30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA 1432H!

Buat semua, sepuluh jari disusun, ampun maaf dipinta. Kalau ada terkasar bahasa, ade yang terasa hati, ter'kecik ati', mohon maaf sangat2 yea...

Moga bergembira disamping yang tersayang di hari raya ini! (:

---happy. semua ada---
Tema tahun ni: maroon ^^

Cukup dalam gambar ade 7 orang tahun ni. Macam tahun lepas, gambar raya ade 6 orang je, abang takde coz malam first day raya tu baru die balik. Actually yang tahun ni pon aku tak tau die balik. Tetibe je sehari sebelum raya tu, aku tengah dok anyam ketupat kat dapur, tetibe abang aku muncul! Rupa-rupanya yang pagi tu ayah ngan ibu aku kuar pepagi tu pegi amek abang aku kat airport Senai rupanya...Ciss~ Wat surprise orang je.....

Raya kali ni sempat la jugak buat 3 jenis kuih raya. Hihihi *bangga.
Hidangan pagi raya macam biasa, ketupat, kuah lodeh, sambal kacang bersotong, rendang ayam n kari daging. Yummy!!! *maaf tiada gambar. huhuhu...

---kami lima beradik---

Last but not least, have a nice dayy!!

Kuiz sempena hari raya: Berdasarkan kedua2 gambar di atas, sila susun siapakah adik, siapakah kakak/abang ((:

28 August 2011

Bertemu kembali selepas 14 tahun.

Ni kisah berbuka puasa @reunion bebudak SKSL batch 1995-2000. Aku sekolah kat SKSL tu sampai darjah 3 je. Kira dalam tahun 1995-1997, pastu darjah 4 sampai 6 aku pindah sekolah lain. Nasib baik la ade facebook, boley keep in touch balik ngan kawan2 yang dah lama gila tak jumpa. N nasib baik jugak dorang still ingat aku. Yela, lama kot tak jumpa. Aku pon sekolah menengah bukan kat Johor. Tercampak kat Kedah nun. (walaupun aku tau mesti ramai yang ingat kat aku pasal ayah aku. hahahaha....nanti aku nak wat special entry pasal ayah aku. hihi...)

Mula-mula aku segan gile kot nak jumpa dorang. Tapi, orang dah ajak kan, takkan aku tak g. Lagipun ntah bile lagi aku leh jumpa dorang ramai2.

Venue: SDS Bakery, Kluang.

Ni yang dok semeja ngan aku...

---antara geng rapat dulu---

---meja satu lagi---

---ni geng budak nakal. hihi---

Apepon, diorang sume sangat sporting. Memang happening gile la kitorang wat bising tanpa rasa bersalah dalam kedai tu. Hahaha...

---antara girls yang ade---

---memang hapPENING!---

Lepas berbuka n solat maghrib tu, dorang ajak lepak kat dataran. Saje nak borak2, amek2 gambar. Tapi malangnye aku tak ley join diorang lagi sebab aku datang tadi pon ngan adik aku (adik aku g berbuka ngan kengkawan die). So aku pon balik la pastu....

Last pose sebelum pulang^^

---say cheeze!---

Pasni ntah bile ley jumpa lagi kann~~~ Hurmm.....

22 August 2011

No updates.

Lately saaangat jarang jenguk blog. Tak tau nape. Nak kate busy sangat, takdela busy mane pon. Hari-hari pegi fac tak wat ape pon. Huuu.....

Maybe sebab sekarang ni slalu tido awal kot. Before 12, mesti da tido. Kalau dulu, mau dekat kol 1 lebih baru reti nak tido. Well, sekarang kan bulan puasa, so taknak amalkan tido lewat tu sangat sebab takut terlajak tak bangun sahur. Kan naya tu....

Rabu ni dah nak balik Johor. Entah sempat tak aku nak update Part 2 cerita ni. Hahaha...Yela, aku kalau da kat umah, internet, henfon memang jauh la dari pandangan aku. Macam takde perasaan langsung nak mengonline. Haha

Ok, da pukul 12 lebih lebih da ni. Time to sleep. Daa~~~

ps: Apsal blogger aku cam sangkut2 ehh? Line internet ok je. Sangkut2, lembap gile! Now, even nak type pon aku type kat Notepad dulu baru paste kat sini. Adoiiyaii~~

12 August 2011

Tragedi hampir ditinggal bas ekspres -Part 1-

Kali ni seperti yang dijanjikan, aku nak cite pasal kes aku hampir kena tinggal bas masa nak balik raya. Cuba korang bayangkan, ape korang akan wat kalau korang kena tinggal ngan bas, esok lusa dah nak raya? Nak cari tiket lain? Agak2 di saat2 genting sume orang nak balik kampung tu ade lagi ke tiket? Nangis sorang2 kat stesen bas dengar lagu ‘Ku pohon restu ayah bonda’ dendangan Mamat? Raya kat stesen bas? Huhuhu…

Nasib aku baik sebab aku tak mengalami perkara2 sadis tersebut. Mintak jauhh~~

Camni kisahnya…..aku kan baru pindah rumah lepas berlaku macam2 kejadian tu kan? Nak kata busy nye kitorang time tu, sampai kunci umah pon tak menyempat nak duplicate. Sume share2 je. Sampaila satu hari ni di mana malam nye aku akan naik bas balik Johor, aku mintak tolong kawan aku tolong duplicate kan kunci. Kang senang pasni tak payah nak share lagi kan.

So petang tu bile abes klas, aku balik la umah sorang2. Sebab housemate aku yang lain ade yang dah balik kampong dah, ade yang kuar buka puasa ngan member2 die. Tak kisahla tu kan. Sebab aku pon nak kemas2 barang then terus g stesen bas.

Kunci umah ade dua. Satu mangga yang Solex tu, and satu lagi kunci pintu kayu. First kena bukak, mangga Solex. Punye laa susah. Disebabkan tu kunci baru n aku tak penah try lagi before ni, maybe die ‘salah buat’ kot kunci tu. Agak lama jugak la aku dok godek2 Solex tu. Kalau orang tak kenal aku tengok, mesti ingat aku nak rompak. Huhuhu…..Last2 boleh jugak. Alhamdulillah….

Next, bukak kunci tombol pintu kayu pulak. Kali ni memang betul2 die salah buat kunci tu. Nak cucuk masuk pon tak boleh. Memang tak boleh wat ape. Aku da gelabah gile time tu. To make it worst, aku lupa bawak handphone aritu. So memang tak boleh nak contact housemate aku. Last2 nak tau aku wat ape? Aku ketuk pintu jiran depan umah aku. Dahla tu umah bujang. Malu giler kot. Aku cakap ngan sorang brader tu nak pinjam handphone die nak contact housemate sebab aku tak boleh masuk umah.

Phone number housemate? Alamak!!! Mane aku ingat! Sume dalam memory handphone kot. Tiada dalam memory aku. Huwaaa……..Nasib baik sangat2 time tu, fikir punye fikir, aku teringat phone number coursemate aku, Tuyah. Aku call die suruh die tolong contact housemate aku. Ntah nape aku ley ingat nombor Tuyah ntah. Hahaha….

Tuyah gtaw die tak dapat contact housemate aku. Pulakkk…Camne ni. Aku pulang balik henfon brader tu sebab die da siap2 nak kuar buka puasa kat luar kot. Aku, mundar mandir je la depan umah fikir camne nak masuk umah, camne nak kejar bas nanti. Huhuhu….

Pastu, ade la 2 3 orang brader depan tu baru balik keje kot. Dorang tegur la aku, nape? Tak boleh masuk umah ke? So aku mintak la tolong dorang wat la ape2 pon bagi boley bukak pintu tu. Pakai kad ke. Aku mane reti kan.

Boley plak dorang cakap,meh masuk (umah dorang) buka puasa dulu. Da nak masuk waktu ni, tak elok lewat2kan buka…Aku da cam err, xpela... Gile ape aku nak masuk umah dorang. Lagipun aku tak kisah sangat buka puasa tu sebab aku cuti aritu. Tapi dorang insist jugak aku buka puasa dulu. Dorang siap letak satu kerusi betol2 tepi pintu dalam umah dorang, suruh aku duduk situ. SEGAN GILE WEHH!! Memang sejarah la aku sorang2 pompuan masuk umah bujang. Huwaaa…..Dorang bagi aku air segelas, kuih donat sebijik. Lepas da buka ala2 kadar tu, dorang pon berusaha la selak tombol tu pakai kad. Macam2 kad kuar. Siap pembaris plastik skali. Selak punye selak, at last boleh jugak. Thank you soo much la brader. I sayang you guys lebey.

Masuk je umah, terus capai apa2 yang patut, sumbat dalam beg. Tengok jam, macam da lewat. Hati da berdebar2 gile.

Ape yang jadi seterusnya????

Kena tunggu…..

Bermacam2 lagi onar ranjau duri2 kehidupan perlu dilalui…

To be continued……^^

07 August 2011

Broadband yang bermasalah

Baru update status ni kat fb 2 hari lepas. Kali ni nak membebel plak panjang2 kat blog. Muahaha....
Ye, seperti yang tertulis di tajuk di atas, broadband aku now tengah problem. Tak tau la apa puncanya. Lambat gileeee nak loading, die punye upload ngan download speed pon seloww gile.
Benda ni jadi baru2 ni je. Rasanya start bulan puasa ni. Sebelum ni ok je. Nak kata sebab aku pindah umah baru die jadi camni, tak kot. Nak kata tak bayar bil. Aku bayar kot! Or to be precise, AYAH aku bayar kot!
So manakah punca ke'slow'an broadband ini?

Modem aku mogok lapar hape? Ishk~ Nasib baik tengah bulan puasa sekarang ni. Sabar je la banyak2...

06 August 2011

Kenangan di bulan Ramadhan.

Bile cakap pasal kenangan di bulan puasa ni, mesti kita tersenyum2 teringat balik kisah kita puasa masa kecik2 dulu kan? Curik2 minum air, susah gile nak bangun sahur, main kat luar sampai lupa nak balik umah pastu kena kunci takleh masuk umah (aku ler tu. Hihi!). Macam2 kan? *nanti aku cerita pasal kisah2 ni...:p

Ape yang aku nak cerita kat sini ialah cerita bulan Ramadhan 2 tahun lepas. Masa tu aku tengah wat degree lagi. Kisahnya, dulu aku hanya duduk hostel masa first year je. Pastu pindah berdikari dok luar. Second year, duduk rumah sewa kat Seksyen 2. Then pindah sebab kontrak da abes n ade ‘masalah dalaman’ sket. Third year first sem, aku pindah umah Seksyen 3. Ketika inilah berlakunya tragedi. Huhuhu…..

Umah tu besar, siap renovate jadi ade banyak bilik. Bape orang yang duduk umah tu pon aku tak sure. Sebab ramai sangat. Tapi tak kisahla sebab masing2 pon buat hal masing2. Sewa pon tak brape mahal. Sume kira ok je la….Sampailah satu hari ni kitorang dapat tau yang tuan umah ni rupa2 nya ade kes ngan polis. Pastu air umah tu rupa2nya air curi bawah tanah. Ape lagi, memang kena potong la pastu.

Yang jadi mangsa of coz la kitorang yang sewa umah tu. Air da takde, kitorang (aku ngan coursemate 4 orang) terpaksa ‘merempat’ tumpang bilik kawan2 kitorang yang duduk hostel. Pastu dalam tengah2 sem tu kena cari umah sewa lain. Memang gelabah gile kitorang. Siap mintak lecturer postponed quiz n test untuk kitorang. Memang sangat tak terurus time tu. Nasib baik kawan2 n lecturer faham situasi kitorang.

---sekadar gambar hiasan---

At last, kitorang jumpa jugak umah sewa baru kat flat Seksyen 7. Umah da dapat, timbul plak satu lagi masalah- camne nak angkat pindah barang2 kitorang ke rumah baru? Umah plak kat tingkat 5. Hamek kaw. Nasib baik jugak time tu kawan ayah Nani, die ade lori. So mintak tolong pakcik tu.

Barang2 kitorang berempat, dua trip lori 5 tan! Banyak tak banyak tu….Pastu nak angkat naik atas lagi. Bayangkan lah, bulan puasa time tu. Penat gile…Kitorang angkat barang dari umah lama time petang. Plannye nak angkat naik umah baru lepas berbuka. Time berbuka pon kitorang tak makan banyak. Just minum air ngan makan roti sket. Sebab taknak makan banyak sangat, nanti senak perut plak. Rasa kesian gile kat kitorang….T_T

Nasib baik pastu ade 3 orang dak laki kosmate kitorang datang tolong angkat barang. Memang berterima kasih banyak2 kat diorang sebab sanggup tolong kitorang. N ade jugak budak2 yang duduk tingkat bawah tu tolong skali.

Lepas siap2 angkat barang sume, kitorang mandi2, then baru dapat melantakk makan banyak2. N blanje la jugak kawan2 yang dah bersusah payah tolong kitorang tu. Naik atas, dalam semak2 umah tu kitorang redah je tido kat hall ramai2. Hahaha…..

Dan demikianlah kisah aku di kala awal bulan Ramadhan 1430H.

Pasni nak cerita plak kenangan hampir kena tinggal bas ekspres nak balik raya. Huuu….

Daisypath Anniversary tickers