20 November 2011

Tahniah Puan Fahana n hubby!

19/11/2011

Majlis resepsi perkahwinan Puan Shaidatul Fahana & hubby nya Mohd Faisal @Kompleks Sukan Kelana Jaya.

---coursemate pertama yang kawen! wee~~---

Kami ingat nak konvoi ramai2. Set tempat nak jumpa, kat Stadium Kelana Jaya. Awal kot kami (aku, Tuyah n Leh) sampai, kol 11.45 dah tercongok kat situ tunggu yang lain2...Lepas kitorang, Man ngan tunangnya, ngan Hajar plak sampai.

---di bawah rimbunan pepohon---

---warna baju macam dah rancang je kan...---

Dekat kol 1 jugakla bile sume dah sampai baru kitorang gerak ke dewan tu. Nash+partner, Zahir+partner, Nadd.

---rombongan cik kiah ewah2---
hadiah kami paling besar. Yeay! :p

Da sampai tu of coz la serbu tempat makanan kan. Lapoo kot. Hahaha...Lauk banyak! Amek je sume sampai penuh pinggan. Just tak sempat nak amek cendol sebab da abes. Kuciwa~ Yang uniknya ialah air biru! Warna biru air tu lain betol dari yang biasa. Tapi aku taktaw nak describe cane rasa die.

---aksi di meja makan---

Tak lama pastu masa kitorang tengah makan2, kompang pon dipalu menandakan pengantin dah sampai. Ana pakai baju putih n ade manik2 biru (bak kate Leh). Cantikk sangat! (:

---(^_^)---

Pastu pengantin pon bersanding kat pelamin. Tak sempat nak g amek gambar sebab tengah khusyuk makan time tu. Haha...Tapi dorang pon bersanding kejap je. Tengok2 dah ke meja makan. Yang ada hanyalah gambar pelamin tanpa pengantin nya. Putih+biru. Cantik kann pelamin dorang?

---the pelamin---

Time dorang makan aku dengan jayanye menebalkan muka g depan dorang untuk amek gambarr. Saje kacau dorang makan.

---pengantin pon layann je---

Time dorang potong kek pon aku g sebok2 nak amek gambar. Walaupun kiri kanan sume photographer pro ber'dslr' lense panjang2 kemain, tapi aku selamba ngan kamera digital je. Ahh, nasebla. Hahaha....

---budak2 kecik pon sebok kerumun. mengharap kek---

---alolo suwitnyee...---

---ana malu2...---

Gambar kitorang ramai2 ngan pengantin maybe ade dalam kamera photographer dorang. Tunggu je la nanti. Then kami tak melepaskan peluang amek gambar ngan pengantin baru sorang ni. Amek berkat~~ :p

---next, turn siapa???---
*sape nak tolong jawab?

Buat Puan Fahana dan suami, kami mendoakan semoga kebahagiaan berkekalan ke akhir hayat.
p/s: cepat2 dapat baby! (:


Balik dari wedding Ana, kami merayap plak g Ikea. Believe it or not, ini kali pertama aku g Ikea. Uhuks. Kesian gile kat aku -_-!

---geng merayap ke Ikea---

Pegi Ikea tak lengkaplah kalau tak makan meatballs die kan. Versi tamak, beli 10. Tapi tak mampu abeskan sume. Berjaya makan 9 je. Perut aku da kembung minum air banyak sangat.

---pasni bley melantak lagi^^---


*notakaki: aku kena wat label baru kat blog ni which is 'WEDDING'. Aku dengar2 tahun depan lagi ramai kawan2 nak kawen. Wee~~~

aku?? jangan tanya!

No comments: