30 August 2010

My sis (bleeding nose)

Last few days, masa kitorg tengah bersahur suddenly my youngest sister punya hidung kuar darah...panik jugak kitorg seketika sebab tak pernah jadi sebelum ni. Die pon sehari dua ni nampak cam lemah je. Makan pon tak banyak (macam biasa). Yela, cuaca sekarang ni kalau panas, sepanas-panasnya. Kalau hujan, selebat-lebatnya. So my sis demam. Badan pon panas je...
Masa hidung die tengah kuar darah tu, saya cakap suruh die dongakkan kepala (sebab masa sekolah dulu saya ade sorg kawan ni yang slalu gak la alami nose bleeding ni n saya slalu nampak die wat camtu). Tapi my mum cakap jangan. Biar je darah tu keluar. Jangan 'paksa' untuk stop. Then saya pun amek ais, balutkan dalam towel kecik n tuam kat dahi die (untuk sejukkan badan die sket). Kesian sangat kat die.....

Here's some info pasal nose bleeding ni......


Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.

“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.
Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.

Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?

-Picit bahagian bawah hidung
-Tekan hingga terasa tulang muka
-Mendongak dengan kepala menegak.
-Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
-Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
-Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.

Plus, dalam cuaca yang tak menentu sekarang ni, perbanyakkan la minum air masak....

anonymouS:: jumpa pakar jika pendarahan ini kerap berlaku.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers