31 January 2011

Home.Hujan rahmat.



Aku sampai rumah Sabtu petang. Hujan. Ayah cakap dari hari Jumaat hujan xberhenti2. Malamnye, g amek adik aku keje pon still hujan lebat. Ahad pon hujan still xhenti2. Air kat Sg Mengkibol da tinggi. Kalau dulu masa takde air, ley nampak kat dasar sungai tu ade ape. Huu...Ade certain kawasan kat bandar yang agak rendah, da banjir. Kereta da bersusun tepi2 jalan (kereta orang2 yang umahnye banjir).

Hujan. Masih belum berhenti. Sejuk je....dok kat umah pon tak payah pasang kipas. Dok pakai sweater+socks sentiasa. Paling best time nak tido malam la. Tejukk~~~ Dan pagi nye of coz malasss gile nak bangun. Blergh....


---ini model2 mcd---

Ape pon, sempat bermakan2 di mcd lepas tengok hujan+banjir kat bandar. Tercapai jua hasrat untuk makan prosperity burger buat kali kedua bersama keluarga. Kihkihkih...

---pasni nak makan yang double pulak. haha!---

---enjoying PROSPERITY!---

Ohh ye. Kalau tengok kat berita, da 4 negeri banjir kan? Cam teruk jugak la. Even kat Kluang ni pon, da nampak orang2 start pindah, dok kat pusat pemindahan kat sekolah. Kesian nye...Ni pic kat bawah ni snap masa jalan kat bandar. Jambatan ni dulu penah roboh gak. (dulu jambatan biasa) Then die buat jambatan gantung. Tapi roboh jugak...sebab, air sungai tu sangat deras...

---jambatan sudah roboh. sudah roboh..sudah roboh...---

p/s: marilah kita bersama2 mensyukuri nikmat kurniaan-Nya (:

pp/s: i'm HOME!!!! (saje nak ulang lagi. hakhakhak...)


27 January 2011

Kali kedua, masih menjerit.


Hahahaha...Padahal dah trang-tang-tang tau cite tu cemane. Bley plak tekejut+TERjerit sket. Hihi...I tak sengaja laa.....

Tengok cite ape?? Khurafat lerr...:p Kali ni dengan geng2 IP. Before this tengok ngan geng2 skolah. See? Sanggup aku abes duit semata-mata nak tengok cerita yang sama. Kawan2 punye pasal!

Tapi kali ni aku tak melepaskan peluang untuk tengok wajah2 hantu yang muncul. Ohh...seram jugakkk~~~ Tapi hantu die kuar kejap je. Tak puas plak. *Hoih! Hang gila kaa???

Ape pon, nak cakap yang Syamsul Yusof Haslam (hamek ko nama penuh-siap-tiga-keturunan lagi aku bagi. Aju punye pasal la ni, g sebut nama penuh camni!) sangat COOL! Pakai kemeja, singsing(?) lengan baju, jalan dengan penuh gaya-mutu-keunggulan. Waaaa~~~ *Amat ngan Leh pasti muntah darah dengar statement aku ni. Haha!

Btw, siang tadi sempat jumpa my sis (adik masa skolah) kat fac. Lama gile tak jumpa die. Tapi sayang tak dapat borak2+gosip lama2 sebab aku ade klas kol 3 tu. Huu~~~ Banyak benda nak story dengan kamu...:(

Ok, da lewat. Saya harus tido bermimpi indah syamsul yusof haslam. Hoi! Jangan berangan je. Slide untuk presentation Jumaat ni tak siap lagi! *pengsan


25 January 2011

Never felt like this...T_T


7:30am. Alarm bunyi. Celik2 mata, tutup alarm. Pandang kiri kanan...Aduhhh....kenapa semua macam berpusing-pusing ni. Ya Allah, pening nya kepala.....Kenapa semua benda pusing-pusing... Pening laaa..................

Ok, maybe it takes time kot nak bagi sedar betul2. Tutup mata balik.

10 minutes later........

Nak bangun. Pening lagi...Sakitnya....Nape rasa berpinar-pinar ni....Aku gagahkan jugak bangun g toilet. Pastu perut rasa semacam, tekak rasa loya. Aku muntah! Ishk, kenapa ni......Pastu masuk bilik, duduk jap. Tuyah pon g fac dulu sebab die ade SKS. Sian die g sorg2. Huu...Tapi siyes rasa tak larat sangat nak bangun.

Aku try baring jap, letak bantal bawah kaki (supaya konon2nya nak bagi darah mengalir g kepala) dengan harapan boleh hilang pening. Tapi.......by the time aku letakk je kaki atas bantal, rasa macam semua darah+rasa sakit tu menderu2 naik kepala. Subhanallah....Sakit sangat! Terus muntah lagi. Worst, bile perut kosong takde ape bnda nak keluar tapi rasa nak muntah sangat2! Sakitt......T___T *wishing for my mum....

Time muntah2 tu just kuar air je (tu pon sebab before tu aku ade minum air sket). Lepas da puas muntah2 sume, aku try duduk jap. Rasa pening tu kurang sket. Aku gagahkan jugak bangun g mandi sebab nak pegi fac....


*Aku tengah fikir nape bley jadi teruk smpai camtu...Nak kate perut masuk angin? Dinner aku semalam siap pizza lagi. Takkan da gastrik kot pagi2 ni? Sebab aku ni bukan jenis yang senang sakit (bab ni aku bersyukur sangat2). So, ntahlaa.....

Sumpah, aku tak pernah rasa sakit sampai macam tu.



"...sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi..."

24 January 2011

Makan.makan.makan


22/10/2011
9:30 pm
Dinner @ Kedai Kopi.
Chicken Chop 'champanion' (err, tak ingat eja cmne. haha!) + Nescafe ais.
-me, Tuyah, Aju, Leh, Nash, Zahir.
*Thankssss a lot Ecah!!! (^_^)*


23/01/2011
2:30 pm
Lunch @ Restoran Ayam Bakar Wong Solo, Seksyen 7.
Set nasi ayam penyet Bandung.
-me, Tuyah, Aju, Ecah.
*ohh, teringat sambal belacan nya. Sedapp! But, servis agak lambat.

[went to Bangi....]

9:30 pm
Dinner @ Putera Ayu, Padang Jawa.
Kue Teow Kungfu+Barli
-me, Tuyah, Aju, Ecah, Amat, Leh.
*tak lalu makan sebab PMS. huu~~


24/01/2011
Dinner @ Pizza Hut
-me, Aju, Tuyah, Leh, Amat.
*ni Aju punye keje g ajak makan pizza! Pdhal da stop kat depan Hakim. huu...sabo je laa....


Author's note:
--no picture of the foods. -_-!!
--Aju dapat baby E5! *saya SANGAT jeless*
--suke hati je makan grand2 ehh! Padahal tengah sengkek!

18 January 2011

Shah Alam-Kajang-Bukit Raja


---nak main mata ehh ^^ ...---

---sooo adorable!---

Comel sangat2 baby Aifaa! Tapi die tido je sepanjang kitorang tengok die. Ishk~ (eh2, dah nama pon baby. harusla banyak tido kann...hihi) Kitorang sangat excited bile baby tibe2 cam senyum or cam kerut2 muka ala2 nak nangis. Haha...Mane taknye, kitorang yang usik2 nak suruh die bangun. Nak angkat dukung, cam tak berapa berani. Baru 2 hari baby tu. Lembut lagi. Takott... Nama baby tu - Ayla Zinnirah binti Khairul. (Sweet je kan letak nama mummy kat baby^^)

Dekat kol 3 tu, aku mintak Qilah anta aku balik Shah Alam. Aku ade kelas wehh kol 4! Aduss...Nak meronggeng pon tak senang hati. Wawawa...Sian K.Zah terpaksa batalkan niat die nak g umah kakak die n kena follow g S.Alam jugak. Hihi...Then we all plan untuk tengok movie kat Bukit Raja malamnye! Wihuu~~~

Pas aku abes klas, Qilah jemput aku kat fac n jemput ibu die kat FCE. Then g makan. Mak die belanja. Thank you auntie! Masa makan tu ade la sembang2 ngan mak die. Kebetulan mak die pon baru abes PhD kat UiTM. Mak die tanya, nape aku wat kt UiTM gak, nape tak wat kat luar. Yela, die kate UiTM ni faham2 je la kan. A bit 'complicated' kot. Siyes, cuak kot dengar cakap mak die. Huu...~~~

Next, Bukit Raja! Movie tyme~~~

---sebelas ringgit malaysia---

Ok la cite die. Seram!! Efek bunyi-bunyian tu memang menyesakkan nafas (gile ahh ayat!). Terkejut je keje. Sampaikan bley plak kitorang rasa cam 'rugi' je beli tiket mahal2 pastu kitorang asek tutup muka je, takot nak tengok hantu! Hahaha.... Tapi biasa la, ade je ade adegan2 yang tak logik. (cliche!) Macam kat ofis hospital, segelap-gelapnya! Lampu yang ade pon setakat lampu meja yang kecik je. Takde lampu kalimantang(?) ke??? Pastu, bley plak si Johan (Syamsul Yusof) tu g hangkut mayat Anna (Sabrina Ali) dengan tangan sendiri (lepas accident). Kan lebih baik die tolong angkat kawan die yang drive tu ke. Ishk..Saje nak wat unsur seram ehh. Pastu, kalau malam2 mesti (umah kampung especially) tak tutup tingkap! Lenkali sebelum maghrib tu tutupla tingkap. Huu... Ending die agak simple. N K.Zah cakap macam agak tak best. Hahaha...

Aku bagi 4 out of 5. (bagi unsur2 keseraman). Pegila ramai2 tengok yea~~ Jangan pecaya ape aku cite nih. Ntah btol ntah tidak. Haha.. (bley plak camtu ehh?)

Btw, thanksss a lot to Qilah! ^___^ Pasni kite rancang plak trip g memane ehh :p

16 January 2011

Lesson learnt....


1. Time and tide wait for no man.

2. Do not afraid to make mistake. Instead, learn from it.

3. There's no harm in trying. (in certain cases laa....)

4. Sayangi bumi kita.

5. What goes around comes around, what goes up must come down. (macam lirik lagu je. hee~)

6. You're amazing just the way you are. (ni pon macam lirik lagu jugak. Ishk...)


Sekian. Mari renung2kan bersama...^^


-->p/s: tahniah untuk Puan Aifaa Ayla, (she's my ex-dormmate, classmate, skulmate masa kat Jenan dulu..) on her new born baby girl, Ayla Zinnirah. ((: @15/01/2011. 10:36am

13 January 2011

Unexpected incident.


Dapat kol pukul 9 pagi. Suruh pegi interview pukul 10.30 pagi. WHAT?????????????????

Ayoyoyo.........@_@

Napela tak bagitau awal2 sikit. Dahla tak ready ape2. Aku nye proposal dahla tak edit ape2 langsung. Nak kena print lagi. Pastu kena g INTEKMA pulak. Ishk~ sabo je la.....

Interview: Ok. Die tak tanya banyak sangat. Just tanya ape research yang kite buat, berkaitan dengan apa. Yang penting dia tanya pasal novelty. What makes you differ from others. Penting ohh soalan ni. Yela, kena la make sure ape yang kite buat tu ade originality.

But seriously, as for now aku still agak 'blur' dengan apa yang aku bakal buat. Huu.....

Apepon, harap2 dapatla fellowship nih......

me, everyday.





-____-!!!!


credit to: phdcomics

09 January 2011

Just don't know why....


Petang tadi ayah kol. Bile angkat2 phone je, jawab salam, ayah tanya "demam ke?", Aku jawabla, takla.... Ayah cakap, "suara cam orang demam...urm, xpela. Jaga kesihatan tu..." Aku: "okay..."
(Actually, masa tu tengah baring nak tido jap. Tu yang suara lain sikit kot. Huu...)

Pastu ayah tanya la pasal belajar sume, okay tak. Pasal scholar da mohon lom. Da bukak account CIMB blom. Pasal tv ok ke tak (haha!).

Bile letak tepon je, out of sudden, rasa nak nangis sangat. Meleleh2 air mata kuar. I cried!
Tak tau la nape......I just cried!


(...perjalanan yang sedang aku lalui ni terlalu berat. Terlalu sukar. Kadang2 aku meragui kemampuan aku sendiri. Mampu ke aku nak lalui semua ni? Kuat ke aku? Aku takut sangat. Aku taknak kecewakan mereka coz somehow the reason I made this decision before was because of them. I want to do the best for me, n them. The one I love most. My heart, my soul....)

I miss you ibu, ayah...doakan akak kat sini...

08 January 2011

Working extra-extra-extra hard!


'Dont study hard, study smart'

Masa nak amek SPM dulu, kata2 ni la yang sentiasa aku pegang. Ia lebih kepada menyuruh aku supaya rancang masa belajar, sentiasa fokus, bukannya last minit baru nak catch-up sume benda. Kang nasi dah jadi bubur tu. Urm, ni pada pendapat aku la....

Tapi dalam situasi aku sekarang ni, aku memang kena work gile2 hard!

Nak tanya, pernah tak korang rasa macam bodohgile stupid good-for-nothing bile benda2 yang paling basic pon korang tak boleh wat/explain. Rasa terukk sangat! Ape korang akan wat pastu???

Aku rasa macam nak sorok muka dalam tong sampah, lari dari malaysia, dok sorang2 kat kutub utara dengan polar bear! T____T *feel like a loser!

Aku nak cerita ape yang jadi hari ni sebenarnya. Tapi rasa macam ntahla.......simpan je la wat pengajaran. Tapi ape pon, still feels like a BIG LOSER! *macam ade cop huruf L besar kat atas kepala. -_-



*tibe2 kuar lagu Sujud (KRU+Mawi) kat HotFM. Rasa sejuk sket hati. A very meaningful lyric indeed.

06 January 2011

Virtual memory too low.


---klik gambar untuk tumbesaran lanjut---

2 chrome windows. 7 tabs.
taskbar penuh.

Aku sedang BELAJAR.
BELAJAR. BELAJAR. BELAJAR.
Juga BELAJAR jadi RAJIN!

05 January 2011

Permulaan yang SANGAT mencabar!


Rasa nak nangis SANGAT! Aku tau, patutnya dari awal lagi aku sedar benda ni memang memerlukan aku untuk kuat mental. Aku kena kuat. Aku HARUS kuat. Dan juga SUPER DUPER EXTRA rajin! Ni baru permulaan kan? Dah macam2 benda aku rasa, macam2 benda aku fikir. Baru permulaan, ntah macam mana la aku nak harungi sepanjang perjalanan ni nanti.....

Nak nangis........................................

Situasai sekarang: Nak mohon fellowship. (kena mohon sem ni jugak sebab takut sem2 depan dah takde dah)
One of the requirements: Research proposal.
Due date: 7th January 2011 (Friday)

Ni la masalahnye sekarang. Kena siapkan proposal before Jumaat nih! Makk aiiii...Boley wengg aku camni. Gile ape, MANE ADE ORANG WAT RESEARCH PROPOSAL DALAM MASA 2 HARI!!!! Alangkan yang final year project pon wat proposal dalam satu sem (+-5 bulan), ini plak postgrad punye. Gile hape..Mati laaaaaa aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Eh...cop...cop....jangan salahkan aku plak. Nak kate aku tangguh keje? Nak kate aku malas? Nanti dulu......Meh nak habaq. Aku baru daftar 18/12 aritu. Sekarang baru lebih kurang 19 hari. N they were expecting me to finish my research proposal within this time?? Aku baru nak start belek2 buku, baca2 journal, fahamkan term2 yang penting, baru nak 'selami hati budi' material science ni (hamek ko ayatt~~!), sabar2la dulu.....

Honestly, basic aku dalam material science ngan solid state physics memang SANGAT2 LEMAH. Aku kena belajar dari awal. Okla, maybe tu salah aku kot. Ye, salah aku.....(pasrah~~~ T__T)

Dengan keadaan lappy yang agak selow (tapi saya tetap sayang kamu!), internet pon seselow sipot. Memang mencabar kesabaran!

....gonna see my supervisor tomorrow to discuss what we can do bout this proposal thingy......

May ALLAH bless me.

03 January 2011

Back to school, yo!

First day of class for 2011.

Dalam takut2 tu, redah jugak g jumpa Dr Mahesh. Yela, sampai bile nak 'sorok2, lari2' dari die kan? "Melarikan diri takkan dapat menyelesaikan masalah" kann? So bile jumpa tu, die ok je. Haha..Kitorang yang cuak lebey. Cess...Die siap bagi tips lagi ape yang kitorang kena buat for the meantime (maksudnya, kitorang kan skang tengah agak 'blur' ngan topik kitorang) so die cakapla ape benda2 penting kitorang kena tau. Then die siap suggest lagi ape2 website yang kitorang boley usha. Pastu die suruh kitorang g jumpa Prof Kamal n mitak permission untuk masuk klas solid state prof. Huu...

On the way g bilik prof....singgah toilet sat. Kuar2 toilet je, nampak prof da siap bawak buku, maybe nak g klas kot. Ape lagi, kitorang 'kejar' la die. Tapi, bley plak die wat taktaw je kat kitorang. Huwaaa~~ Tapi pastu die pon toleh kat kitorang. Fuhh~ Bile kitorang cakap kitorang dak post-grad, under Dr Salleh-Dr Mahesh, bla..bla..bla.., baru die cam teringat kitorang. Sampai hati! Huu....Kitorang pon cakap la, nak masuk lecture die ape sume. Dan-dan time tu jugak die bagi 'syarat2' kalau nak masuk lecture die.
1. jangan skip kelas. die tak suka.
2. this is the only chance. pasni tak bley da join lecture die.
3. kena amek tau pasal attendance student klas tu.

Mak aii...time tu jugak die bagi syarat sume. Huu...pastu, die terus suruh kitorang follow die g klas. Whatt???? Kitorang sangat tak ready kott! Adehh...Kitorang nak je cakap, nak join group lain (so bukan klas hari ni la, maybe esok atau lusa) tapi tak terkeluar! Cuak wehh ngan die! Waaaa~~~~

Gile menggeletar nak masuk klas tu. Padahal bukan ape sangat pon. Before ni masa degree ok je masuk klas solid state die kan, tapi taktau la. Lain macam gile perasaan kali ni.

Group yang kitorang join klas tu group dak2 IP part 4. Junior kitorang rupanya~~ Adela 17 orang (ikut attendance), tapi yang datang tadi 7 orang je. Ishk3....



Ohh. By the way, nak cakap jugak. First day of class, kami telah pergi ke library dan meminjam buku. Sungguh amaaazing!

01 January 2011

Mood lagu ska ((:


*mari mulakan tahun baru ni, layan lagu yang 'yippi-yippi-ya-ya' sket. hihi....
^^positive vibes here^^ (:


Kau selalu di hatiku
Tiap detik dan waktu
Engkau masih di hatiku
Walaupun kau tak tahu

Kaulah yang terindah
Seindah taman kota Babylon
Bagai bidadari
Ayu wajahmu tiada terperi
Inginku bersamamu selalu

Kau selalu di hatiku
Kau bertakhta di jiwaku
Cintaku hanya untukmu
Walaupun kau tak tahu

Tapi apa yang kupasti
Kau tak akan kumiliki
Telah kucuba berkali
Kau tak pernah pun peduli

One.One.Twenty-Eleven


"Whatever with the past has gone, the best is always yet to come"