24 November 2011

@Big Bad Wolf Aftermath Sale. Shop till you drop!

---ooo yeahh!!---

Yup, ini tentang Big Bad Wolf book sale AGAIN!!!! Before this buat kat MAEPS Serdang but kali ni kat South City Plaza. Tempat ni agak kecik, rasanya macam agak tak sesuai nak wat sale besar-besaran ni. Nasib baik kitorang pegi masa weekday, awal jugakla dalam kol 11 lebih gitu. Tu pon dah kena queue baru boleh masuk. Ramaiii gileee kot!

Yang paling best: As stated above, ALL BOOKS RM5 & BELOW!

Sape tak rambang mata???

---pilih jangan tak pilih...---

---amek lagi.....amek lagi....---

Disebabkan bagi aku harga tu memang murah GILE, so aku memang pakai grab je buku2 yang aku rasa cam best. Biasela, tengok cover, baca sinopsis kat belakang sket, belek2 dalam sket. Amek. Muahahaha....

Hasil setelah hampir 3 jam. Ni pon sebab dah tak larat nak angkut kotak, plus dah rasa sesak gile dalam tu. Nak pilih buku pon susah. Memang bagi aku tempat ni sangat tak sesuai! Bayangkan, yang queue nak bayar pon dah berjela2 sampai kat celah2 meja buku. Tak ke rimas gitu?

---24---

Pasni setahun tak payah beli novel lagi dah! Hahahaha.....

---hardcovers---

---paperbacks---

Tolong jangan persoalkan taste aku dalam membeli buku2 ni semua. Aku pakai amek je. Kalau agak2 tak best, nanti aku lelong la kat Mudah. Satu buku 10 ringgit. Ok tak? Ngeh3....

Siap amek satu buku resepi lagi tu...Yihaaa~~~

---terliur je tengok gambar...---

Kali ni sale agak sekejap. From 24-28th November only. So hurry up!^^


p/s: Weekend ni nak pegi camping. Yahoo! Pastu bercuti ke_______ pula! (:

pp/s: SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1433H

22 November 2011

Ai lebiu lah Harimau Malaya!!!

YEEAAAAAYYYYY!!!!!!
GOOOOAAAAAALLLLLLLDDDDDD!!!!!!!!

Aku rasa aku tak pernah se'excited' ini bila bercerita pasal bola sepak. Tapi lepas tengok game Malaysia vs Indonesia kat Sukan SEA ni, memang boleh luruh jantung woo.....

Lepas first goal Indon, dah start cuak. Tapi takpe, awal lagi. Next tu goal Malaysia memang CANTIK gile la! Effort captain Malaysia, Baddrol tu memang hebat laa!!! Rasa cam bergegar blok umah aku ni dengar orang jerit. *termasuk aku. Haha!

Habis full time 90 minit, ade masa tambahan pulakk...Cuak gile2 dahh time ni. Aku yang tak senang duduk. Hahaha....Kejap baring, kejap terlentang, kejap berdiri. Tangan kaki sume toksah cakapla, memang dah sejuk. Aku da harap supaya cepat2 penalti dengan harapan-"Apex kan terror, mesti boley tangkap punye la sume bola..." Tak sanggup dah nak tengok game tu.

Last2, memang penalti jugak. Memang tahap cuak separuh nafas je tinggal aku ni. *OVER gile! Memang salute kat Apex sebab dapat selamatkan satu bola tu. Then tak lupa gak kat captain Malaysia terchinta, Baddrol Bakhtiar yang berjaya menyumbat penalti terakhir!!!! TERBAIKK~~~~

Untuk Fakri, takpe kot. Sian die sume orang kutuk2 die kat fb. Ingatlah die juga berjasa menyumbang gol masa lawan Myanmar aritu. Kesiann die.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tengok, betapa semangat nye aku mengulas pasal bola ni. Abes game, terus tulis dalam blog. Hamek ko! Padahal aku kena study, sok nak discuss ngan SV. Matilaaa....*Tapi takpe kot. Berbaloi-baloii kot aku melalak sorang2 kat umah. HAHAHAHA....


p/s: ai lebiu lebey2 jugak la kat captain Malaysia, no 10 itu. Hihihi~ Semua bola yang die sepak memang cun habis!

pp/s: kuciwa esok tak cuti...-_-

20 November 2011

Tahniah Puan Fahana n hubby!

19/11/2011

Majlis resepsi perkahwinan Puan Shaidatul Fahana & hubby nya Mohd Faisal @Kompleks Sukan Kelana Jaya.

---coursemate pertama yang kawen! wee~~---

Kami ingat nak konvoi ramai2. Set tempat nak jumpa, kat Stadium Kelana Jaya. Awal kot kami (aku, Tuyah n Leh) sampai, kol 11.45 dah tercongok kat situ tunggu yang lain2...Lepas kitorang, Man ngan tunangnya, ngan Hajar plak sampai.

---di bawah rimbunan pepohon---

---warna baju macam dah rancang je kan...---

Dekat kol 1 jugakla bile sume dah sampai baru kitorang gerak ke dewan tu. Nash+partner, Zahir+partner, Nadd.

---rombongan cik kiah ewah2---
hadiah kami paling besar. Yeay! :p

Da sampai tu of coz la serbu tempat makanan kan. Lapoo kot. Hahaha...Lauk banyak! Amek je sume sampai penuh pinggan. Just tak sempat nak amek cendol sebab da abes. Kuciwa~ Yang uniknya ialah air biru! Warna biru air tu lain betol dari yang biasa. Tapi aku taktaw nak describe cane rasa die.

---aksi di meja makan---

Tak lama pastu masa kitorang tengah makan2, kompang pon dipalu menandakan pengantin dah sampai. Ana pakai baju putih n ade manik2 biru (bak kate Leh). Cantikk sangat! (:

---(^_^)---

Pastu pengantin pon bersanding kat pelamin. Tak sempat nak g amek gambar sebab tengah khusyuk makan time tu. Haha...Tapi dorang pon bersanding kejap je. Tengok2 dah ke meja makan. Yang ada hanyalah gambar pelamin tanpa pengantin nya. Putih+biru. Cantik kann pelamin dorang?

---the pelamin---

Time dorang makan aku dengan jayanye menebalkan muka g depan dorang untuk amek gambarr. Saje kacau dorang makan.

---pengantin pon layann je---

Time dorang potong kek pon aku g sebok2 nak amek gambar. Walaupun kiri kanan sume photographer pro ber'dslr' lense panjang2 kemain, tapi aku selamba ngan kamera digital je. Ahh, nasebla. Hahaha....

---budak2 kecik pon sebok kerumun. mengharap kek---

---alolo suwitnyee...---

---ana malu2...---

Gambar kitorang ramai2 ngan pengantin maybe ade dalam kamera photographer dorang. Tunggu je la nanti. Then kami tak melepaskan peluang amek gambar ngan pengantin baru sorang ni. Amek berkat~~ :p

---next, turn siapa???---
*sape nak tolong jawab?

Buat Puan Fahana dan suami, kami mendoakan semoga kebahagiaan berkekalan ke akhir hayat.
p/s: cepat2 dapat baby! (:


Balik dari wedding Ana, kami merayap plak g Ikea. Believe it or not, ini kali pertama aku g Ikea. Uhuks. Kesian gile kat aku -_-!

---geng merayap ke Ikea---

Pegi Ikea tak lengkaplah kalau tak makan meatballs die kan. Versi tamak, beli 10. Tapi tak mampu abeskan sume. Berjaya makan 9 je. Perut aku da kembung minum air banyak sangat.

---pasni bley melantak lagi^^---


*notakaki: aku kena wat label baru kat blog ni which is 'WEDDING'. Aku dengar2 tahun depan lagi ramai kawan2 nak kawen. Wee~~~

aku?? jangan tanya!

11 November 2011

Tentang sebelas November dan 30 cabaran

11.11.11

Urm, semua orang pon post tarikh ni kat fb. Termasuk aku jugak. Takde keje namanya tu. Ahaks! Cantik tu tarikh hari ni. Hari jumaat plak tu.

Well, soo????? What's the fuss?

Hahaha....aku rasa hari ni aku bakal menjalani kehidupan normal seperti hari2 sebelumnya. Nothing special.

~~~~~~~~~~~~

Disebabkan aku cam dah jarang gile update blog, mostly sebab tak taw nak membebel pasal ape (Hohoho....) so aku nak wat benda ni la.....

30 Things in 30 Days Challenge

(yess, i'm soooo last yeaarrr! -_-!!!!)

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – A picture of your favourite memory
Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 – 5 facts about you.
Day 12 – A photo of something that makes you happy.
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Ketinggalan zaman!!! Boooo~~~~
Nasibla!


p/s: aku sangat terliur dengan benda ni. Nak! Nak! Nak!