11 November 2010

Nak mintak hadiah...


Hari ni, keputusan UPSR diumumkan.....dan saya dapat 5A!!

---gambar dengan hadiah---

Eh, eh....tak percaya?? Tengok ni plak. Hihihi.....

---salah eja nama. benci btol -_-! suke telan huruf 'h' nama saya. eii...---

Ok...ok...Saya dapat 5A UPSR sepuluh tahun yang lalu. Gambar paling atas tu adalah gambar saya ngan hadiah2 Bella. (Bajet edit gambar konon2 nampak cam gambar lama. Padahal muka dah tua bangka...) Hari ni kat sekolah die, (merangkap bekas sekolah saya juga pada 12 tahun yang lalu) ade Majlis Anugerah Cemerlang. Tapi Bella bukan amek hadiah UPSR. Blom lagi...Die baru darjah 4. 2 tahun lagi baru UPSR. Ni gambar die....

---budak comot---

Bella dapat no 1 dalam klas, hadiah terbaik matapelajaran Matematik ngan BI. Tahniah~~~
Yang tak best nye, nama dalam sijil die salah. Cam biasa, ade orang g telan huruf 'h' kat nama die. (Haishh....sape la yang lapar sangat tu. Tak cukup ngan huruf 'h' nama aku. Kat nama Bella pon die nak telan....Ni boley jadik tajuk satu entry baru nih. 'Pencuri huruf 'h'. Best takk?)

Apepon, tahniah kat adik2 yang dapat 5A. Tahniahh!!

Ohh, satu lagi berita baru. Nama sekolah ni akan ditukar tak lama lagi. Tukar jadi apa? Kenapa? Tunggguuuu~~~~~

p/s: So, seminggu ni tajuk perbualan ayah ngan ibu pasti menjurus kepada keputusan UPSR ni. hehehe...cikgu la katakan~~~

No comments: