12 March 2012

Trip to Japan! -Part 1-


---HERE WE GO!!!---
*dalam beg kecik yang aku bawak tu berisi satu bucket ayam KFC okayy!

Bertolak dari LCCT 26hb Feb pukul 8.20 pagi. Touchdown kat Kansai Airport kol 3.45 petang. (Beza waktu antara Jepun ngn Msia sejam je. Jepun awal sejam)

Sampai je kat airport lepas siap2 cek2 kastam ape sume, abang dah ready menyambut kitorang. Hihi...

For the first night, kitorang tido kat budget hotel kat Osaka. Sebab kalau nak straight g Nagoya cam da lewat. So malam tu, kite g merayap kat bandar Osaka dulu.

---the tourist: me n Syida---

Tempat tujuan: Umeda Floating Garden Observatory.
Naik atas bangunan tu, tengok lampu2 bangunan je la. Tapi cantik sangat! Sejuk plak tu. Die ade tempat yang dalam bangunan untuk jalan2. Ade gak yang open punye. Tempat yang open tu memang sangat amat sejuk la. Malam2 kan...


---view bandar Osaka di malam hari---

---muka tahan sejukk---
Yang Superman tu takpe. Die dah biasa. Hahaha...

Next day, sebelum gerak ke Nagoya, sambung jalan2 kat Osaka lagi. Kali ni, g Universal Studio Japan. Tapi tak masuk pon la. Sebab mahal, n cam ramai orang je. Hihi...So kite amek2 gambar je...

---Hello USJ!---

---Globe kat sini berpusing, kat USS die statik je---

Penat berjalan, perut pon lapar, abang bawak kitorang makan kat restoran yang ade meal Jepun. Nampak cam sedap. Lapar punye pasal kan. Tapi malangnya tekak masih belum dapat menerima ikan tuna mentah itu. Huhu...

---itadakimasu~~---
Pastu makan tak habes. Haha...

Next, bergerak ke Osaka Castle pula. Cam biasa, as a tourist, kita amek gambar banyak2. Siap ade security officer kat situ offer diri nak tolong amek gambar kitorang. Memang baik betol orang tu! Dhla die cakap hape sepatah pon aku tak paham. Just dari body language je la aku paham yang die nak tolong amek gambar kitorang. Layan je laa.....

---muka senyum paksa (-_-)! ---

---err, blakang tu muzium kot. tak ingat. haha---

Pukul 7.20 sharp, kitorang naik bas n gerak ke Nagoya. Disebabkan jem teruk sebab ade accident, perjalanan yang sepatutnya hanya 2 jam, jadi sampai 4 jam!!! So kitorang sampai Nagoya dekat tengah2 malam. Kitorang tumpang tido umah kawan abg sepanjang kat Nagoya ni. Sampai umah je ape lagi, rehat, tidoq laa....!


to be continued.....^^

06 March 2012

Banyak benda tertangguh...

....kat blog ni.

Kalau kat real life aku memang laaaagiiiii laahhhh banyak benda tertangguh!
To-do-list aku memang dah panjang berjela.....
Muahahaha....

-cite pasal kat Bandung dulu tak abes lagi
-konon nak wat 30 days challenge tu pon tak start lagi
-aku rasa entry aku g Padang-Bukit Tinggi tu pon cam tak abes lagi. Haha!
-nanti nak update entry g Jepun plak

Ahh...naseblaaa....................!