13 October 2010

Baru tonton: Magika


Cite ni release 23 September aritu.
Hari ni 13 Oktober, aku baru g tengok kat wayang.
Tengok, betapa 'up-to-date' nye aku!
Hahaha....

(Rasanya sume orang pon dah tengok cite ni dan berkata: "Alahai, ketinggalan zamannye minah ni. Dhla tengok lambat, lagi mau kecoh.." Okay. Anda yang first day release da tengok, boleh boo saya. Ye. Sila booo saya...)


Actually ingatkan tak sempat dah tengok cite ni. Yela, da dekat3 minggu cite ni kat panggung. Tapi nasib aku baik, masih sempat. Hihihi....N masa beli tiket tadi pon dah pukul 3.55pm. (kuar umah lambat, nak tunggu bas lagi. Nak bawak kete takot!) So sekali lagi aku bernasib baik sebab dapat tengok show kol 4 tu. (^^,)

---ye. menonton seorang diri---

Bagi aku, cerita ni ok laa. Best. Boleh tahan. Sebab cite ni cite muzikal, n ramai pelakon n penyanyi2 boleh-tahan-popular berlakon. Plus, dengan background yang warna-warni di dunia magika tu, very interesting. Watak2 plak yang memang 'dekat' dengan kita. Ade Pak Pandir, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, Puteri Bunian, Puteri Gunung Ledang dan banyaaak lagi...sume dari cerita dongeng melayu.

Antara scene yang aku rasa cambest was time 3 batang pokok tu menyanyi. Tergelak jugakla bila pokok tu diejek kerana telah 'dikencing'. Haha...
Aku rasa the trees maybe resemble adik-beradik KRU tu kot. Sebab 3. N pokok2 tu pon nyanyi lagu dorang "Kita Bersaudara" yang menggambarkan tentang hubungan adik beradik. (Actually, dorg bagi nasihat kat Ayu ngan Malik tu. Aku pepandai wat analisis sendiri. Hehe...)

Yang xbley blah nye, boley pulak time Badang lawan ngan Nenek Kebayan tu pon dibuat muzikal jugak. Siap dengan Ayu, ngan Malik tu pon nyanyi2 skali. Hehehe.......

N ade jugak part sedih bila Malik mimpi jumpa ngn mak die...huhuhu..

Secara kesimpulannya aku bagi skor 7.5/10..hihi...
Tahniah KRU!

---maaf, saya tak pandai wat movie review. memang fail. T_T ---

"Segalanya mungkin dengan IMAGINASI" - Magika.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers