17 September 2011

Jom pergi OPEN HOUSE!

Musim-musim raya ni of course la banyak jemputan pegi open house kan. Sampai kena fikir nak pegi yang mane dulu, mane kemudian. Orang dah jemput kan, takkan tak pegi. Tolak rezeki tu... (aku ni bab makan memang tak pernah menolak. Never say no to foods. Hihihi...) Yang tak bestnye, tak dapat join open house rumah sendiri. Ayah aku wat open house kat Johor semalam. Rugi2.....Malam ahad ni pulak marhaban kawasan taman. Confirm2 makanan grand.

Kat sini aku takdela dapat banyak jemputan pon. Just siang tadi pegi umah K. Azian (labmate) kat Kapar. Then petangnya pegi JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1MALAYSIA BN SELANGOR kat i-City.

Ramai jugak la orang datang. Makan free kan. Hihi....

---depan pentas utama---

Makanan memang banyak la. Meh nak list. Ade lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, sate, roti jala, nasi tomato, ayam bakar, ayam masak merah, mee rojak, laksa, keledek goreng, roti john, mee goreng. (ohh, I'm drooling -_-!)

---kerusi menjadi meja. ponn boleyy~---

Time kitorang tengah makan tu, tengok ramai orang kerumun ke tengah. Rupa-rupanya, PM dah nak balik. So ramai nak salam kot. Aku pon dengan semangatnya menyelit kat orang2 ramai tu, nak amek gambar. Hohoho. Nak salam tu memang harapan la. Mau pengsan aku kena himpit kang.

---dapatla amek gambar sipi2---

Pastu ape lagi, sambung makan la derr. Hahahaha...Agak2 perut cam nak meletup tu baru reti nak angkat kaki. Siap tapau lagi lemang ngan rendang. Buruk perangai aihh~

p/s: esok ade lagi plan nak beraya (:
pp/s: tak sanggup nak timbang berat badan T_T

No comments: