31 July 2011

Mabuk buah

Balik umah, tengok ade selonggok buah durian ngan rambutan kat dapur. Banyak gileee kot.
Durian la yang paling banyak; yang belom bukak ade, yang da siap bukak simpan dalam peti pon ade. Bagi jiran2 sebelah2 rumah lagi. Ayah cakap alhamdulillah tahun ni durian menjadi betol kat kebun. Yang tak gugur pon banyak lagi.

So ape lagi, tiap2 petang keje kitorang jenguk kebun, kutip durian. Best wooo.....

---sneak peek---

Tengok, siap ade superwoman lagi panjat pokok. Haha!

---superr lahh sangatt---

Maka inilah dia hasilnya......

---durian SEDAP!---

---rambutan pon SEDAP!---

---manggis di tengah jalan :p---

Yang paling best skali bile tengah kutip2 durian tu, ade durian gugur. Memang excited habis!

Ibu pesan, kalau makan manggis, jangan berturut makan durian. Nanti mabuk. Ehh? Dah ibu cakap camtu, so aku tak berani la nak buat. Hihi....

Last but not least, daun bentuk love^^

---<3---

p/s: ni da makan durian berkilo-kilo, rambutan berbakul2 ni, harap2nya jangan demam sudah. Huu....

SELAMAT BERPUASA!

28 July 2011

Harimau Malaya tetap di hati...

Malaysia vs Singapura, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Rasanya sume dah tau keputusan kan? Aku yang tak tengok ni pon boley agak camne result die berdasarkan suara2 jeritan penduduk sekeliling.. Hihihi...Actually sempat la tengok gol yang pertama tu kat kedai makan. Tu pon puas cari kedai makan yang tak berapa sesak. Area Hakim baru seksyen 7 tu toksah kate arr, memang PENUH gila2! Tak pernah2 aku tengok kereta BANYAK gile parking area2 situ. (kat situ kan banyak kedai yang pasang skrin besar untuk tengok bola).

Aku balik rumah 10 minit lepas second half start. Da cam bley agak takde gol lagi sebab langsung tak dengar ape2 jeritan dari sekeliling. (Sebab even dari rumah aku pon boley dengar kalau orang bersorak dari Restoran Hakim tu...) Cuma last2 tu je la dengar orang jerit. *jeritan yang tak berapa nak excited. Rupa2nya sebab Singapore yang gol. Cisss.....

Yang rumah takde astro cam aku ni, bukak fb pon jadilaa....ramai kawan2 aku berbakat besar menjadi pengulas sukan. Hihihi....

Meh kite tengok sket apa kata mereka....^^


mr. afiq: harimau belang sudah jd kucing belang.adeh.nebermain.russia 2018 cuba lg.rsnye line defend tu,xyh ad pn xpe kot.psni pkai formation 0-5-5.ad mcm xde je.tbaik!

mr rudy: pulang hampa sebab defend macam hampeh!!

ms mary: Congratz singapore! Tapi..Malaysia tetap dihatiku♥
*sambil nyanyi lagu hitam kuning versi hitz.fm*
P/S: malam ni mlm Jumaat, semangatla bejaga mlm ni beribadat macam mane semangat bersorak2 n jd pengulas sukan mlm ni:)

mr faris: harimau akaq mmg men terok pon td..xyh nk salah singapura dok blakon,lengah2 masa,.kalo kta leading pon,kompom kta wt cm 2 gk..wtpa nk pulun2 lg klo dh leading..ok,esok suqatkabaq kompom xlaku..haha.

mr ali zaini: jangan kutuk pasukan Malaysia, buat masa ni merekalah yg terbaik satu malaysia, kalau mereka main teruk, yg dok ulas luar padang lagi teruk


ms syu: kalah bermaruah.its okay guys.our support and love still with u guys.biarkan singa mengaum yg camg*****g tu.malaysians rawk!!

mr faiz: Make sure we'll be a better team next time..anyway..congrates to Harimau Malaya..proud to be Malaysian!

ms aiman: Ala,terima aje la hakikat defender msia (kecuali keeper) blm ready nk msk piala dunia.terima la hakikat singapore mng wpon sorang warganegara dia pun x jaringkan gol yg 6 bijik tuh & lbh berbakat jd pelakon sinetron...

ms tanty: Defeated with pride . Victory with dignity . I'll be AUMMMMM forever .

ms rasya: ngntok mate aku tngok bola....bnyk tol drama kt ats pdang tu..last skali...ayah ku tu ka chanel tv..xkuase nk tengok dah....heehehhehe

ms nabilah: Tahniah singapore atas permainan bergolek-golek. Main seminit, golek2 2 minit.

mr fadhli: sudah kalah malaysia.. 6-4.. berbaju putih la esk untuk berkabung :P

ms aleen: Lepas ni nak suggest company tilam hire singapore players blakon ad. Bergolek-golek kan pandai :)



...ramai yang kecewa, of course. N ramai jugak yang bengang ngan player Singapore. "SingaPURA-PURA"???? Hurmmm~~~

Ape pon rasanya semua dah wat yang terbaik. Maybe belom ade rezeki lagi Malaysia nak main kat World Cup. Mungkin kita masih belum bersedia. Kann?

Lastly,
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. AUUUMMMM~~~

---^^---

26 July 2011

Persediaan. Sudahkah anda bersedia?

"belum puasa, dh excited nk sambut raya. kenapa kita x excited nak sambut puasa? situasinya mcm ni: kita belum masuk medan perang, tapi dah sambut kemenangan yg x pasti? adakah kita betul2 menang? fikir2kanlah wahai sahabat2 sekalian.untuk renungan bersama. buat diriku jua.."

*Ayat2 kat atas ni aku copy dari status fb senior aku.

Ehem. Ade cam terasa tak bile baca ayat2 tu? I bet mesti raamai antara kita yang asyik dok fikir pasal raya, berbanding puasa. Kann? Even belum masuk bulan puasa lagi dah excited nak sambut raya. Fikir baju raya nak berapa pasang, nak beli langsir baru, sofa baru, nak beraya umah kawan2, sedara mara, sepupu sepapat, nak kumpul duit raya lagi.

Ye, aku mengaku, aku pon termasuk dalam golongan orang2 yang dok ingat pasal raya je...T_T

So ape persediaan kita nak menjalani ibadah puasa pulak?

Yang penting, niat tu haruslah ikhlas kerana Allah (bukan puasa untuk nak kurus!).

Secara fizikalnya plak, jaga lah pemakanan kita. Sahur jangan tinggal. Aku pon, kalau malas gile nak bangun sahur, aku grab je kurma 2-3 biji, then minum air banyak2. Pastu sambung je la tido balik. Huhuhu....Janganla sampai tak bangun sahur kan. Bukankan perbezaan antara puasa umat Islam dengan Yahudi & Nasrani ialah makan sahur? Jadi, jangan malas2 yea....

Pastu buka puasa janganlah makan banyak2 sampai overload sampai nak solat maghrib pon tak larat. Makan ikut keperluan, bukan ikut kemahuan. Kalau pegi bazar Ramadhan tu, ikut hati memang nak beli semua, semua pon nampak sedap. Sabar...Ingatlah pada mereka2 yang kurang berkemampuan yang kita pon tak taw diorang dapat makan ke tak untuk berbuka.

Next, kawal nafsu. Nafsu makan, nafsu tido, nafsu nak 'buat ketupat', dan perkara2 yang melalaikan sekalian. Muhasabahlah diri.......

Then, time bulan puasa ni la kita nak gandakan amalan2 kita. Baca Quran setiap hari, pegi solat terawih, banyakkan sedekah, bangun malam, banyakkan berdoa. Dan moga2 amalan ni semua tak terhentilah selepas Ramadhan. Biarlah ia berterusan....

Nak tulis banyak2 lagi, tak reti. Kalau nak baca lagi boleh klik link ini dan ini. (:
*ehh, bunyik macam pantun plak. Hihi....

Ahlan Ya Ramadhan.
Ramadhan, bulan seribu rahmat.

Lebih menarik, tengok video ni ((:


---they were super duper awesome!---


p/s: Kata2 ini khas ditujukan buat diri saya. Semoga dapat berubah ke arah kebaikan. Insya-Allah (:

18 July 2011

A week.

Almost a week with no updates.
Hurm....
Masih mengumpul kekuatan dan mengatasi trauma. Huuu....

Hari-hari ulang alik pegi fakulti. Nak kate rajin study tak jugak. Kadang-kadang just 'wat syarat' je tunjuk muka kat fakulti, pastu tak buat ape pon. Ape nak jadi laa...Dok usung ke hulu hilir file besar tu. Dibukak nye tidak. Ishk3~

Weekend baru ni, pindah rumah baru. Akhirnya kami boleh bermaharajalela di rumah sendiri. Hahahaha.....THANKSSSSS A LOT kat Leh, Amat, Aju, Ecah, Nashriq ngan Man yang bersusah payah tolong kitorang bawak turun barang dari tingkat 5 dan naik semula di tingkat 5. Terhutang budi sangat kat diorang...(':

"A friend in need is a friend indeed"

++mendapat tau 'suatu' berita dan terus rasa sesak dada. Sedih. Pilu. Sayu :(

p/s: Somehow I found this entry is quite monotonous. Err~~~

12 July 2011

Please forgive me!

To: You
(i'm sorry i don't know who you are)

Please forgive me for what I've DONE. I am truly SORRY.
Yes, I'm being so irresponsible now. I ran away.
But I'm scared. Way too scared.
I'm not going to face you. I'm sorry, again.

You can cursed me, you can hate me (even though you don't know me either)
I felt enough miserable now.
But,
PLEASE FORGIVE ME!

*Ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang....:'(

10 July 2011

Apabila pemandu BEGINNER membawa kereta...

Today, was my first time driving all the way from Kluang to Shah Alam. I was excited, of course. Being able to drive this far is such an experience for me.
Yela, aku ni harap je ade lesen full. Nak drive? Memang jarang la. Ikut hati nak frame, gantung kat umah je lesen tu. Hahahaha.....

On the way tu, singgah GMI Kajang, nak lunch same2 ngan adik aku. Masuk kawasan hostel diorang, nak parking depan masjid tu. Maka terjadilah suatu tragedi tragis ini. Wuwuwuwu.......

Aku dah belok, parking kereta. Tapi, cam agak senget. So aku cam nak betolkan la. Aku reverse, then ke depan balik. Masa nak kedepan balik tu la aku tak tau camne aku leh jadi cam panik or kalut or confuse or apentah, aku pegi press minyak! Maka lajula kereta aku meluncur melanggar tembok pejalan kaki itu (bukanla tembok tinggi. Kan tempat pejalan kaki kat tepi2 jalan kan cam tinggi sket kan? Tembok tula....)

Ayah dah marah. Mane taknye, kereta baru kot. Baru dua hari dapat. Memang kaw2 la aku kena marah. Huhuhu..... Aku cuak gile nak kuar kereta nak tengok ape jadi. Rasa nak nangis gile! Tapi dah memang salah sendiri kan, tabah je la.....

Oh mak aiiii......tercabut woo foglamp belah kiri. Bumper depan tu cam ade pecah sket. Huwaaa~~ Ayah kate kalau nak ganti bumper tu mau dekat 400-500. Kopak den T_T. Ayah cakap nasib baik jugak aku langgar tembok tu je, tak babitkan kereta lain. Kalau tak naya je nak bayar kereta orang jugak. Huu....

Still, sampai sekarang aku rasa 'lain'. Takla sampai trauma, tapi cam takut+nyesal+rasa teruk sangat. Ntahla, tak tau camne nak explain. If only I could turn back time, aku bior je parking senget2 pon. Tak payah susah2 nak betulkan segala bagai kann....T_T

Reminder to self: Be EXTRA careful next time. Jangan gopoh.

p/s: i'm sorry my Jimmy....T__T

01 July 2011

THE FIRST YEAR


HAPPY 1st ANNIVERSARY!!!

Setahun sudah umur blog ni. Ingat lagi, dulu masa awal2 buat blog adalah sebab kebosanan duduk kat rumah lepas abes degree. Macam2 entry dah aku tulis. Yang marah, sedih, happy (paling banyak), membebel tak tentu hala (juga banyak), dan macam2 lagi.

Follower ade 17 orang. Ehh, tolak diri sendiri maknanye ade 16. Ini blog ntah pape, still ade orang sudi follow. Takde pon gosip2 hangat, cerita2 artis terbaru, teknologi terkini, berita2 semasa. Hanya menulis ape yang terlintas di fikiran dan ape yang dilalui seharian. Blog picisan cuma.

Ape pun, thanksss all^^

Keep on blogging! (: