09 September 2010

Yeay! yeay! Esok raya...


Malam tadi, pengumuman raya telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang mengisytiharkan tarikh hari raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H (ayat skema) :p. N semua orang pon bergumbira dan berteriak, "Yeay, esok raya." Padahal selama ni memang dah boleh agak dah yang hari raya akan jatuh pada hari Jumaat ni (esok). Saje wat excited terlebey. Hihihi.....

Persiapan raya? Urm, kuih raya dah siap 4 jenis. Salah satunya hasil tangan saya. Hehe...namanya 'Biskut Gorgeous Warna-warni' (suke hati je bagi nama sendiri...). Bagi nama gempak sket untuk mengcover rasa kuih itu yang agak biasa. Biasa. bukan tak sedap yea! N ibu ngan ayah pon ade beli 2 3 jenis lagi kuih raya.

---Biskut Gorgeous Warna-warni--
(nampak tak gorgeous langsung! cheit~ -_-! )


Ketupat pon dah siap anyam. Ketupat palas (made by my grandma) n ketupat nasi (made by me! (again)...n my adik)- <--- like this!
--ini namanya ketupat bawang--

Seronok dapat buat semua ni. Lagi terasa kehangatan nak berhari raya....

Raya tahun ni saya sekeluarga beraya kat Johor je. N maybe hari raya kedua or ketiga akan beraya di Negeri Sembilan- kampung sebelah ayah.

Yang menariknya, ingatkan tahun ni kami akan beraya sekeluarga ber6 je (ayah,ibu,saya,adik laki n 2 adik pompuan). Tapi rupa-rupanya akan complete ber7. Double YEAY!! Abang yang berada di perantauan akan pulang beraya bersama....

Ohh......excitednye........^^

One more, tambah excited lagi, dah jumpa pon baju raya yang berkenan di hati! (:

anonymouS:: ....hari ini Ramadhan terakhir...-_-

No comments: