03 July 2012

Whoaaa!!!!

Hello blog!!
Hello all!!!!!!

Muahaha....

Last post adalah pada pertengahan Mac lalu. Now is already JULY!!

Ke'busy'an serta kemalasan melampau telah menyebabkan blog ini bersawang, berhabuk, berdaki, berlumut, dan sebagainya. Haha...

Tapi cam tak sangka...

Rupanya, aku dah ade blog ni dua tahun!
Wee~~~


##sedang berusaha merajinkan diri untuk update blog sekali sekala disamping tugas hakiki aku sebagai full-time postgrad student (:

12 March 2012

Trip to Japan! -Part 1-


---HERE WE GO!!!---
*dalam beg kecik yang aku bawak tu berisi satu bucket ayam KFC okayy!

Bertolak dari LCCT 26hb Feb pukul 8.20 pagi. Touchdown kat Kansai Airport kol 3.45 petang. (Beza waktu antara Jepun ngn Msia sejam je. Jepun awal sejam)

Sampai je kat airport lepas siap2 cek2 kastam ape sume, abang dah ready menyambut kitorang. Hihi...

For the first night, kitorang tido kat budget hotel kat Osaka. Sebab kalau nak straight g Nagoya cam da lewat. So malam tu, kite g merayap kat bandar Osaka dulu.

---the tourist: me n Syida---

Tempat tujuan: Umeda Floating Garden Observatory.
Naik atas bangunan tu, tengok lampu2 bangunan je la. Tapi cantik sangat! Sejuk plak tu. Die ade tempat yang dalam bangunan untuk jalan2. Ade gak yang open punye. Tempat yang open tu memang sangat amat sejuk la. Malam2 kan...


---view bandar Osaka di malam hari---

---muka tahan sejukk---
Yang Superman tu takpe. Die dah biasa. Hahaha...

Next day, sebelum gerak ke Nagoya, sambung jalan2 kat Osaka lagi. Kali ni, g Universal Studio Japan. Tapi tak masuk pon la. Sebab mahal, n cam ramai orang je. Hihi...So kite amek2 gambar je...

---Hello USJ!---

---Globe kat sini berpusing, kat USS die statik je---

Penat berjalan, perut pon lapar, abang bawak kitorang makan kat restoran yang ade meal Jepun. Nampak cam sedap. Lapar punye pasal kan. Tapi malangnya tekak masih belum dapat menerima ikan tuna mentah itu. Huhu...

---itadakimasu~~---
Pastu makan tak habes. Haha...

Next, bergerak ke Osaka Castle pula. Cam biasa, as a tourist, kita amek gambar banyak2. Siap ade security officer kat situ offer diri nak tolong amek gambar kitorang. Memang baik betol orang tu! Dhla die cakap hape sepatah pon aku tak paham. Just dari body language je la aku paham yang die nak tolong amek gambar kitorang. Layan je laa.....

---muka senyum paksa (-_-)! ---

---err, blakang tu muzium kot. tak ingat. haha---

Pukul 7.20 sharp, kitorang naik bas n gerak ke Nagoya. Disebabkan jem teruk sebab ade accident, perjalanan yang sepatutnya hanya 2 jam, jadi sampai 4 jam!!! So kitorang sampai Nagoya dekat tengah2 malam. Kitorang tumpang tido umah kawan abg sepanjang kat Nagoya ni. Sampai umah je ape lagi, rehat, tidoq laa....!


to be continued.....^^

06 March 2012

Banyak benda tertangguh...

....kat blog ni.

Kalau kat real life aku memang laaaagiiiii laahhhh banyak benda tertangguh!
To-do-list aku memang dah panjang berjela.....
Muahahaha....

-cite pasal kat Bandung dulu tak abes lagi
-konon nak wat 30 days challenge tu pon tak start lagi
-aku rasa entry aku g Padang-Bukit Tinggi tu pon cam tak abes lagi. Haha!
-nanti nak update entry g Jepun plak

Ahh...naseblaaa....................!

23 February 2012

Syarahan Perdana Tun Mahathir

*entry ni dah berada dalam draft dekat 2 minggu lebih...:p

Seperti yang tertulis di tajuk, aku nak cite pasal Syarahan Perdana Tun M. Event ni anjuran FSG punye Post-Graduate Society n event ni sangatlah gempak! Bukan setakat dak2 kat UiTM je dijemput, siap bawak dekat 20 bas budak2 dari UiTM Kuala Pilah.

Aku menyibuk nak jadi AJK. (Haha...) Sekali kena jadi AJK Pengangkutan yang bawak budak2 dari K.Pilah dtg Shah Alam. Kire ok la kan, dapat 'jalan2' sampai Pilah. Pastu dapat tido kat Kolej Mawar plak (sebab kena 'jaga' dak2 tu). Yang tak best nya, diorang nak balik Pilah pon kitorang kena ikut hantar sekali. Adehh...macam budak2 kecik la plak. Tapi dah orang atasan suruh, kami ikut je la. Huu....

Dewan full yang amat. Aku pon dok kat tangga je...

---view dari tempat aku duduk---

Pastu bile da abes majlis tu, memang semua orang kerumun nak mintak t/tgn or nak salam ngan Tun. Naseb la kami AJK, so cam boleh berada 'dekat' sket la ngan Tun. Hihi...


Masa Tun lalu depan aku tu, aku dengan jayanya menghulurkan tangan dan beliau menyambutnya! Hahaha...Gile eksaited kot....

---^^---

Nak baca berita full- sini.

15 February 2012

Come to mama my NEW BABY!!

Hari tu kemain konon2 cakap kena lupakan birthday wishlist 2011.
Tapi malangnya daku tak berdaya mengawal nafsu untuk beli jugak!
*cakap tak serupa bikin! Haha...


Inilah baby kesayangan saya yang baru. Wiiii~~~

---'birthdate': 12022012---


*okdah.cukup2latuhabiskanduit.pasnisimpanduituntukkawenplakye.hahaha...

14 February 2012

Mini gathering IP @Port Dickson

05/02/2012

Berjaya jua kami membuat keputusan untuk wat gathering ni selepas beratus2 email berantai antara kitorang. Muahaha....Tempat seperti biasa, kat Pantai Sri Purnama macam yang kitorang penah pegi sebelum ni n masa time kitorang degree dulu.

Port kitorang kat belah atas. View cantikk~~

---air tengah surut---

Aku ngan adik aku antara yg sampai awal la kat pantai tu. Man, Zahir, Nash ngan Nik tu tak kira la sebab dorang memang dah bermalam kat situ. Lepas aku, Ana ngan hubby die sampai. Pastu Leh, Aju ngan Amat yang sesat pon sampai! Pastu Hajar ngan partner die n last skali sampai ialah orang yang duduk 'paaaaling jauh' dari PD, K.Ana (umah kat Kuala pilah je kott...)

Masing2 bawak bergelen-gelen makanan! Hahahaha...

Meh aku nak sebut satu2 makanan yang ade. Nasik lemak, makaroni goreng, maggi goreng, ayam bakar, ikan bakar, kerang bakar, jagung bakar, sandwich sardin, naget goreng, buah, rojak. Tu belom kira lagi tang makanan2 ringan, jajan2 sume. Banyak tak banyak? Hahaha...

---macam nak berkelah seminggu...---

---makanan.....makanan....makanan...---

Aktiviti: of coz la mandi-makan-mandi-makan-mandi-makan. Muahaha...Ana ngan hubby die pon sanggup p beli bola, kitorang main bola dalam air. Enjoy gile!

N salah satu yang amat kami nanti2kan iaitu, BANANA BOAT!!!

---ooo...yeaahhh---

Laju gile kot boat ni. Dahla die bagi jatuh 2 kali. 2 kali jugak la aku telan air masin. Pastu terus rasa loya, sebab makan banyak sangat, pastu muntah! Huhuhu...

Next, kat tepi pantai tak sah kalau tak amek gambar lompat2 kan..

---antigraviti---

Dalam pukul 5 lebih tu baru aku naik, salin2 baju ape sume, kemas2 barang. Penat gilee!! Dahla pastu aku kena drive balik Kluang plak. Adehh....

Last shoot, amek2 gambar kat tempat yang kitorang bergambar 2 tahun lepas.

2 years ago...
---03/02/2012---
Now....
---05/02/2012---

Selesai semua dekat kol 7. Ayah aku da bising sebab nanti aku sampai umah malam. Haha....Sepanjang jalan tu memang ngantuk gile!!! Dahla malam before tu tido lambat, bangun plak awal, pastu bersuka ria tak hengat dunia kat pantai plak. Wuwuwu~~~

Next plan ---> Broga Hill!

Credit gambar: Redbaby Encik Leh.

p/s: kali ni tak berapa sunburn sangat sebab dengan semangatnya menyapu sunblock berlapis2 tiap kali nak turun air. Hoho...

01 February 2012

February; a month of LOVE


By loving someone, you already taking a risk whether to be loved, or not. Rejection exists people. Face it. Accept it. Live it. If not, don't try to make the first move by loving someone.
Regretting after loving someone, that's stupid.

<3

(':

26 January 2012

Berendam pula di Hot Springs Sg Klah

Lagi aktiviti sempena cuti tahun baru cina. Hari sebelumnya dah pegi Sg Chiling. This time pegi mandi manda lagi kat Sg Klah, Sungkai.

23/01/2012 Isnin

Memandangkan time tu public holiday, orang ramai gileee kot! Nak beli tiket masuk pon da beratur panjang camni...

---panas terik plak tu...---

Masuk2 dalam je, tengok memang penuh dalam kolam tu ngan manusia. Adehh...agak spoil jugak la mood seketika tengok orang ramai sangat.

---see!!!---

Nasib baik gak kat tempat yang air dalam sket (4 ft.) tak ramai orang sangat. So okayla. Boleh terjun kat kolam yang dalam.

---air agak keruh...erkk!---

---terjunnn!!!!!---

Yang ni kolam air terjun biasa (sejuk), kat satu side lagi ade kolam hot springs nye. Lepas da berendam air sejuk ni kitorang p kolam air panas plak. Kolam air panas ni ade banyak. Yang kolam air panas yang besar tu temperature die panas yang so-so je la. Kira boleh la nak rendam badan slow-slow.

Die ade gak kolam2 lain yang kecik2, temperature agak tinggi la. Ade satu kolam tu die tulis 42-50 degree celcius. Memang panas hoii! Nak celup kaki 5 saat pon aku tak tahan! Hahaha....

Siap ade kolam tu memang khas untuk rebus telur! And ade gerai jual telur, siap pack ngan kicap untuk wat telur separuh masak. Hihihi....Memang ramai la bawak telur berpapan-papan p rebus kat situ.

*takde langsung gambar kat area kolam air panas. Haha...

---tangan2 sunburn---

Seperti biasa, for more info, boley klik sini. (:

25 January 2012

Mari ber'chilling' di Sg Chiling

Cuti sempena Chinese New Year, aku balik Bukir Beruntung je, umah maksu. Sebab family aku plan nak g jalan2 ngan family maksu aku. Family kitorang ni memang kaki jalan! Hehehe....

22/01/2012 Ahad

Maksu cakap arini kite pegi air terjun. Then die cakap lagi, before ke tempat air terjun tu kena ala2 jungle trekking, lalu kat sungai, redah jeram sume. Wow, sounds adventurous! Hihi...

Ok, ni lintasan pertama. Tak dalam sangat. Air setakat paras peha je...

---neves abes!---

Total sume ade 6 lintasan tak silap. Yang mencabar nya sebab air deras, n air agak keruh. Maybe sebab baru lepas hujan malam tadi. So agak susah la nak seberang tu, tak nampak batu2 kat bawah tu. Main pakai redah je. Hahaha....

---yang ni agak dalam, dekat paras dada jugak, n arus agak deras---

Nasib baik la masa nak seberang tu, ade satu group ni tengah melintas jugak. So kitorang 'menumpang' dorang skali la. Hihihi...

---muka bahagia berjaya melintas sungai dengan jayanya---

---wahh, ade badang angkat balak!---
^^

Perjalanan nak sampai ke air terjun tu dekat sejam setengah jugak. Penat tu memang penat. Tapi sebab excited, tak terasa kepenatan tu.

Akhirnyaaaa, tiba di air terjun!

---tinggi nye air terjun ni.....---

Waaahhh...memang kagum abes tengok air terjun ni. Memang berbaloi la berjalan lama2 untuk sampai air terjun ni. Cantikk!
Disebabkan penat, before mandi sume makan sandwich dulu, baru terjunn!!

---yiiihaaaa....---

Da puas berendam sume, tiba masa nak balik. Baru terfikir, alamak....takde jalan lain ke untuk balik?? Kena redah sungai cam tadi gak ke? Huwaaaa.....penat ni....T_T

---penatt tapi hepii...---

So far, memang best!!!! Tapi sampai2 umah petang tu memang semua pon terdampar kepenatan. Hahahaha.....

Nk tau lebih lanjut pasal Sg Chiling ni? Klik sini. (:

18 January 2012

Jimmy dapat surat cinta

Pagi. Macam biasa, aku turun dari umah pukul 10 lebih. Tengok2 kat wiper kereta ade satu kertas. Cuak dahh....Harap2 kertas iklan biasa....Rupa2nya saman!!!

---surat cinta dari MBSA untuk Jimmy---

Yang bestnye, die saman pukul 10.25 pagi, aku turun bawah pukul 10.45 je kot! Adehh....lewat sikit je. Huhu...

---takmo bayar. takmo bayar---


Jenis kesalahan: Meletakkan kenderaan bermotor bukan pada tempat yang telah disediakan di dalam kawasan taman.

Masalahnya...."kawasan taman" aku ni mane penah cukup tempat letak kereta. Ala, lagipun aku parking tak kacau jalan kot. Apsal nak saman plak. *tak puas ati T_T

60 ringgit. Kalau aku taknak bayar boleh takk? Hahaha...

14Wordless Wednesday



17 January 2012

Tag nama guna benang kait

Ingat lagi takk dengan benda ni???
Popular gile kot time2 aku sekolah rendah dulu........

---aku panggil benda alah ni tag nama sebab tak tahu nak panggil ape---

Aritu la masa jalan2 kat Daiso, ternampak benang kait ni. Macam2 warna ade. Tu yang aku tertarik tu. Then teringat pulak zaman2 sekolah dulu, time gile wat nama ni. Ter'excited' plak. So beli la dua warna dulu sebab aku pon tak sure aku ingat lagi tak camne nak construct huruf2 tu. Hehe....Tapi nampaknya aku berjaya! Yeayy! (:

So I made these for my friends........

---fara n dieb itu saya---

Masa dulu, siap boleh order lagi kat kawan2 (bagi orang2 yang tak tau buat). Siap boleh pilih nak kaler ape lagi....Satu huruf 20 sen. Hihi....

---untuk abang n bella---
*ade jugakk nama aku kat sini. Haha....

Manakala ini pula untuk Jimmy ku sayang! :p Actually nak try wat love tu. First time buat. Nasib baik jadi (: Pastu terfikir la nak letak nama sape...Last2 buat nama Jimmy je. Senang. Tapi huruf 'M' tu pon susah jugak. N nampak buruk je. Kena adjust lagi pasni...

---nanti saya gantung kat awak ye Jimmy <3---

So overall ini yang dah buat setakat ni. Pasni nak wat nama lain pulak. N rasanya nak beli warna2 lain pulak. Boley wat bisnes :p Sape nak order??? Satu huruf 50 sen jeee.....
---i'm loving it!---

Ade sape2 nak order???????? :p

p/s: nak jadikan benda ni hobi baru la. Seronok buat benda ni. Dan seronok jugak bile tengok orang seronok dapat hasil tangan kita (:

09 January 2012

01 January 2012

2012 dan azam

#postpertamatahunduaribuduabelas

Masuk tahun baru, semua nak cakap pasal azam baru.

So aku nak cerita tak pasal azam tahun 2012 aku?

Urm, tak payahlah kot....
Simpan sediri je la.
Segan nak cerita.
Hehehehe...


ps: Apsal ramai sangat yang berazam yang ade kaitan ngan kawen? Dalam list aku takde pon lagi...huu....

Daisypath Anniversary tickers