17 June 2011

Padang-Bukit Tinggi -DAY 3-

Mari sambung cerita jalan2 di Bukit Tinggi.

Tarikh: 4 Jun 2011

Hari ketiga. Bangun pagi dan menghirup udara segar di Bukit Tinggi. Tambah pulak dengan hujan renyai2 pagi tu. Rasa nak selubung dalam selimut je sepanjang hari. Hihi.... Disebabkan hujan juga, plan untuk terjun ke swimming pool dibatalkan.

---luas---

Nuansa Maninjau Resort. Nama tempat yang kitorang tido malam kedua. Bilik aku ngan Bella, kat groundfloor. Ade cermin yang boleh nampak luar yang sangat besar kat tepi bilik kitorang ni. Memang before tido kena tengok betol2 langsir da tutup. Naya je kang kalau ade orang intai...

---chakkk!---
Aku dalam bilik, Bella kat luar bilik

Lepas breakfast, amek2 gambar dulu depan resort ni...

---udara pagi yang segar!---

---aku yang agak rendah---

---feeewiittt---
^^

Pastu naik bas, teruskan perjalanan. Plan nya, hari ni nak jalan2 plus shopping kat pekan Bukit Tinggi. So kira cam turun bawah la dari resort yang kitorang tido tu. Sempat plak singgah satu kedai ni. Jual macam2 kerepek keropok. Kerepek labu, jagung, remis pon ade! Kerepek jengkol (jering) pon ade! Aku turun, untuk rasa je semua tester yang ade. Muahaha....

---rugi tak makan tester yang disediakan. haha!---

Next, singgah kedai jaket ni plak. Macam2 jaket la ade. Paling popular of coz la jaket kulit utk matrempits yang naik motor. Harga pon boleh tahan murah. Kami tengok je. Motor pon takde kat umah...

---kedai shoping untuk kaum lelaki---

Now kita masuk ke salah satu objek wisata (pelancongan) yang memang popular kat Bukit Tinggi. Taman Panorama, Lobang Jepang, Ngarai Sianok.

---mari masuk!---

---tugu jepang---

---tiru gaya jepang---
Hahaha. Memang bongek!

Inilah dia. Lobang Jepang. Ni tunnel la. Terowong. Dibina masa penjajahan Jepun dulu. Boleh je kalau nak masuk dalam tunnel ni. Amek masa dalam 30 minit. Tapi kami tak masuk pon. Cam scary je. Sebab katanya lubang udara die ade sket je. Takott ahh....

---amek gambarr je...---

Ngarai Sianok pulak ialah jurang2 ni. Cantikk tau. Kalau nak baca lebih pasal tempat ni boleh klik sini.

---jurang yang dalam---

Pastu kitorang jalan2 plak kat gerai2 souvenir kat situ. Banyak kedai2 lukisan. Dan lukisan2 diorang sume sangat cantik. Tengok diorang lukis/warna, nampak cam senang. Cam calit2 je. Tapi hasilnya sangat cantik. Memang tangan seni...

---beli gambar gantung dalam bilik---

Saje nak selit kat sini, inilah bas yang membawa kami berjalan2 sepanjang di sana. Taraaa.... (ni dah takde keje sangat sementara tunggu sume orang berkumpul balik)

---pariwisata---

Next, kami lunch di sini. Rumah makan Gon Raya. Ayam Pop Panas. Yummy2! ^^

---nak jadi duta---

Pastu, bertolak ke Jam Gadang. Kat sinilah ade banyak bazar+kedai2 best untuk shopping. Diberi masa dekat 3 jam kot kat sini. So, shop till you drop! Ngeh3...

---Jam Gadang---

Nak naik kereta kuda pusing pekan Bukit Tinggi pon boleh. Tak tanya plak bape harganya. Eksaited dah nak menyoping....

---bajet cute. LOL---

Pusing la bazar tu sampai puas....sempat la beli kain pelikat, kain batik, skirt untuk cousin aku Hani, tshirt, beg, keychain, brooch. Then hujan lebat plak... So agak terbatas la nak jalan2 kat situ. Memang drop abes lah...Penattt......

Pastu teruskan perjalanan ke Padang. Sebab malam ni malam last, sok dah nak balik. So tido kat tempat yang dekat sket ngan airport. On the way, tourist guide kitorang sempat blanje kuih Bika. Sedaap! Dibuat dari ubi kayu, then die tambah ape ntah lagi (ala2 ubi ketuk). Dibakar atas kayu api. Fresh2! Tapi memang sedap dapat makan time panas2 di kala hujan renyai2. Perghhh...sedapnyaaaaa......

---nak laaaagiiii----

Dalam perjalanan tu, nampak air terjun yang sangat cantik. Tinggi plak tu. Seb baik bas berenti, bley turun amek2 gambar. Hehehe...

---Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur---
Hamek ko nama die.....

---see? tinggi tau air terjun ni----

---feeewiiiittt lagi.....---

Then seperti biasa, jalan jem gileeee! Perut pon da bunyi macam2. Sabo je laa...Last2 sampai jugak kat tempat ni untuk dinner. Daima Cultural Garden Restaurant. Siap ade orang nyanyi live lagi time kitorang makan. Hihi....

---ngapppp!---

Untuk malam last ni, kami tido di hotel kat Padang. Bunda Hotel. Badan da penat, perut da kenyang, lepas mandi memang terus hanyutttttt di alam mimpi......ZZZZzzzz.......

---budak demok lari masok selimut---
Cepat tido.
Wakeup call kol 4 pagi!

to be continued....

No comments: