20 December 2010

Messy nya hari ni...


Niat hari ni aku ngan Tuyah nak g fac nak jumpa Dr Salleh. Nak bincang pasal tajuk proposal. Lebih kurang kol 10.30, kuar umah nak tunggu bas. Sampai2 kat simpang jalan tu, nampak satu bas 604 baru je lepas. Alamakk...terlepas bas! Jenuhla tunggu pasni. Dahla skarang tengah cuti sem, bas tak banyak. Aduhh...Dan-dan time tu jugak, hujan turun. Ape lagi, larikk la. Side nak tunggu bas belah sini takde bustop. So g lari seberang jalan sebab ade bustop kat situ...

Hujan pon makin reda. Sempat jengah2 gate UiTM n nampak ade satu bas baru kuar. Konfirmla tu bas 604. Bas tu akan pusing seksyen 7 n lalu tempat kitorang tunggu tadi. So kitorang pon g la seberang jalan. Tengok kanan, ade satu je kete n die agak selow. So kitorang pon nak lintas la. Tibe-tibe....File aku!!! Time tu jugak aku teringat file aku tertinggal kat bustop tadi n aku boleh cam ter'pause' kejap tengah2 jalan n patah balik g bustop tadi. Memang bahaya. Nasib baik kereta tu tak laju. Kalau tak, mau disondolnye aku. Huu....

Tunggu bas. 5 minit. 10 minit. 15 minit. 20 minit. Wehh, mane bas ni? Takkan lama sangat die pusing seksyen 7 ni. Last2 ade satu bas lalu tapi die taknak amek orang. Bengang tol! Kitorang da mula fed up. Rasa cam nak patah balik umah je. Tapi alang2 da dekat ngan pusat komersial, kitorang decide nak g makan kat sane n baru fikir balik nak masuk dalam (uitm) ke tak.

Sempat shoping2 jap kat Giant. Rabak jugakla duit beli Milo ngan Downy. (berkira gile!) Haha...Pastu Aju kol nak ajak makan skali. So g la lunch sama2. Then g smayang dekat2 ngan lab Aju n Aju tolong anta kitorang g fac. Thank you so muchh dear!! Time tu pulak hujan turun selebat-lebatnya. Aduhaii...basah jugakla masa nak lari naik kete tu. Huu...

Decide nak jenguk bilik Dr Salleh dulu. Intai2, pintu bilik die tutup. Maybe die tak masuk ofis lagi kot. So g naik ofis IPSIS, nak amek kad matrik. Tapi dalam hati cuak gile sebab takut kantoi tak pegi taklimat petang lepas daftar tu. Dah siap reka macam2 alasan dah! Emergency la, tertinggal slip la, hantar parents la. Hahaha....Tengok2, takde orang pon kat frontdesk tu. So duduk2 kat kerusi2 kat hujung tu dan mengumpul kekuatan. (??) Huu...Hujan makin lebat, kilat sabung menyabung, guruh berdentum dentam (extravaganza!). Masing2 takot nak g tanya kat ofis IPSIS pasal kad matrik. Si Tuyah plak sempat tido kat meja-kerusi tu. Haha...memang bestla klu dapat tido time2 macam ni. Lagi2 lepas makan kann...

Last2 aku kol je Dr Salleh tanya die ade kat ofis tak, lepas aku msg die n die tak balas. So aku paksa Tuyah yang g tanya kat ofis IPSIS. Hihi...sorry yah. Aku buli die!:p Skali, orang kat ofis tu cakap, amek kad matrik kat menara tingkat 6. Pulakk dah. Aju cakap amek kat situ (ofis IPSIS). Takpela. Kitorang pon turun g ofis Dr Salleh.

Maka terjadi lagi satu 'tragedi'....

Sebelum masuk bilik Dr Salleh tu kan cam kena lalu satu pintu kaca tu kan. Adela sorang akak@makcik ni. Kitorang memang b4 nak masuk bilik Dr, kitorang just cakap je kat die, n terus masuk. Tetibe tadi die cakap, "ade student kat dalam, awak tunggu dulu kat situ" sambil tunjuk kat sofa tepi tu. Aku ngan Tuyah cam 'terpinga-pinga' jugak. Yela, selama ni kitorang bley je masuk camtu. Kitorang tak duduk pon. Just berdiri kejap n jenguk2 kat dalam ofis nampak Husairi, junior IP kitorang n kitorang pon decide g je masuk terus. Masuk2 tu, g la salam2 ngan Mary ngan Peah. Tibe2 akak@makcik tadi tu datang kat depan bilik Dr. "Nape awak masuk ni? Kan saya cakap tunggu kat luar dulu. Mane bley macam tu je. Ni pejabat pentadbiran. Lain kali saya suruh masuk baru masuk". Alamakk...!! Aku ngan Tuyah cam terkedu, taktau nak cakap ape. T_T Aduhaii...first2 day da kene marah. Spoil betol! Huwaaa~~~

Pastu bincang2 sket ngn Dr...Aku cam tetibe agak takde mood lepas kena marah tadi T_T (lelebih plak aku nih!). Pastu bile nak kuar je, kitorang follow belakang Dr. Sempat lagi akak@makcik tu bebel lagi kat kitorang. Bla...bla...takleymasuk..bla..bla...tunggu...bla...bla...pejabat. Kitorang wat muka doposen jela sambil mintak maaf. Huu....

On the way nak g menara. Terserempak ngan Husairi tu lagi. Aku tegur jela, tanya die g tak taklimat kelmarin ape sume. Yang 'bestnye' die boley lak tak kenal kitorang dua dak IP. Ishk3...Tak kesahlah tu. Yang kitorang risaukan, die cakap kad matrik da dapat lepas taklimat tu. Aduhh!!! Satu lagi masalah....So masing2 da fikir macam2la alasan nak bagi nanti. Huwaa...kena bebel lagi la pasni..T_T

Naik menara tingkat 6. Masa dalam lif, nampak ade sorang pompuan ni pegang slip biru kad matrik tu. Yess! Ade geng! Haha...Sampai2 je depan kaunter, orang tu mintak slip biru tu, die masuk dalam. Then tak lama pastu die kuar n bagi kad matrik kitorang. Aikk....macam tu je??? Kitorang punye la perah otak nak fikir macam2 alasan 'logik' nak bagi, tetibe dapat camtu je?

Benda yang kitorang tak expect langsung nak kena marah, bley plak kena marah+bebel. Kat tempat yang kitorang da 'ready' nak kena tanya macam2, takde pape plak. Alahaii.....

Balik umah. Malamnye, turun nak g beli makanan, hujan turun selebet-lebatnya. Nasib la medan selera tu dekat je. Tapi dekat2 pon, basah jugak la dengan angin yang kuat tu. Menu: nasi putih+ayam masak halia(:

*panjangnyeeee..........tapi puas hati dapat tulis semua! kahkahkah...

1 comment:

ryume said...

klu blh like je, mmg ak ike entry ko yg n..haha