Tahu tak, cinta sebenarnya umpama seseorang yg menunggu bas. Urmm??
Yeke??
Teruskan membaca...(:
Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda kata pada diri anda,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, anda katakan pada diri anda, "Saya akan tunggu bas yg lain."Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua.anda nengok bas tu dan anda akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni anda kata, "Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yg anda pula dah terlambat rupanya. anda mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa... anda dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg anda nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah anda dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk anda? Jadik, mengingini apa yg anda idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan anda, apa yg perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi... saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yg macam ni. anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), anda tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri anda. Dan bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
anonymouS:: kalau tunggu teksi plak camne? :p
No comments:
Post a Comment