This is my all time favourite teacher!
---jangan memain! kena sebat kang!---
Tengok...garang tak muka cikgu ni??? Garang kan? Garang kan? Masa sekolah dulu, student memang takut ngan cikgu ni. Sampai anak die pon dapat tempias skali. Kalau nampak je anak die, mula la terdengar bisikan2 syahdu "ehh anak cikgu ali tu..."
Heee....itulah ayah saya!
Ayah saya ajar English. Masa saya darjah 1, ayah saya pernah ajar nursery rhymes. Masa tu tak silap ayah ganti cikgu BI kitorang yang bersalin kot. N ayah saya juga dulu cikgu disiplin. Tu yang budak2 takut kot. Hee....
Ehh...ehh...ibu saya pon cikgu jugak!^^ Ibu ajar Sains ngan BI.
Ni sekolah rendah saya masa darjah 1 sampai darjah 3 (1995-1997). Satu sekolah ngan ayah.
---sekolah ni jauhh dari umah---
Masa darjah 4, saya pindah sekolah. Kali ni sekolah nye dekat gile ngan umah. Depan umah je!! Jalan kaki je g sekolah. Lalalala~~~
---darjah 4 sampai 6 (1998-2000)---
Pastu naik Form 1, masuk SMK Jalan Batu Pahat. Now sekolah tu da tukar nama jadi SMK Tun Hussin Onn. N dengarnya sekolah tu da jadi sekolah sukan sekarang. Kira budak2 yang masuk situ sume yang aktif sukan. Urm, aku kat sekolah ni kejap je. Dalam 2 bulan. Tapi sempat la amek ujian awal tahun tu. Siap dapat no 1 lagi. Hihihi....
Hujung bulan 2, dapat tawaran masuk Jenan. Masa tu tak fikir ape dah, jauh pon jauh la. Sebab naak sangat masuk SBP. I was inspired by my brother yang dapat masuk SBP, kat SAKTI (SM Sains Kota Tinggi). Tengok die masuk SBP, aku pon nak jugakla...
So, mendaftarlah saya di Jenan. Wait! Ape Jenan tu???
---SMSAH aka Jenan!---
"Belajar dan berbakti"
2001-2005
Biasanya hanya local people yang panggil SMSAH ni Jenan. N among budak2 SBP pon tak berapa tahu nama timangan SMSAH ni Jenan. So lebih kurang 5 tahun la aku menuntut ilmu kat Jenan ni...
Lepas kuar result SPM, aku masuk sini pulak....
---Batch 2006-2007, F5P1---
Now, here I am. Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Dah habes
degree 3 tahun, sekarang saya student postgraduate pulak....
Jadi sepanjang perjalanan saya menuntut ilmu ni terlalu ramai guru2, pendidik, pengajar yang telah membimbing saya. Ni blom masuk lagi cikgu tadika, cikgu sekolah memandu....TERLALU RAMAI kalau nak tulis satu2 kan?
So tujuan utama kat entry ni adelah sebenarnya nak ucap ribuan-jutaan-million-trillion-zillion TERIMA KASIH pada semua cikgu2 yang pernah mengajar, mendidik diri ini. Juga untuk ibu n ayah. Tanpa mereka, tak mungkin aku ade di tempat yang aku ade sekarang ni. Jasa bakti mereka, hanya Tuhan yang mampu membalasnya! (':
"You guys are like candles - it consumes itself to light the way for others .
Thank you..."