10 September 2011

BACK TO BUSINESS!

Ini serius....

Lusa da start klas balik dak2 UiTM. Shah Alam pon da start jem ngan kereta. Yang tak bestnya, aku tak rasa aku bersedia memulakan sesi akademik semula. Yelaa, cuti lamaa kot. Even sebelum puasa aritu pon aku dok rilex2 je tak study sangat. Pasni abesla aku kena revise balik semua benda...Otak agak berkarat. Huu...

Hari ni aku balik Shah Alam selepas dengan jayanya bercuti raya selama dua minggu. Muahahaha... First time ohh drive sorang2 straight dari Kluang ke Shah Alam. Before ni kan selalu ngan adik2 aku. Tapi kali ni ade yang da balik awal aritu n ade yang balik lambat lagi (minggu depan). So nak taknak memang kena drive sorang2 ler. Memang aku cuak gile kot. Masa masuk highway kat tol Ayer Hitam, time nak touch kad Touch n Go tu bley plak kad tu jatuh. Adehh...terpaksa la bukak seat belt, bukak pintu, kuar kereta g kutip kad tu balik. Huuu...Seb baik xde kete kat belakang :p Sampai kat tol Shah Alam plak, aku salah bajet. So agak jauh dari pondok tol tu. Kena la bukak seat belt, bukak pintu kereta jugak untuk touch. Hahahahahaha...Well~ Saya kan pemandu BEGINNER ^^

NOTE TO SELF: LUPAKAN SEGALA KERIANGAN HARI RAYA. MARI START BACA PAPER! (*macam pantun^^...) Hooyeahh!!!

01 September 2011

Ohohoii balik kampung

Hari raya kedua, balik kampung laa. Balik noghori! Macam biasa, jalan jem gilee kot. Dari umah aku nak masuk highway Ayer Hitam tu je da sejam lebih. Kitorang gerak dari umah kol 12, sampai umah Mak Uda dalam pukul 5 lebih. Lama tu....kalau ikutkan, 5 jam tu da bley sampai Shah Alam kot....huu...

Dari jalan besar, nak g umah Mak Uda kena jalan masuk dalam lagi. Yang bestnya, kat sini takde line tepon. Believe it or not. Maxis ke, Celcom ke, Digi ke, memang takde. Jadi, off saja lah henfon anda semua disini. Hohoho....

---ibu tengah jalan kaki ke rumah---

Dulu2, kereta pon takley masuk dalam sebab jalan sempit. Tapi sekarang ni dah boleh dah. Sampai2 je, terus tinjau kawasan sekeliling. Hahaha....

---tengok ape tuu??---

---tinjau belakang umah pulak---

Kat belakang umah, ade toilet n bilik mandi. Dulu masa rumah belom renovate, bilik mandi ni la yang kitorang dok guna. Kalau malam2, memang takut nak g toilet. Hahaha....Tapi yang bestnya, air kat kolah belakang ni memang sejuk gile! Kalau mandi pepagi, memang menggigil la. Kalau mandi tengahari, memang best. Segarrrrr!

Satu lagi benda yang aku suka bile balik nogori ni of coz makanan die! Masak lomak cili api, podas2! Sodapp woo! Even rendang pon podas. Memang heaven la dapat makan makanan nogori ni. Haih...meleleh air liur teringat kat masak lomak tu.

Kt nogori ni, ramai adik beradik ayah. Kat kampung tu ade umah Mak Cik, Mak Teh. Then g umah Pak Ngah. Beraya sakan laa kitorang.

Makan kuih raya macam2, minum air macam2. Saboo je la....Tapi sekarang mesti jarang dah jumpa air oren botol ni kann? Nostalgik sungguh.

---oren bodoh. hihi...---

Nak duit rayaaaaaaaaa!!!! Kehkehkeh....

30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA 1432H!

Buat semua, sepuluh jari disusun, ampun maaf dipinta. Kalau ada terkasar bahasa, ade yang terasa hati, ter'kecik ati', mohon maaf sangat2 yea...

Moga bergembira disamping yang tersayang di hari raya ini! (:

---happy. semua ada---
Tema tahun ni: maroon ^^

Cukup dalam gambar ade 7 orang tahun ni. Macam tahun lepas, gambar raya ade 6 orang je, abang takde coz malam first day raya tu baru die balik. Actually yang tahun ni pon aku tak tau die balik. Tetibe je sehari sebelum raya tu, aku tengah dok anyam ketupat kat dapur, tetibe abang aku muncul! Rupa-rupanya yang pagi tu ayah ngan ibu aku kuar pepagi tu pegi amek abang aku kat airport Senai rupanya...Ciss~ Wat surprise orang je.....

Raya kali ni sempat la jugak buat 3 jenis kuih raya. Hihihi *bangga.
Hidangan pagi raya macam biasa, ketupat, kuah lodeh, sambal kacang bersotong, rendang ayam n kari daging. Yummy!!! *maaf tiada gambar. huhuhu...

---kami lima beradik---

Last but not least, have a nice dayy!!

Kuiz sempena hari raya: Berdasarkan kedua2 gambar di atas, sila susun siapakah adik, siapakah kakak/abang ((:

28 August 2011

Bertemu kembali selepas 14 tahun.

Ni kisah berbuka puasa @reunion bebudak SKSL batch 1995-2000. Aku sekolah kat SKSL tu sampai darjah 3 je. Kira dalam tahun 1995-1997, pastu darjah 4 sampai 6 aku pindah sekolah lain. Nasib baik la ade facebook, boley keep in touch balik ngan kawan2 yang dah lama gila tak jumpa. N nasib baik jugak dorang still ingat aku. Yela, lama kot tak jumpa. Aku pon sekolah menengah bukan kat Johor. Tercampak kat Kedah nun. (walaupun aku tau mesti ramai yang ingat kat aku pasal ayah aku. hahahaha....nanti aku nak wat special entry pasal ayah aku. hihi...)

Mula-mula aku segan gile kot nak jumpa dorang. Tapi, orang dah ajak kan, takkan aku tak g. Lagipun ntah bile lagi aku leh jumpa dorang ramai2.

Venue: SDS Bakery, Kluang.

Ni yang dok semeja ngan aku...

---antara geng rapat dulu---

---meja satu lagi---

---ni geng budak nakal. hihi---

Apepon, diorang sume sangat sporting. Memang happening gile la kitorang wat bising tanpa rasa bersalah dalam kedai tu. Hahaha...

---antara girls yang ade---

---memang hapPENING!---

Lepas berbuka n solat maghrib tu, dorang ajak lepak kat dataran. Saje nak borak2, amek2 gambar. Tapi malangnye aku tak ley join diorang lagi sebab aku datang tadi pon ngan adik aku (adik aku g berbuka ngan kengkawan die). So aku pon balik la pastu....

Last pose sebelum pulang^^

---say cheeze!---

Pasni ntah bile ley jumpa lagi kann~~~ Hurmm.....

22 August 2011

No updates.

Lately saaangat jarang jenguk blog. Tak tau nape. Nak kate busy sangat, takdela busy mane pon. Hari-hari pegi fac tak wat ape pon. Huuu.....

Maybe sebab sekarang ni slalu tido awal kot. Before 12, mesti da tido. Kalau dulu, mau dekat kol 1 lebih baru reti nak tido. Well, sekarang kan bulan puasa, so taknak amalkan tido lewat tu sangat sebab takut terlajak tak bangun sahur. Kan naya tu....

Rabu ni dah nak balik Johor. Entah sempat tak aku nak update Part 2 cerita ni. Hahaha...Yela, aku kalau da kat umah, internet, henfon memang jauh la dari pandangan aku. Macam takde perasaan langsung nak mengonline. Haha

Ok, da pukul 12 lebih lebih da ni. Time to sleep. Daa~~~

ps: Apsal blogger aku cam sangkut2 ehh? Line internet ok je. Sangkut2, lembap gile! Now, even nak type pon aku type kat Notepad dulu baru paste kat sini. Adoiiyaii~~
Daisypath Anniversary tickers