11 June 2011

Padang-Bukit Tinggi -DAY 2-

Sambungan dari hari pertama jalan2 kat Padang n Bukit Tinggi.

Tarikh: 3 Jun 2011

Ni hotel yang kitorang duduk untuk malam yang pertama. Hotel Gran Malindo.Kawasan sini sejukkk....
Lepas breakfast, terus kemas2 barang, sumbat dalam bas n amek2 gambar sementara tunggu semua orang turun.

---Bella dah nak sama tinggi? Ohh nooo!---

---pandangan hadapan hotel---

Sebelum jalan mana2, kitorang dibawa pegi shoping dulu. Muahahaha... Kat kedai ni banyak kebaya yang cantik2. Siyes cantik! Tapi bile fikir2 balik, kalau aku beli pon ntah bile nak pakai kan. So just tengok2, cuci2 mata, n keluar. Hehe...Pastu g amek gambar lagi kat depan kedai. Actually belakang tu bangunan ape ntah. Tak ingat. Adehhh~~~

---gambar jadik kecik -_-! ---

Kat depan kedai tu jugak cam ade satu pangkin, untuk kaum2 lelaki minum2 kopi-bancuh-sendiri sementara tunggu kaum wanita membeli-belah di dalam.

---peace^^---

Next, kami pegi tempat perusahaan sulaman Hjh Rosma. Tempat ni memang sangat popular la kat Bukit Tinggi ni. Sebab hasil keluaran sulaman die memang kualiti tinggi. Mengikut cerita, Hjh Rosma ni train budak2 muda yang kurang berkemampuan pegi sekolah, belajar jahit sulam. So at least bagi diorang kemahiran la sikit.

---macam penyambut tetamu plak---

---semuaaaa cantik2!! tapi mahal ohh---
Sepasang sejuta lima ratus ribu rupiah.
Lebih kurang RM 500 lebih.
T_T

---tak mampu beli, amek gambar je laa...T_T---

Yang penting, handmade tau! Still pakai mesin yang kayuh pakai kaki tu... Diorang sangat tekun jahit sulam ni. Kitorang baru fokus sikit2, mata dah rasa berpinar2. Camnela agaknya diorang boleh tahan lama2 fokus kat benda2 tu. Tabah betol diorang jahit semua tu sikit2. Halusss je jahitan...

---tenung jangan tak tenung---

Nak kata tempat ni popular, bukan setakat kat Indonesia je, orang Malaysia pon ade yang datang wat kursus sulaman kat sini. Tak caye? Tengok bunting ni......

---orang2 Kelantan datang belajar jahit sulam kat sini....---
Bukan ibu saya :p

Next, pegi tempat perusahaan kopi. Boleh tengok cara2 die proses kopi tu lepas petik, dikupas, jemur, etc. Tapi aku tak pegi tengok pon. Hahaha...Terus straight belakang tempat proses tu, minum kopi free. Hihihihi....:p

Air yang disedia kat kaunter tu free flow. Minum je la sampai kembung perut pon takpe.

---mai sechawan!---

Selain kopi ade jugak dua jenis air ni. Rasa die???? Omakkk aiii. Pelik bona. Tak sanggup minum banyak2. Huu....

---Air daun mulberi---

---Air daun kopi---
Nak try???

Selain tu, pemandangan kat sekeliling pon cantik. Yela, kat tanah tinggi, nampak hijau je keliling. Angin pon sejuk. Nyaman....

---gambar hasil kamera biase---

Ok penat jalan, kita lunch dulu. Kami lunch kat Rumah Makan Pondok Flora. Tempat ni pon cantikk jugak. Tengah sawah. N kat keliling ade kolam ikan. Makanan kitorang yang tak abes selambe je campak bagi ikan makan. Hihi...Ikan2 tu pon selambe je bedal ape yang kitorang bagi. Jengkol (jering) pon ikan2 tu berebut. Sakit perut kang...Hahaha...

---lauk style Padang jugak---
Sedappp!

Kenyang perut, kita teruskan perjalanan. Next destination, Istano Basa Pagaruyung.

---Istano Basa Pagaruyung, Batu Sangkar---
Cube nyanyi lagu 'ayam den lapeh' tu...;p

---(^^,)---

Istana ni still under renovation. Sebab baru terbakar, kena panah petir. Boleh masuk dalam, tengok2, tapi agak panas la. Taapi, dinding ngan atap die cantik. Semua ukiran kayu...

---pandangan dalam istana---

------

Next perjalanan diteruskan untuk naik ke Bukit Tinggi semula. Jalan jemmmmmm gile..... Huhuhu.....So banyak masa abes atas jalan je. Tapi sempat jugakla singgah 2-3 kedai ala2 butik yang jual macam2 tu. Kat sini sempat la beli blouse sikit. Kat sinii......

---shopingggg!---

Pastu teruskan perjalanan, naik bukit yang jalan bengkang bengkok macam naik Cameron Highland. Sampai2 hotel, hujan lebat gilee. Dahla kawasan kat atas tu memang sejuk. Memang best la, lepas dinner, perut kenyang, dapat bilik, mandi2, terus ZZZZZzzzzzzzz.......

Eh....ehh....sebelum tido aku sempat lagi layan finale Miss Indonesia kat tv. Ngee :B

p/s: gambar bile upload, jadi macam mengecik. tak tau nak wat cane....


to be continued.....

No comments:

Daisypath Anniversary tickers