01 September 2011

Ohohoii balik kampung

Hari raya kedua, balik kampung laa. Balik noghori! Macam biasa, jalan jem gilee kot. Dari umah aku nak masuk highway Ayer Hitam tu je da sejam lebih. Kitorang gerak dari umah kol 12, sampai umah Mak Uda dalam pukul 5 lebih. Lama tu....kalau ikutkan, 5 jam tu da bley sampai Shah Alam kot....huu...

Dari jalan besar, nak g umah Mak Uda kena jalan masuk dalam lagi. Yang bestnya, kat sini takde line tepon. Believe it or not. Maxis ke, Celcom ke, Digi ke, memang takde. Jadi, off saja lah henfon anda semua disini. Hohoho....

---ibu tengah jalan kaki ke rumah---

Dulu2, kereta pon takley masuk dalam sebab jalan sempit. Tapi sekarang ni dah boleh dah. Sampai2 je, terus tinjau kawasan sekeliling. Hahaha....

---tengok ape tuu??---

---tinjau belakang umah pulak---

Kat belakang umah, ade toilet n bilik mandi. Dulu masa rumah belom renovate, bilik mandi ni la yang kitorang dok guna. Kalau malam2, memang takut nak g toilet. Hahaha....Tapi yang bestnya, air kat kolah belakang ni memang sejuk gile! Kalau mandi pepagi, memang menggigil la. Kalau mandi tengahari, memang best. Segarrrrr!

Satu lagi benda yang aku suka bile balik nogori ni of coz makanan die! Masak lomak cili api, podas2! Sodapp woo! Even rendang pon podas. Memang heaven la dapat makan makanan nogori ni. Haih...meleleh air liur teringat kat masak lomak tu.

Kt nogori ni, ramai adik beradik ayah. Kat kampung tu ade umah Mak Cik, Mak Teh. Then g umah Pak Ngah. Beraya sakan laa kitorang.

Makan kuih raya macam2, minum air macam2. Saboo je la....Tapi sekarang mesti jarang dah jumpa air oren botol ni kann? Nostalgik sungguh.

---oren bodoh. hihi...---

Nak duit rayaaaaaaaaa!!!! Kehkehkeh....

No comments: