12 August 2011

Tragedi hampir ditinggal bas ekspres -Part 1-

Kali ni seperti yang dijanjikan, aku nak cite pasal kes aku hampir kena tinggal bas masa nak balik raya. Cuba korang bayangkan, ape korang akan wat kalau korang kena tinggal ngan bas, esok lusa dah nak raya? Nak cari tiket lain? Agak2 di saat2 genting sume orang nak balik kampung tu ade lagi ke tiket? Nangis sorang2 kat stesen bas dengar lagu ‘Ku pohon restu ayah bonda’ dendangan Mamat? Raya kat stesen bas? Huhuhu…

Nasib aku baik sebab aku tak mengalami perkara2 sadis tersebut. Mintak jauhh~~

Camni kisahnya…..aku kan baru pindah rumah lepas berlaku macam2 kejadian tu kan? Nak kata busy nye kitorang time tu, sampai kunci umah pon tak menyempat nak duplicate. Sume share2 je. Sampaila satu hari ni di mana malam nye aku akan naik bas balik Johor, aku mintak tolong kawan aku tolong duplicate kan kunci. Kang senang pasni tak payah nak share lagi kan.

So petang tu bile abes klas, aku balik la umah sorang2. Sebab housemate aku yang lain ade yang dah balik kampong dah, ade yang kuar buka puasa ngan member2 die. Tak kisahla tu kan. Sebab aku pon nak kemas2 barang then terus g stesen bas.

Kunci umah ade dua. Satu mangga yang Solex tu, and satu lagi kunci pintu kayu. First kena bukak, mangga Solex. Punye laa susah. Disebabkan tu kunci baru n aku tak penah try lagi before ni, maybe die ‘salah buat’ kot kunci tu. Agak lama jugak la aku dok godek2 Solex tu. Kalau orang tak kenal aku tengok, mesti ingat aku nak rompak. Huhuhu…..Last2 boleh jugak. Alhamdulillah….

Next, bukak kunci tombol pintu kayu pulak. Kali ni memang betul2 die salah buat kunci tu. Nak cucuk masuk pon tak boleh. Memang tak boleh wat ape. Aku da gelabah gile time tu. To make it worst, aku lupa bawak handphone aritu. So memang tak boleh nak contact housemate aku. Last2 nak tau aku wat ape? Aku ketuk pintu jiran depan umah aku. Dahla tu umah bujang. Malu giler kot. Aku cakap ngan sorang brader tu nak pinjam handphone die nak contact housemate sebab aku tak boleh masuk umah.

Phone number housemate? Alamak!!! Mane aku ingat! Sume dalam memory handphone kot. Tiada dalam memory aku. Huwaaa……..Nasib baik sangat2 time tu, fikir punye fikir, aku teringat phone number coursemate aku, Tuyah. Aku call die suruh die tolong contact housemate aku. Ntah nape aku ley ingat nombor Tuyah ntah. Hahaha….

Tuyah gtaw die tak dapat contact housemate aku. Pulakkk…Camne ni. Aku pulang balik henfon brader tu sebab die da siap2 nak kuar buka puasa kat luar kot. Aku, mundar mandir je la depan umah fikir camne nak masuk umah, camne nak kejar bas nanti. Huhuhu….

Pastu, ade la 2 3 orang brader depan tu baru balik keje kot. Dorang tegur la aku, nape? Tak boleh masuk umah ke? So aku mintak la tolong dorang wat la ape2 pon bagi boley bukak pintu tu. Pakai kad ke. Aku mane reti kan.

Boley plak dorang cakap,meh masuk (umah dorang) buka puasa dulu. Da nak masuk waktu ni, tak elok lewat2kan buka…Aku da cam err, xpela... Gile ape aku nak masuk umah dorang. Lagipun aku tak kisah sangat buka puasa tu sebab aku cuti aritu. Tapi dorang insist jugak aku buka puasa dulu. Dorang siap letak satu kerusi betol2 tepi pintu dalam umah dorang, suruh aku duduk situ. SEGAN GILE WEHH!! Memang sejarah la aku sorang2 pompuan masuk umah bujang. Huwaaa…..Dorang bagi aku air segelas, kuih donat sebijik. Lepas da buka ala2 kadar tu, dorang pon berusaha la selak tombol tu pakai kad. Macam2 kad kuar. Siap pembaris plastik skali. Selak punye selak, at last boleh jugak. Thank you soo much la brader. I sayang you guys lebey.

Masuk je umah, terus capai apa2 yang patut, sumbat dalam beg. Tengok jam, macam da lewat. Hati da berdebar2 gile.

Ape yang jadi seterusnya????

Kena tunggu…..

Bermacam2 lagi onar ranjau duri2 kehidupan perlu dilalui…

To be continued……^^

No comments: