06 December 2010

Dalam suka, ada dukanya...


....dalam seronok2 berkonvo, ade jugak part yang tak best....

1. Kereta kena parking jauh dari dewan konvo (DSB). Kesian tengok parents bersesak-sesak, berasak-asak naik bas. Dengan cuaca yang panas terik tu.
-Kesian, tapi nak wat cane, dah memang struktur geografi(?) UiTM Shah Alam yang keadaannye tak berapa besar dan kedudukan bangunan yang agak 'kurang tersusun'. Tu yang tak bleh nak parking dekat ngan DSB. Terpaksa la park kereta kat tempat lain dan naik bas cam dalam tin sardin! (Actually boleh je kalau tak nak parking kat padang kawad. Tapi kena pandai2 la 'lari' dari pakguard UiTM n cari parking dekat2 ngan dewan. Tapi bukan senang tau....)

2. Parents tak boleh tengok anak2 mereka mengambil ijazah/diploma secara live. Sebabnya, Dewan Sri Budiman tak cukup besar untuk mengisi semua graduan dan ibu bapa dalam satu dewan yang sama. DSB tu hanya muat2 untuk graduan je. Ibu bapa kena duduk kat dewan lain (Dewan Annexe) dan hanya melihat di layar putih. Of coz la mereka agak 'kecewa'. Yela, datang jauh2 nak tengok anak graduate, tapi hanya bleh tengok kat skrin je...
-Ni pun nasib baik sebab konvo kali ni first time turut diadakan kat kampus cawangan (Perak, Perlis, Terengganu n Sarawak). Kalau tak, memang lagi sesak la UiTM ni...Sekarang ni dewan baru sedang dalam pembinaan. Belakang padang kawad. So memang agak strategik. Boleh parking kat padang kawad n boleh jalan kaki je ke dewan baru tu. Tak payah susah2 naik bas. Dan nampaknya dewan tu memang BESAR. Confirm ahh muat sume satu kampung. Hahaha...

3. Konvo sesi petang. SANGAT tak best!
-Abes konvo dah dekat kol 5. Kuar2 je masing2 mesti akan terus cari family masing2. Amek2 gambar. Pastu cam dah lewat petang, nak balik dah. So memang agak tak ade masa untuk berhappy-happy baling2 topi dengan kawan2. Huwaaa....Seriously, even dalam kamera yang aku bawak tu, takde langsung gambar ngan kawan2. Takde langsung! Rasa terkilan sangat. Dahla kitorang dah jarang jumpa, masing2 dah ade hal masing2. Time macam ni la baru boleh nak kumpul ramai2. Masa plak tak mengizinkan. Urmmmm~~~

Ini plak benda yang kita tak boleh nak jangka....
4. Hujan rahmat turun dengan lebatnya.
-Bile dah hujan, memang jem la depan pintu dewan. Dan suasana jadi agak 'gloomy' sebab semua cam resah, cari orang tu, orang ni, tension.

No comments: