23 March 2011

SPM ohh SPM.


Ape??? Result SPM nak kuar esok??? Aduhh....nervous nye. Memang tak bley nak tido malam ni. Huwaa....takutnya....mintak2 la dapat result ok. Tahun ni graf turun takk eh. Boley aku dapat A banyak2....T_T

Di sekolah.....
Beratur depan cikgu kelas nak amek slip exam. Dalam hati, macam nak pecah rasanya. Risau2... Dapat je slip......................

Alhamdulillah......
Alhamdulillah.............
Alhamdulillah.......................

Ini hasil usaha aku selama ni. Kena bersyukur dan redha je.
Tapi,
Air mata mengalir jugak...
Sebab Biologi dapat B3. Punah ranah harapan nak jadi doktor...
Telefon ayah, dapat ucapan tahniah.
Ayah cakap, "Takpe, alhamdulillah akak dapat result bagus. Jangan sedih2. Ayah, ibu bangga dengan akak..."
(':

Well, itu situasi 5 tahun dulu. Masa aku amek result SPM kat Jenan. Pastu peluk2 kawan2 sebab takut susah nak jumpa dah pasni. Yela, masing2 akan bawa haluan masing2 kan.

---rindu kamu semua....---

Tentang result SPM, kalau yang dapat straight A's tu haruslah gembira sakan kan. Yang kurang berjaya tu, memang kecewa sangat. Mesti dah fikir, ape nak jadi pasni, nak blaja kat mane plak pasni, layak ke tak. Macam aku jugak dulu....

Tapi walau apa pun Tuhan dah tentukan rezeki kita. Tak semestinya result SPM kita baik, kita akan terus berjaya. Ia bergantung pada usaha kita jugak. So maksudnya, pada siapa2 yang result kurang baik, boleh usaha lagi pasni. Masa depan masih panjang. Insya Allah, kita boleh ubah keadaan kita sekarang. Yang penting, jangan putus asa! ^^

Aku dulu, pernah rasa down gile sebab tak dapat apa yang aku harapkan. Pastu, tengok plak kawan2 sekelas aku mostly dapat study jauh2 kat oversea. Laaagi rasa down. Rasa menyesal sebab tak study betol2.

Tapi......

Bila melihatkan ape yang aku dah capai sekarang ni, keadaan aku, aku bersyukur sangat. God knows best. Dia dah tentukan rezeki aku disini, jalan hidup aku macam ni. Aku bersyukur dan bangga dengan apa yang aku miliki sekarang. Tak perlu lagi nak membandingkan dengan orang lain.

Ok, TERmembebel panjang. Actually nak wish TAHNIAHHH kat adik lelaki aku yang dapat straight A's dalam SPM!!! You did it! We are very proud of u!!^^

No comments: