26 January 2012

Berendam pula di Hot Springs Sg Klah

Lagi aktiviti sempena cuti tahun baru cina. Hari sebelumnya dah pegi Sg Chiling. This time pegi mandi manda lagi kat Sg Klah, Sungkai.

23/01/2012 Isnin

Memandangkan time tu public holiday, orang ramai gileee kot! Nak beli tiket masuk pon da beratur panjang camni...

---panas terik plak tu...---

Masuk2 dalam je, tengok memang penuh dalam kolam tu ngan manusia. Adehh...agak spoil jugak la mood seketika tengok orang ramai sangat.

---see!!!---

Nasib baik gak kat tempat yang air dalam sket (4 ft.) tak ramai orang sangat. So okayla. Boleh terjun kat kolam yang dalam.

---air agak keruh...erkk!---

---terjunnn!!!!!---

Yang ni kolam air terjun biasa (sejuk), kat satu side lagi ade kolam hot springs nye. Lepas da berendam air sejuk ni kitorang p kolam air panas plak. Kolam air panas ni ade banyak. Yang kolam air panas yang besar tu temperature die panas yang so-so je la. Kira boleh la nak rendam badan slow-slow.

Die ade gak kolam2 lain yang kecik2, temperature agak tinggi la. Ade satu kolam tu die tulis 42-50 degree celcius. Memang panas hoii! Nak celup kaki 5 saat pon aku tak tahan! Hahaha....

Siap ade kolam tu memang khas untuk rebus telur! And ade gerai jual telur, siap pack ngan kicap untuk wat telur separuh masak. Hihihi....Memang ramai la bawak telur berpapan-papan p rebus kat situ.

*takde langsung gambar kat area kolam air panas. Haha...

---tangan2 sunburn---

Seperti biasa, for more info, boley klik sini. (:

25 January 2012

Mari ber'chilling' di Sg Chiling

Cuti sempena Chinese New Year, aku balik Bukir Beruntung je, umah maksu. Sebab family aku plan nak g jalan2 ngan family maksu aku. Family kitorang ni memang kaki jalan! Hehehe....

22/01/2012 Ahad

Maksu cakap arini kite pegi air terjun. Then die cakap lagi, before ke tempat air terjun tu kena ala2 jungle trekking, lalu kat sungai, redah jeram sume. Wow, sounds adventurous! Hihi...

Ok, ni lintasan pertama. Tak dalam sangat. Air setakat paras peha je...

---neves abes!---

Total sume ade 6 lintasan tak silap. Yang mencabar nya sebab air deras, n air agak keruh. Maybe sebab baru lepas hujan malam tadi. So agak susah la nak seberang tu, tak nampak batu2 kat bawah tu. Main pakai redah je. Hahaha....

---yang ni agak dalam, dekat paras dada jugak, n arus agak deras---

Nasib baik la masa nak seberang tu, ade satu group ni tengah melintas jugak. So kitorang 'menumpang' dorang skali la. Hihihi...

---muka bahagia berjaya melintas sungai dengan jayanya---

---wahh, ade badang angkat balak!---
^^

Perjalanan nak sampai ke air terjun tu dekat sejam setengah jugak. Penat tu memang penat. Tapi sebab excited, tak terasa kepenatan tu.

Akhirnyaaaa, tiba di air terjun!

---tinggi nye air terjun ni.....---

Waaahhh...memang kagum abes tengok air terjun ni. Memang berbaloi la berjalan lama2 untuk sampai air terjun ni. Cantikk!
Disebabkan penat, before mandi sume makan sandwich dulu, baru terjunn!!

---yiiihaaaa....---

Da puas berendam sume, tiba masa nak balik. Baru terfikir, alamak....takde jalan lain ke untuk balik?? Kena redah sungai cam tadi gak ke? Huwaaaa.....penat ni....T_T

---penatt tapi hepii...---

So far, memang best!!!! Tapi sampai2 umah petang tu memang semua pon terdampar kepenatan. Hahahaha.....

Nk tau lebih lanjut pasal Sg Chiling ni? Klik sini. (:

18 January 2012

Jimmy dapat surat cinta

Pagi. Macam biasa, aku turun dari umah pukul 10 lebih. Tengok2 kat wiper kereta ade satu kertas. Cuak dahh....Harap2 kertas iklan biasa....Rupa2nya saman!!!

---surat cinta dari MBSA untuk Jimmy---

Yang bestnye, die saman pukul 10.25 pagi, aku turun bawah pukul 10.45 je kot! Adehh....lewat sikit je. Huhu...

---takmo bayar. takmo bayar---


Jenis kesalahan: Meletakkan kenderaan bermotor bukan pada tempat yang telah disediakan di dalam kawasan taman.

Masalahnya...."kawasan taman" aku ni mane penah cukup tempat letak kereta. Ala, lagipun aku parking tak kacau jalan kot. Apsal nak saman plak. *tak puas ati T_T

60 ringgit. Kalau aku taknak bayar boleh takk? Hahaha...

14Wordless Wednesday



17 January 2012

Tag nama guna benang kait

Ingat lagi takk dengan benda ni???
Popular gile kot time2 aku sekolah rendah dulu........

---aku panggil benda alah ni tag nama sebab tak tahu nak panggil ape---

Aritu la masa jalan2 kat Daiso, ternampak benang kait ni. Macam2 warna ade. Tu yang aku tertarik tu. Then teringat pulak zaman2 sekolah dulu, time gile wat nama ni. Ter'excited' plak. So beli la dua warna dulu sebab aku pon tak sure aku ingat lagi tak camne nak construct huruf2 tu. Hehe....Tapi nampaknya aku berjaya! Yeayy! (:

So I made these for my friends........

---fara n dieb itu saya---

Masa dulu, siap boleh order lagi kat kawan2 (bagi orang2 yang tak tau buat). Siap boleh pilih nak kaler ape lagi....Satu huruf 20 sen. Hihi....

---untuk abang n bella---
*ade jugakk nama aku kat sini. Haha....

Manakala ini pula untuk Jimmy ku sayang! :p Actually nak try wat love tu. First time buat. Nasib baik jadi (: Pastu terfikir la nak letak nama sape...Last2 buat nama Jimmy je. Senang. Tapi huruf 'M' tu pon susah jugak. N nampak buruk je. Kena adjust lagi pasni...

---nanti saya gantung kat awak ye Jimmy <3---

So overall ini yang dah buat setakat ni. Pasni nak wat nama lain pulak. N rasanya nak beli warna2 lain pulak. Boley wat bisnes :p Sape nak order??? Satu huruf 50 sen jeee.....
---i'm loving it!---

Ade sape2 nak order???????? :p

p/s: nak jadikan benda ni hobi baru la. Seronok buat benda ni. Dan seronok jugak bile tengok orang seronok dapat hasil tangan kita (:

09 January 2012

01 January 2012

2012 dan azam

#postpertamatahunduaribuduabelas

Masuk tahun baru, semua nak cakap pasal azam baru.

So aku nak cerita tak pasal azam tahun 2012 aku?

Urm, tak payahlah kot....
Simpan sediri je la.
Segan nak cerita.
Hehehehe...


ps: Apsal ramai sangat yang berazam yang ade kaitan ngan kawen? Dalam list aku takde pon lagi...huu....

Daisypath Anniversary tickers