mandi memang terus hanyutttttt di alam mimpi......ZZZZzzzz.......

---budak demok lari masok selimut---
Cepat tido.
Wakeup call kol 4 pagi!

to be continued....

16 June 2011

The good news and the not-so-good news.

The good news is...........

My supervisor will be on leave for about 3 weeks starting from this Wednesday. (yeay! :p) He'll be going back to his home town (India) actually.

(dalam hati: yessss!!!! boley sesuka hati nak g fakulti ke tak. ngeh3~)

Butttt......the not so good news is that he already gave me a bundle of new journals to be studied. (siap tolong printout lagi!) Ohh noooo.... He said when he come back, he expect me to at least have read all the papers. If there's any doubt, we'll discuss later after he came back.

"Don't go back to your kampung. If you want to, bring all these papers with you".
(Hehe...die cam tau2 je aku ade niat balik kampung...^^)

Papers yang die email aritu yang dekat 60 tu pon tak abes tengok lagi. Printout pon blom. Ni haa dah dapat yang baru.....

---yeayyy! T_T---

THIS IS SERIOUS OK! -_-

14 June 2011

Rasa gempa bumi!!!!

Pagi tadi, ade seminar ngan visiting lecturer. Tengah dok fokus tu, (ehem) tibe2 rasa cam tempat duduk terasa shaking. Mula2 ingat cam takde pape la. Mane la tau kot2 kawan2 yang dok sebelah yang dok gerak2 meja. Tiba-tiba, ade sorang lecturer ni cakap, "ehh, ade gempa bumi....."

Then bila tanya2 orang lain, ade yang rasa, ade yang ingat hanya perasaan sendiri je (almaklumla, mane penah rasa gempa bumi), ade yang tak perasan langsung. Adik aku yang kat Bangi pon die kate die rasa. 2 kali siap.

Dari berita yang aku tengok semalam (or semalam semalam), ade kejadian gempa bumi berlaku kat Christchurch, New Zealand. Urm, takkan la jauh sangat boleh sampai kat Malaysia kan?

Rupa-rupanya, pusat gempa bumi tu dekat je ngan Malaysia. Kat Sumatera Utara.

-Sayangi bumi kita-

11 June 2011

Padang-Bukit Tinggi -DAY 2-

Sambungan dari hari pertama jalan2 kat Padang n Bukit Tinggi.

Tarikh: 3 Jun 2011

Ni hotel yang kitorang duduk untuk malam yang pertama. Hotel Gran Malindo.Kawasan sini sejukkk....
Lepas breakfast, terus kemas2 barang, sumbat dalam bas n amek2 gambar sementara tunggu semua orang turun.

---Bella dah nak sama tinggi? Ohh nooo!---

---pandangan hadapan hotel---

Sebelum jalan mana2, kitorang dibawa pegi shoping dulu. Muahahaha... Kat kedai ni banyak kebaya yang cantik2. Siyes cantik! Tapi bile fikir2 balik, kalau aku beli pon ntah bile nak pakai kan. So just tengok2, cuci2 mata, n keluar. Hehe...Pastu g amek gambar lagi kat depan kedai. Actually belakang tu bangunan ape ntah. Tak ingat. Adehhh~~~

---gambar jadik kecik -_-! ---

Kat depan kedai tu jugak cam ade satu pangkin, untuk kaum2 lelaki minum2 kopi-bancuh-sendiri sementara tunggu kaum wanita membeli-belah di dalam.

---peace^^---

Next, kami pegi tempat perusahaan sulaman Hjh Rosma. Tempat ni memang sangat popular la kat Bukit Tinggi ni. Sebab hasil keluaran sulaman die memang kualiti tinggi. Mengikut cerita, Hjh Rosma ni train budak2 muda yang kurang berkemampuan pegi sekolah, belajar jahit sulam. So at least bagi diorang kemahiran la sikit.

---macam penyambut tetamu plak---

---semuaaaa cantik2!! tapi mahal ohh---
Sepasang sejuta lima ratus ribu rupiah.
Lebih kurang RM 500 lebih.
T_T

---tak mampu beli, amek gambar je laa...T_T---

Yang penting, handmade tau! Still pakai mesin yang kayuh pakai kaki tu... Diorang sangat tekun jahit sulam ni. Kitorang baru fokus sikit2, mata dah rasa berpinar2. Camnela agaknya diorang boleh tahan lama2 fokus kat benda2 tu. Tabah betol diorang jahit semua tu sikit2. Halusss je jahitan...

---tenung jangan tak tenung---

Nak kata tempat ni popular, bukan setakat kat Indonesia je, orang Malaysia pon ade yang datang wat kursus sulaman kat sini. Tak caye? Tengok bunting ni......

---orang2 Kelantan datang belajar jahit sulam kat sini....---
Bukan ibu saya :p

Next, pegi tempat perusahaan kopi. Boleh tengok cara2 die proses kopi tu lepas petik, dikupas, jemur, etc. Tapi aku tak pegi tengok pon. Hahaha...Terus straight belakang tempat proses tu, minum kopi free. Hihihihi....:p

Air yang disedia kat kaunter tu free flow. Minum je la sampai kembung perut pon takpe.

---mai sechawan!---

Selain kopi ade jugak dua jenis air ni. Rasa die???? Omakkk aiii. Pelik bona. Tak sanggup minum banyak2. Huu....

---Air daun mulberi---

---Air daun kopi---
Nak try???

Selain tu, pemandangan kat sekeliling pon cantik. Yela, kat tanah tinggi, nampak hijau je keliling. Angin pon sejuk. Nyaman....

---gambar hasil kamera biase---

Ok penat jalan, kita lunch dulu. Kami lunch kat Rumah Makan Pondok Flora. Tempat ni pon cantikk jugak. Tengah sawah. N kat keliling ade kolam ikan. Makanan kitorang yang tak abes selambe je campak bagi ikan makan. Hihi...Ikan2 tu pon selambe je bedal ape yang kitorang bagi. Jengkol (jering) pon ikan2 tu berebut. Sakit perut kang...Hahaha...

---lauk style Padang jugak---
Sedappp!

Kenyang perut, kita teruskan perjalanan. Next destination, Istano Basa Pagaruyung.

---Istano Basa Pagaruyung, Batu Sangkar---
Cube nyanyi lagu 'ayam den lapeh' tu...;p

---(^^,)---

Istana ni still under renovation. Sebab baru terbakar, kena panah petir. Boleh masuk dalam, tengok2, tapi agak panas la. Taapi, dinding ngan atap die cantik. Semua ukiran kayu...

---pandangan dalam istana---

------

Next perjalanan diteruskan untuk naik ke Bukit Tinggi semula. Jalan jemmmmmm gile..... Huhuhu.....So banyak masa abes atas jalan je. Tapi sempat jugakla singgah 2-3 kedai ala2 butik yang jual macam2 tu. Kat sini sempat la beli blouse sikit. Kat sinii......

---shopingggg!---

Pastu teruskan perjalanan, naik bukit yang jalan bengkang bengkok macam naik Cameron Highland. Sampai2 hotel, hujan lebat gilee. Dahla kawasan kat atas tu memang sejuk. Memang best la, lepas dinner, perut kenyang, dapat bilik, mandi2, terus ZZZZZzzzzzzzz.......

Eh....ehh....sebelum tido aku sempat lagi layan finale Miss Indonesia kat tv. Ngee :B

p/s: gambar bile upload, jadi macam mengecik. tak tau nak wat cane....


to be continued.....