01 September 2010

Welcome to September!

"Benvenuto a settembre"

"Welkom tot en met september"

"欢迎至9月"

"Bem-vindo a setembro"

"9月へようこそ"

"Selamat Datang September!"

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di udara September ini. Syukur kehadrat-Nya.

Insya-Allah 10 September nanti kita akan menyambut lebaran. Hari kemenangan buat umat Islam setelah berpuasa sebulan di Ramadhan. Pastinya ini yang paling dinanti-nanti oleh kita semua (:
Selamat Hari Raya Aidilfitri! (ucapan in advance)

To all September's baby.......especially ---->

♥ my beloved youngest sister, Bella (25th Sept) 10
♥ only-me-know-who (14th Sept) 2*
♥ IP's Zahir (19th Sept) 24
♥ IP's Kaber (16th Sept) 22
♥ Jenan's 0105 Farah (03rd Sept) 22
♥ Jenan's 0105 Wahida (11th Sept) 22
♥ Miss Farah Liyana (24th Sept) 27

dan pada semua lah yang sambut hari jadi di bulan September.......

HAPPY BECOMING BIRTHDAY!

anonymouS:: Be happy always!

31 August 2010

Break fast meal -Part 3-

Diam-tak-diam, pejam-celik-pejam-celik, dahh nak masuk minggu2 terakhir Ramadhan. Maksudnya, tinggal seminggu lebih saja lagi untuk kita semua berpuasa. Rasa-rasanya time ni mesti semua orang dah sibuk2 buat persiapan menyambut lebaran kan?
Mak2 sibuk buat kuih raya, jahit langsir baru, beli perabot baru. Anak2 pulak sibuk mintak baju raya baru, main bunga api, mercun (urmm, yang ni sejak mula puasa dah start kot...)

Saya?? Baju raya belum beli lagi...kuih raya pon belum buat lagi. hihihi...
Ok2, berbalik kepada tajuk asal post ini adalah tentang makanan berbuka. Bukan pasal hari raya. hehe...

Day 15
-Char kue teow
-Cempedak goreng
-Soya bean

Day 16 (makan kat kedai sebab ayah demam, xde mood nak masak)
-Mee hongkong
-Sate, kek oren
-Carrot susu

Day 17
-Bihun Singapore, ayam golek
-Kuih cara
-Carrot susu

Day 18 (kat kedai selepas shopping di Batu Pahat)
-Nasi lemak ayam goreng
-Sate
-Apple juice

Day 19
-Roti pita, baked beans
-Cempedak goreng
-Soya bean

Day 20
-Spaghetti bolognese
-Kek kiwi
-Longan

Day 21
-Mee kungfu, cream of mushroom
-Kuih lompang, kole kacang
-Ribena

Day 22 (makan kat kedai sebab sume blur xtaw nak makan ape :p)
-Nasi ayam Haji Ali
-Bubur lambuk
-Teh ais

p/s: warna rasmi baju raya tahun ini ialah BIRU (:


anonymouS:: rebut juga peluang di malam Lailatul Qadar.....

Mengharunginya...

tepatkah keputusan untuk lari dari kenyataan?
walaupun ia sungguh pahit. harus jua ditelan.
walau sesukar mana, pasti ada hikmah disebaliknya.
tapi.....
ia amat sukar. terlalu sukar.

"Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang"
(Dewa- Hadapi dengan senyuman, 2006)


Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-53


♫♫♫ tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

hari mulia negaraku merdeka.....♫♫♫

MERDEKA!!

MERDEKA!!!!

MERDEKA!!!!!!!!

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53!
31 Ogos 2010

anonymouS:: merdekakan diri kita, jiwa kita dan pemikiran kita dari segala bentuk penjajahan!

30 August 2010

My sis (bleeding nose)

Last few days, masa kitorg tengah bersahur suddenly my youngest sister punya hidung kuar darah...panik jugak kitorg seketika sebab tak pernah jadi sebelum ni. Die pon sehari dua ni nampak cam lemah je. Makan pon tak banyak (macam biasa). Yela, cuaca sekarang ni kalau panas, sepanas-panasnya. Kalau hujan, selebat-lebatnya. So my sis demam. Badan pon panas je...
Masa hidung die tengah kuar darah tu, saya cakap suruh die dongakkan kepala (sebab masa sekolah dulu saya ade sorg kawan ni yang slalu gak la alami nose bleeding ni n saya slalu nampak die wat camtu). Tapi my mum cakap jangan. Biar je darah tu keluar. Jangan 'paksa' untuk stop. Then saya pun amek ais, balutkan dalam towel kecik n tuam kat dahi die (untuk sejukkan badan die sket). Kesian sangat kat die.....

Here's some info pasal nose bleeding ni......


Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.

“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.
Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.

Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?

-Picit bahagian bawah hidung
-Tekan hingga terasa tulang muka
-Mendongak dengan kepala menegak.
-Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
-Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
-Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.

Plus, dalam cuaca yang tak menentu sekarang ni, perbanyakkan la minum air masak....

anonymouS:: jumpa pakar jika pendarahan ini kerap berlaku.
Daisypath Anniversary tickers