*Ayat2 kat atas ni aku copy dari status fb senior aku.
Ehem. Ade cam terasa tak bile baca ayat2 tu? I bet mesti raamai antara kita yang asyik dok fikir pasal raya, berbanding puasa. Kann? Even belum masuk bulan puasa lagi dah excited nak sambut raya. Fikir baju raya nak berapa pasang, nak beli langsir baru, sofa baru, nak beraya umah kawan2, sedara mara, sepupu sepapat, nak kumpul duit raya lagi.
Ye, aku mengaku, aku pon termasuk dalam golongan orang2 yang dok ingat pasal raya je...T_T
So ape persediaan kita nak menjalani ibadah puasa pulak?
Yang penting, niat tu haruslah ikhlas kerana Allah (bukan puasa untuk nak kurus!).
Secara fizikalnya plak, jaga lah pemakanan kita. Sahur jangan tinggal. Aku pon, kalau malas gile nak bangun sahur, aku grab je kurma 2-3 biji, then minum air banyak2. Pastu sambung je la tido balik. Huhuhu....Janganla sampai tak bangun sahur kan. Bukankan perbezaan antara puasa umat Islam dengan Yahudi & Nasrani ialah makan sahur? Jadi, jangan malas2 yea....
Pastu buka puasa janganlah makan banyak2 sampai overload sampai nak solat maghrib pon tak larat. Makan ikut keperluan, bukan ikut kemahuan. Kalau pegi bazar Ramadhan tu, ikut hati memang nak beli semua, semua pon nampak sedap. Sabar...Ingatlah pada mereka2 yang kurang berkemampuan yang kita pon tak taw diorang dapat makan ke tak untuk berbuka.
Next, kawal nafsu. Nafsu makan, nafsu tido, nafsu nak 'buat ketupat', dan perkara2 yang melalaikan sekalian. Muhasabahlah diri.......
Then, time bulan puasa ni la kita nak gandakan amalan2 kita. Baca Quran setiap hari, pegi solat terawih, banyakkan sedekah, bangun malam, banyakkan berdoa. Dan moga2 amalan ni semua tak terhentilah selepas Ramadhan. Biarlah ia berterusan....
*ehh, bunyik macam pantun plak. Hihi....
Ahlan Ya Ramadhan.
Ramadhan, bulan seribu rahmat.
Lebih menarik, tengok video ni ((:
---they were super duper awesome!---
p/s: Kata2 ini khas ditujukan buat diri saya. Semoga dapat berubah ke arah kebaikan. Insya-Allah (:
No comments:
Post a Comment