21 July 2010

peribahasa melayu

anda pasti pernah mendengar peribahasa ini.
atau sekurang2 nya pernah mempelajarinya masa skolah rendah dulu. (itupun jikalau ingatan anda masih kuat...)

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Lebih baik di negeri sendiri."

secara jujurnya, sehingga kini usia saya sudah mencecah hampir 22 tahun (hampir ye. belum lagi..) saya baru sahaja memahami maksud peribahasa tersebut pada hari ini. ya. hari ini.

sungguh sadis.

selama ni saya selalu tertanya2 kalau dah hujan emas kat negeri orang, baik dok kt negeri org. dapat emas (rezeki) hari2. kan boleh hidup senang.
kenapa nak duduk di negeri sendiri yang dihujani hujan batu?
kan sakit kalau kena. (mcmla kalau kna emas xsakit kan. haha...)

jadi akhirnya ibu saya memberi penjelasan....
ibu cakap, "kalau dah hujan emas hari2, mane nk dpt air?"
saya masih blur. tak faham.
ibu terangkan lagi, "yela, mane nak dapat air kalau hujan pon dapat emas?"
saya membantah, "hujan batu pon mane ade kuar air. batu kan?"
ibu menjawab, "maksud hujan batu tu, ialah hujan air batu. kan dari situ kita boleh dapt punca air. kalau emas, mane boleh hasilkan air...."
saya terdiam sejenak.
dlm hati- ooo, betul jugak...
tapi still xpuas hati.
"tapi die cakap hujan batu. bukan hujan air batu."
ibu jawab, "tu kiasan org melayu dulu2..."
so aku dh xtnya dah.....
then aku search kt Google.

--> Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

ok. saya dh faham. the point is, janganlah lupa asal usul kita....
(err...btol ke wt kesimpulan mcm ni?)
sila betulkan saya......(:

anonymouS:: malu bertanya sesat jalan....

No comments:

Daisypath Anniversary tickers