01 November 2010

November sudaa


Skraaaeekkkk.....*bunyi kertas kalendar kuda dikoyakkan.

Dah masuk bulan 11. Kejap je kann?
Seperti biasa, mari beri ucapan hari lahir untuk anak2 November ini.....

..o2 Nov..my sis (Iqah@acik)..19
..06 Nov..Sakaki (IPians)..22
..09 Nov..sis Aiman (Jenan's)..21
..10 Nov..Shah (IPians)..22
..14 Nov..Fatin (X-Gen)..22
..17 Nov..Fairuz (KMNS)..22
..22 Nov..Abil (X-Gen)..22
..25 Nov..Mira (IPians)..22

......dan raaaamai lagi! (^_^)v

HAPPY BECOMING BIRTHDAYY!

29 October 2010

Apa itu MARKETING?


Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."
-->Itu adalah DIRECT MARKETING.

Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Dia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."
-->Itu adalah ADVERTISING.

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."
-->Itu adalah TELEMARKETING.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"
-->Itu adalah PUBLIC RELATIONS.

Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."
-->Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, Kahwinlah dengan aku." Lalu ia menampar muka anda.
-->Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK @ COMPLAIN

Hihihi.....

28 October 2010

Jangan emo2 ye...


How do you deal with those 'emo' people out there???

Emo. Urm, I mean orang2 yang...selalu emotional laa, selalu beremosi...(direct translation sungguh!) Hihi....Maksudnya, cam mood die easily changed. Kira cam mula2 ok, pastu tiba2 cam tarik muka empat belas masam macam cuka. Out of a sudden! Takde hangin, takde ribut die nak hangen satu badan. Kalau kite taw pucuk pangkal problem die, ok jugak. Boleyla kite like say something to comfort them. Tapi bile kite tak taw pape, mesti kita akan terfikir- "die ni marah kat aku ke?" or "aku ade wat salah kat die ke?". So secara otomatiknya mood kite time tu pon akan jadi macam die jugak. Hemo! Haish~~

Aku ni plak bukan jenis yang pandai ucap kata2 manis gula melaka, nak pujuk2 orang ni. Tak reti den! Den memang lomah bab2 pujuk2 orang nih...

Mungkin orang2 macam ni suka pendam perasaan and let the emotion control em. C'mon la, kalau ade problem, let it out. Kawan2 kan ade, family ade. Janganla nak berlagak tabah simpan sorang2. Sakit nanti. Ok, maybe anda tak mahu susahkan orang kan? Maybe ia terlalu private untuk dishare. Fine. Kamu ada hak untuk berahsia. But please, jangan sebab emo tak-tentu-arah kamu tu, rosakkan mood orang lain jugak. Please!

(Oh no, I'm getting emo here....fuhh...fuhhh....)

26 October 2010

Aku sayang korang

Terharu bile baca entry kat blog kawan aku nih....bacalah~~~
[[dedicate dis entry to DIBA...]]

Walaupun entry ini aku rasa part awal2 die cam agak kurang-asam-punye-budak sebab cerita pasal keinginan aku yang tak kesampaian tu. ishk3...
Pastu g letak plak gambar mereng mane ntah. Adehh...malu2~~~~

Ape pon atie, terima kasih bagi aku support, motivation. (serius, bergenang air mata aku....)

Juga aku tau semua kawan2 IP aku bagi sokongan n semangat kat aku. Terima kasih kawan2. Aku akan berusaha sebaiknya....

For my mom n dad, I PROMISE I'LL MAKE YOU PROUD.

...somehow i realize that i'm no more a little girl who'll cry and ask for the colourful lollipops. i've grown up. i'm a big, tough girl now....

25 October 2010

Aku perlu kekuatan

Ya ALLAH, aku benar2 perlukan petunjukMu, hidayahMu. Bantulah aku Ya Allah, bimbinglah aku. Berikanlah keyakinan padaku pada keputusan yang bakal ku ambil ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui.

Aku takut.
Rasa berbelah bagi.
Tak yakin.
Tertanya-tanya, mampukah aku????

Ye. Aku buntu sangat sekarang...Betul ke ape yang aku akan buat ni????

. . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Aku baru dapat tawaran (buat kali kedua) n kali ni boleh dikatakan aku akan confirm sambung blaja. Tadi da jumpa lecturer yang bakal jadi supervisor aku nanti. Sekarang ni aku tinggal isi borang online kat IPSIS, then esok hantar borang tu n insya-Allah bulan 12 dah boleh start.

Yang dok terbayang2 dalam otak aku-"mampu ke aku???? adakah aku da betol2 bersedia ni???aku akan straight buat PhD. bukan Master. aku mampu ke?????"

Takut sangat.

Tadi baru tanya sorang kawan aku ni, die sekarang tengah smbung PhD. I asked him this 'stupid' question- 'senang tak straight wat phd?'. N he said- 'xtau la weyh nk describe camner. pressure ar. tapi klu ko jenis yg konsisten, tiap2 ari wat keje, xde masalah kot. aku jenis malas. tu yg agak tensi. senang citer, klu ko mmg tol2 nk amik, ko mesti pastikn jiwa ko dh btul2 ready nk amik benda ni '

Bila fikir2 balik bab 'kerajinan' ni, memang bukan aku! Tengok je la masa aku wat final year project dulu. Malas nak mampos! Malas baca journal, malas jumpa supervisor...

So, aku perlu berubah. Aku HARUS berubah! Tak boleh main2 lagi macam dulu. Have to be serious. Really serious. Mampu ke aku???

Plus, aku akan amek TPM mengikut perancangannya. (actually aku belom clear lagi pasal skim fellowship la, skim khidmat siswazah(SKS) la, skim tenaga pengajar muda(TPM) ni sume lagi...) So far yang aku tau, kalau amek skim TPM ni, insya-Allah nanti kita akan jadi lecturer.

Ehem, lecturer. Pensyarah. (ohhh~~~....) Padahal selama ni bila orang tanya aku minat tak nak jadi pendidik, aku akan jawab- tak berapa. But see, aku akan mengambil jalan di mana akhirnya aku akan menjadi seseorang yang sebelum ni aku tak pernah bayangkan. Mampu ke aku????

Orang kata, minat boleh dipupuk...entahla....

My parents plak diorang memang dari awal lagi (masa 1st time dapat tawaran dulu) sangat encourage aku untuk sambung blaja. Jadi aku agak sedikit 'lega' sebab aku tau mereka akan sentiasa menyokong aku dan mendoakan aku.

Keputusan ni bakal mencorak masa depan aku kelak. Aku harus buat keputusan yang tepat. Taknak menyesal di kemudian hari...

Ya Allah, berilah aku kekuatan. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah dan tidak berdaya.....

Daisypath Anniversary tickers