07 December 2011

Join camping IP sebagai alumna^^

Tempat: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang.
Tarikh: 25-27 November 2011

*entry lewat seminggu :p

---Tetra Industrial Physics Camp 2011---

So it was called TETRA camp sebab ade 4 objektif untuk camping ni which are.....urm....I'm not sure. Hihihi....Kami datang bukan join the whole camping ni. Just saje2 menyibuk memeriahkan aktiviti diorang. Datang pon hari Sabtu, sebab aku follow member yang da keje, dorang still keje Jumaat tu, so kami gerak hari Sabtu.

First aktiviti kitorang, forum pasal kerjaya or something like kehidupan selepas bergraduasi. 4 orang alumni memang dijemput khas untuk forum ni.

---Dari kiri: Hajar (Sony EMCS), Husyairi (PhD UiTm), Mirzan (pengerusi), Nash (Freescale), Man (Sony EMCS)---

Memang bersemangat betol diorang cerita pasal camne boleh dapat keje, pasal pengalaman interview, pasal cara2 nak tulis resume, dan macam2 lagi......

---teka-teki: siapakah yang paling banyak bercakap?---

Lepas forum, diorang sume wat aktiviti bebas. Mostly prepare untuk pre-grad malam nanti. Ade hias2 dewan, n wat latihan untuk persembahan. Kitorang ape lagi, merayau la area2 situ. Ingatkan ade air terjun best, nak bermandi-manda. Yela, dalam hutan kot. Line tepon hape pon takde. Tapi agak hampaaa....Yang ade hanyalah 'kolam air terjun'. Huu...Terjun je laa.....

---sejukk wooo---

---skywalk, bilik kitorang, tempat makan---

Yang bestnya kitorang dapat bilik yang untuk 12 orang tu untuk kitorang bertiga pompuan. Sorang conquer empat tilam kot! Haha...

Then malamnye ade majlis Pre-Graduation Dinner (:

---meja alumni^^---


---ayahanda Hj Isa---

---persembahan dari Super Senior---

---the alumni with Dr Salleh---
Leh, hang nak tepon sape? Mane ade line tepon...

Esok pepagi nya, kitorang organize aktiviti ngan sume. Main macam2 game. Tujuannya, nak menyatupadukan semua student2 IP. Sebab dengar2nya ade sikit 'masalah dalaman' antara diorang ni. Hurm....Harap2 ade la kesan sikit dari aktiviti2 yang kitorang wat ni. Pastu, kitorang tolong handle diorang nya Annual Grand Meeting (AGM), lantik AJK baru.

---family IP <3---

Overall, kitorang alumni semua terharu sangat sebab diorang sudi jemput kitorang untuk event diorang ni. Walaupon aku mula2 cam agak 'segan' nak datang. Yelaa, aku selalu kot terserempak ngan diorang kat fakulti. Hihi... Memang terima kasih banyak2 kat diorang, n tak lupa jugak kat Hj Isa (: Harap2 lepas ni kalau IP wat aktiviti, moga2 kami diundang lagi^^

Dan.....terima kasih juga kerana menobatkan saya sebagai peserta terbaik sepanjang program. Hihihi....

---beLIEve it or not???---


p/s: alumna adalah singular(female) bagi alumni. bukan typo.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers