18 September 2011

Beraya rumah ketua program IP

Hari ni plan beraya ke rumah ketua program IP masa aku degree dulu, Hj Isa. Mula2 plan macam ramai nak join. Tapi ramai jugak cancel last minute. Last2 tinggal kami 6 orang je. Nasib baik sempat gtau Hj Isa malam semalam yang kitorang tak lebih 10 orang. Kang membazir je die prepare banyak2. Tu pon masa kitorang tengok makanan atas meja, memang banyakk! Untuk kitorang berenam, memang banyak lah. Tengok ni.....

---Hj Isa tersenyum girang^^---

Ade soto ngan bergedil comel, mee goreng yang ala2 cam mee hailam sket, ketupat palas, rendang ayam, buah2. Tu belom masuk kuih2 raya lagi. Ade satu kuih tu, ala2 chocolate coookies, habis sebalang kitorang bedal. Siap refill lagi pastu. Hihi...Yang pasti, semua sedappp!!!! *teringat makanan tu sume, mau meleleh air liur aku. Siyes sedap! Memang rugi la kawan2 aku yang tak g tu. Rugi~~

Memang 2-3 kali lah kitorang bangun menambah. Memang dah tak segan lah. Haha...Cuma rasa cam sedikit terkilan (err, bukan terkilan. Sort of cam 'kesian'. Err, bukan kesian. What's the exact word to express eh...) sebab tengok makanan banyak lagi. Mesti Hj Isa expect ramai yang akan datang. At least pon 10 orang. Hurmm~~

---wajah2 kegirangan kesan kekenyangan kesedapan makanan---

Alhamdulillah rezeki kami dapat makan sedap2 (: Moga murah rezeki Hj Isa, tahun depan jemput lagi kami datang beraya! ^^


p/s: Sempat merayau seketika meng'usha' Samsung Galaxy SII. *woot2*

No comments: