30 November 2010

Pre-convo celebration


-nad aju ecah hajar tuyah man dieb leh-

Xde la celebration sangat. just makan2 je. Sebab masing2 pastu busy ngan hal masing2 (nak beli baju, kasut, segala 'kelengkapan' nak konvo. Hihihi....)

Ape pon, rasa happy sangat sebab dapat hangout sesame.

Can't wait for TOMORROW! Yippiee~~~~

26 November 2010

Selamat hari Jumaat


Alhamdulillah...surat tawaran postgrad dah settle.
(walaupun dalam hati sebenarnya ada sikit berharap hanya dapat buat master sahaja. huu....)

Takpe, Insya-Allah aku boleh buat. Yakin! Yakin!

Sekarang ni tinggal masalah rumah sewa je yang belum settle lagi. Adehh....Camne ni....Dahla nak kena daftar 18/12 ni. So by hook or by crook kena dapat rumah jugak awal Disember ni. Matilaa...camne ni....


Apepon, mood excited nak konvo sedang bermaharajalela dalam diri. Yipppiee~~~!!!!


p/s: saya tak fahamla baca sume journal tu.....-_-!

23 November 2010

The hundredth.

This is the 100th entry for my blog.

So,


Happy 100th!!!


Keep on writing!!! &...typing!
v(^_^)v

SPM sudah bermula


Hari ni, perjuangan mereka bermula. Segala apa ilmu yang dah ditimba sepanjang 2 tahun ni bakal dicurahkan...
(Kalau dapat curahkan semua, memang alhamdulilah. Tapi kalau blank, huu...tawakal la banyak2...)

Teringat zaman aku amek SPM dulu. 5 tahun lepas......

First paper aku, 12 November 2005. Paper Pendidikan Islam. Nombor giliran aku KB023A007. Nombor James Bond. Hakhak...Btw, sangat takott ohh. Yela, SPM ni kan also known as Sijil Penentu Masadepan. So memang kena struggle abes-abesan la..Aku ni plak ntah camne masa Form 5 bley sesat masuk kelas first ntah. Dahla dak klas2 1st ni sume rajin, pandai2. Aku ni la paling malas dan kurang pandai. Huwaaa....Masa first2 memang rasa psiko gile! Sampaikan, ade orang gelar kelas aku dulu 5A=bilik mayat. Especially time prep malam. Mane taknya, memang senyap kalau time prep. Sume study. Aku ni memang jenis malas ketegaq, tengok member2 kiri kanan depan belakang sume bukak buku study, aku ape laagi, cabot laa.... Aku g lepak kelas lain or aku lari g bilik MPP. N dalam kelas aku tu, aku la yang paling lemah subjek fizik ngan kimia. Masa klas fizik, aku awal2 lagi dah kena 'warning' ngan Mr Lim sebab result Form 4 aku teruk. Yang kimia plak, sampai dah masuk Form 5, aku still tak reti nak kira benda paling basic skali! Ala, yang kira bilangan2 mol tu sume. Bila dah abes syllabus sume, cikgu akan panggil aku g meja die, die ajar aku personally while orang lain wat soalan2 past year. Specially topik asid, bes dan garam tu ngan chemical2 reaction sume. Mak aii, ingat lagi aku sume2 tu! Huu...kenangan2~~~

Tapi alhamdulillah, dapat result yang boleh dikatakan ok. Walaupun telah menghancurkan impian menjadi seorang doktor, aku tetap bersyukur. Dalam kemalasan aku belajar, Tuhan tetap bagi rezeki ni kat aku...Terima kasih Tuhan...Terima kasih jugak untuk2 cikgu2 yang banyak berjasa, juga kawan2 yang banyak mendorong aku...THANKS ALL!


Urmm, cerita panjang2 motifnya sebenarnya nak wish good luck untuk semua yang akan amek SPM, terutama untuk adik lelaki aku, Adib. Semoga Allah merahmati kalian n break a leg! (^^,)

p/s: aku tak lupa juga 'tragedi' yang berlaku ketika gap exam untuk paper last skali, Biologi.

20 November 2010

Kerenah budak-budak....


Budak-budak ni kan memang macam2 kerenah, macam2 perangai. Tak bley dok diam. Ishk~
Yang aku maksudkan, ni haa bebudak ni...

---Posing masing-masing kemain....---
Ni gambar lama. Tahun 2008. Sume comel2 lagi time ni.
Skarang sume2 dah besar2 dah. (Maksud aku, saiz badan. Hihi...)

Yang belakang kiri tu Asyraf. Sekarang dah Form 2. Belah kanannya tu Aiman. Skarang Form 1. Yang depan kanan baju pink tu Hani. Dah darjah 4. Dorang bertiga ni kazen2 aku. (Anak2 adik mak aku yang bongsu). Err...lupa lak. Yang baju merah kat depan tu sape lagi kalau bukan adik kesayangan aku, si Bella.

Kazen2 aku ni sume skang kat umah aku. Sebab parents dorang (Maksu ngan Paksu aku) g haji. So dorang stay ngan kitorang sampai awal bulan 12. Memang meriah laa umah aku....

Nasib baik yang lelaki 2 orang tu masing2 da besar, so memang pandai bawak diri la. Pandai wat hal masing2. Dorang bawak laptop ayah dorang, so memasing layan la main game sume..Yang dok kecoh si Bella ngan Hani ni la. Kebetulan plak dorang 2 ni sebaya. Ape laagii...memang satu kepala laa.....

Skarang ni dok gila main batu seremban. Aku jugak la yang jahit kain, isi kacang hijau sume bagi kat Bella. (selepas die merayu, nak upah aku macam2. haha!) Hari2 dok keje baling batu je... Aku yang tengok ni plak yang rasa rimas. Pastu bile main ngan Hani asyik nak gaduh je.... Itu tak boleh la, macam ni tak aci la...Everyday tukar 'rules'. Ishk...Pening2....

Next, of course la lappy aku jadi mangsa. Yela, budak2 zaman sekarang. Sape je yang takde facebook?? Aku ni memang murah hati bagi dorang lenjan guna lappy aku. Laptop yg dorang bawak xde internet, so memang takde pilihan lain la. Iqah awal2 da bawak lari lappy die gune dalam bilik. Cess!!! Nasib baik yang Asyraf ngan Aiman tak berapa kisah sangat, sebab dorang 2 syiokk main game bola segala macam. Hani ngan Bella ni laa... Pagi petang siang malam dok fb, main game. Bengang gak aku. Bile masa aku nak main?? Aku pon ade fb gak!! (Hahahaha....dengan dak kecik pon taknak kalah!) Sampaikan, aku letak password kat lappy aku. Hakhakhak...(gelak jahat). Pastu, merayu laa kat aku. "Kak Farah...bagila password...nak guna kejap je...." Kejap lahh sangat kan.... Yelaa, aku mengalah je laa......aku kan super duper murah hati....

Tapi tadi aku dah cakap, "korang dah main lama kan hari ni...so esok tak bley main dah." Ape lagi, muka Hani dah monyok. "Alaaa.....". Hihihihihi.....Ala, sok kang dorang mintak aku bukak lappy ni confirm aku bukak nye la. Tak sampai hati wehh tengok muka seposen masing2... Hikhikhik....


ishk, aku dok membebel pasal bebudak ni, ntah2 aku masa kecik2 pon camtu jugak...hee~ :p

18 November 2010

Di sana banjir, di sini takde air

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Lagu pembuka kata. Takde kaitan dengan entry. Hakhakhak...

Urmm, kesian kan. Macam2 bencana alam jadi sekarang ni. Bile tengok berita pasal mangsa2 banjir kat utara sana tuh. Tu blom lagi yang mangsa2 Gunung Merapi kat Yogya. Nak nanges rasa time tengok keadaan kat sana kat Majalah 3 baru ni. Kat Haiti plak, gempa bumi. Seriously, our world is getting sick.....huhu

Berbalik kat cite banjir (mengikut tajuk di atas). Teruk jugak banjir tahun ni. Umah atuk kat Bukit Pinang pon masuk air. Tapi kat dapur je la, sebab bahagian depan agak tinggi. Mesti penat nak kemas balik bila air dah surut nanti. Tu nasib baik air masuk kat dapur je, tak ley bayang camne yang umah totally tenggelam dalam air. Kesiannye......

Tu kisah kat utara. Yang kat selatan sini (Kluang, to be specific) air kena catu plak.

Dapat memo dari SAJ (Syarikat Air Johor)....

---jadual pengagihan bekalan air mengikut kawasan---

Sungguhpun kuantiti air mentah di Empangan Sembrong Barat mencukupi, namun kualitinya terjejas akibat proses semulajadi yang menyebabkan Loji Rawatan Air Sembrong Barat tidak berupaya merawat dalam kapasiti normal.

Pengeluaran terpaksa dikurangkan..............


Ohh, air tercemar....Mula2 pelik jugak, takkan catu sebab takde air. Lately kan asyik hujan. Urmm.....So tadah, simpan la air banyak2....

Wait....wait.....saya mandi hari2 tau! 2 kali sehari!

17 November 2010

Beraya di lebuhraya

Hari ni tak beraya ke mana-mana. Raya atas jalan. Hihi...
Bukit Beruntung-Kluang.

Sepanjang perjalanan, cuaca xmenentu. Tapi asyik hujan je laa....Lebat pulak tu. Memang banyak la kitorang jumpa accident.

Satu lagi peristiwa.......
Adib jumpa ngan Que Haidar+wife+their kids kat kedai Al-Ikhsan, R&R Ayer Keroh. Die msg aku gtaw. Tapi aku tak perasan msg die. Bile aku baca je msg, Hani (my 10 yrs old cousin) terus ajak g sana. Hani said, "Kak Farah, Hani tak penah tengok artis depan2...jomla pegi...Hani nak tengok je..." Aku malas nak layan. Haha....Tapi luckily masa kitorang nak masuk2 kereta dah nak gerak, nampak diorang pon nak naik kereta. So tercapai la hasrat Hani nak tengok artis. Hahaha.... Diorang naik Naza Citra plat WQM ****. Hihihi....(mane bley tulis kann~~)

Apepon, kami still makan makanan raya. -Ade plak camtu?? Hihihi....-
My fav nasi impit+kuah lodeh+sambal sotong. Nyumm....nyummm.....

p/s: bley mintak duit raya takk?

16 November 2010

Yeayy!


Selepas baju...

Kini tiba giliran kasut pula....

Hahahaha....

Gile excited!!!

Pasni boley melaram pakai satu set. Try banyak2 kali, pusing satu umah.

Tak sabar. Tak sabar.

Cepatlaa 1 Disember! v(^_^)v

14 November 2010

Mau tonton lagi


Tonton ape??

Ni haaa....cite feveret aku....hahahaha...

♪♫♪♫ na na na na na na na...hey! hey! hey! ♪♫♪♫

---Hidup penuh semangat---

Da masuk musim ke-3. Actually yg season 1 aku tak tengok pon. Start layan tengok masa season 2. Tu pon sebab dok umah sewa n kawan2 sume pon layann jugak. Memang tak pernah miss every week melekat depan tv. Ngeh3...Yang dulu, live show die ari Sabtu n ade ulangan hari Rabu nya. Memang tak miss 2-2!! Even dah tengok hari Sabtu, still nak tengok jugak yang ulangan ari Rabu.

Tapi sekarang ni takbley dahh. Yela, dok kat umah. Aku takley conquer tv. Aku sebut je nak tengok Idola Kecil, confirm sume tak bagi!!! Jangan haraplaa... Sume mesti nak tengok Majalah 3. N tak sure plak ade ulangan tak hari Rabu. Huwaaaa......

Takpe, aku ade Tonton! ((:

[[[cam ntah pape je kan, gile tengok cite budak2 ni. adehhh~~~]]]

11 November 2010

Nak mintak hadiah...


Hari ni, keputusan UPSR diumumkan.....dan saya dapat 5A!!

---gambar dengan hadiah---

Eh, eh....tak percaya?? Tengok ni plak. Hihihi.....

---salah eja nama. benci btol -_-! suke telan huruf 'h' nama saya. eii...---

Ok...ok...Saya dapat 5A UPSR sepuluh tahun yang lalu. Gambar paling atas tu adalah gambar saya ngan hadiah2 Bella. (Bajet edit gambar konon2 nampak cam gambar lama. Padahal muka dah tua bangka...) Hari ni kat sekolah die, (merangkap bekas sekolah saya juga pada 12 tahun yang lalu) ade Majlis Anugerah Cemerlang. Tapi Bella bukan amek hadiah UPSR. Blom lagi...Die baru darjah 4. 2 tahun lagi baru UPSR. Ni gambar die....

---budak comot---

Bella dapat no 1 dalam klas, hadiah terbaik matapelajaran Matematik ngan BI. Tahniah~~~
Yang tak best nye, nama dalam sijil die salah. Cam biasa, ade orang g telan huruf 'h' kat nama die. (Haishh....sape la yang lapar sangat tu. Tak cukup ngan huruf 'h' nama aku. Kat nama Bella pon die nak telan....Ni boley jadik tajuk satu entry baru nih. 'Pencuri huruf 'h'. Best takk?)

Apepon, tahniah kat adik2 yang dapat 5A. Tahniahh!!

Ohh, satu lagi berita baru. Nama sekolah ni akan ditukar tak lama lagi. Tukar jadi apa? Kenapa? Tunggguuuu~~~~~

p/s: So, seminggu ni tajuk perbualan ayah ngan ibu pasti menjurus kepada keputusan UPSR ni. hehehe...cikgu la katakan~~~

09 November 2010

Pledge now!


Tetibe teringat....

Bulan lepas masa g jalan2 ngn Aju kat Sunway Pyramid, aku ad ada isi this kinda form for pledges and get my picture taken for the POCC campaign. So, aku pon g la website POCC tu, korek2, jumpa pon gambar aku aritu. Hehehe....Btw, POCC? Ape tu?

POCC = Power Over Cervical Cancer. Do you know? In Malaysia, an average of about 2,000 to 3,000 women are admitted to hospitals for cervical cancer every year and about 500 die from it. It is the second most common cancer in women (after breast cancer). Further info, click here.

So, Pledge now! Be a part of 24,000 photo pledges to be on the Malaysia Book of Records. Here!

Here's mine. (:

-onlyWords- V


Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life.

It's the obstacle he had to overcome while trying to succeed.

06 November 2010

HELP NEEDED!!!!

Nak cari umah sewa.....
Area Shah Alam. Spesifik lagi, dekat2 ngan UiTM.

Sape2 ade contact?????

Kalau boleh, nak umah yang kosong. Bukan umah tu yang kosong. Kalau dah sedia ade furniture tu memang alhamdulillah laa..Maksudnya, nak umah yang masih kosong, takde penghuni. So far kalau usha2 kat mudah.com (ini je satu2nya source untuk aku cari umah buat masa ni), banyak yang vacancy kat bilik sahaja. Means they only need about 1 or 2 person to occupy the room.

Memangla, kalau diikutkan memang kalau amek yang sewa bilik agak murah, tapi kita tak tau kita akan bercampur dengan orang yang macam mana. Bukanla aku taknak mix dengan orang, just taking the precautions sebelum apa2 perkara yang tak diingini berlaku. Taknak la jadi cam kawan aku. Kesian die. Housemate die wat hal, kena tinggal ngan laki mane ntah kat tepi jalan, pastu kena g balai polis segala. Tak pasal2 kawan aku ni jugak kena g balai polis jauh2, bawak die balik. Ishk....mintak jauh la benda2 macam tu.

Pasni nak jadi postgraduate student. So kena LEBIH2 serius. Taknakla libatkan diri dengan masalah2 camtu....

Aku agak2 kalau umah yang agak murah (area Shah Alam, memang umah mahal gile nak mampos!), maybe umah flat je kot. Itupon maybe >650 jugak.....Urm, rasanya maybe boleh kot kitorg berdua tanggung kos tu. (kalau tak, kitorang iklankan je la plak -'room for rent'. hihi...)

So, kepada sesiapa yang ade contact sesiapa yang mempunyai rumah untuk disewa, please....please...please...let me know. Harga max 650. (ade ke? huuu....). Kalau tak, yang vacancy bilik pon akan diconsider. Kemasukan bulan Disember.

Thanksss~~~~
---taknak kna tido tepi jalan...T^T---

03 November 2010

Seronokknyee~


Yeayyy!
Yeaaaayyyy!
Yippiieeee~~~~

Mengapa saya gumbira??
*
*
*
Sebab da beli baju konvo!!
Hahahaha....

Berbaloi ke happy gile macam ni???
Of coz laa....bukan senang aku nak jumpa baju kat kedai yang pertama dan terus beli! Hihi~~

02 November 2010

Happy 19th birthday!


To my sis.....Iqah@Acik!
---kek hasil 'contengan' aku---
[[ agak comot sangat! huhu....ohh tangan yang sungguh tak berseni...]]

Sebab kek ni asalnya kosong atas die. So dengan penuh semangatnya mencairkan coklat dan melukis serta menulis di atas kek. Yiiihaaaa~~~~

Atasnya cheese n bawah kek warna rainbow. Yum..yum.. (:

Jalan2 Kota Singa (:


[[ Bella n I went to Singapore on the 30th of October...hihi...]]

Actually ni rombongan cikgu2 sekolah ayah. Mulanya, ibu ngan ayah pegi skali. Tapi memandangkan on that day jugak adik aku yg kt TGB tu ade majlis solat hajat ngn garduasi(Form5), so my parents cancel plan g S'pore. They went to my brother's event. So it was only Bella n me who joined this trip.

Semuanya ok je. Just masa sampai kat imigresen Spore, Bella kena tahan.
Jeng....jeng....jeng......
Bella kena tahan imigresen???
Kenapa???

Camni....
Bella kan ade pasport, aku plak takde. So aku join yang pasport berkumpulan tu. So masa check kat imigresen Spore, Bella queue kat line lain. Dengan cikgu2 yang ade pasport sendiri tu. So die kira cam cepat la siap berbanding aku. Tiba-tiba, cikgu laki yg belakang aku ni perasan- "Eh, budak tu apsal tak pass? Apsal kena masuk office pulak??" Aku pon jengahla tengok kt depan. Memang pon, Bella kena ikut officer tu. Dalam hati aku-'haa sudahh....ape hal pulak ni kan.' Aku da risau gile bile tengok Bella kuar office tu lap2 mata die. Confirm die nanges! 'Adehh...nape ni....' Takot gile rasa. Lgpon Cikgu Tifa (wife ketua rombongan) tu ade cakap, imigresen Spore ni strict sket...

Bile aku setel check2 pasport aku sume, aku tros g kat officer yg ade ngan Bella tu. Die pon tanya- "Adik awak eh ni?". Aku angguk. "Die pnah pegi Spore tak sebelum ni?", die tanya. Aku jawabla tak. Pastu die tanya lagi-"Or die cam penah nak pegi tapi cam tak jadi or sampai imegresen...bla..bla..bla....". Dangg! Baru aku teringat......

Hari tu, masa ayah ibu nak g hospital JB, dorang penah sesat sampai ke Woodlands (imigresen Spore). Bella ade skali time tu (nak g lawat arwah nenek kt hospital). Aku tau pasal benda ni pon sebab aku terjumpa cam satu kertas ni dalam kete ayah.

So aku pon bagitau la kt officer tu, pasal yg penah sesat ape sume tu. Die suruh aku tunggu dalam office die sementara die settlekan pasport Bella.

Bile da siap, kitorang kuar. Adela 2-3 orang cikgu2 yang perasan aku n Bella masuk office tu pon tanya nape. Sbnarnya xde ape2 serius pon. Just sebab cam dalam sistem die ade nama Bella yang sebelum ni kononnya cam attempt to enter Spore without passport. Tapi da clearkan, so settle. Legaaa rasa. Nasib baik tak ambik masa lama. Kalau tak, boleh jejaskan satu rombongan tu. Huuu.....

Ok, enough talking. Enjoy the pics!

---Maxis saya bertukar jadi SingTel---

---the scenery (Tambak Johor)---

---Resort World, Sentosa Island---

---The Merlion---

---ready for Luge & Skyride---
BEST!!!

---Bella dgn muka takot---

---Universal Studio---

---at The Merlion---
yang macam kapal atas bangunan itu adalah sebuah kasino. hebat tak?



---makan!! Bella kate sedaap~~~---

Fuhh...banyak jugak gambar yg diupload. Hihi....

Before balik tu adela beli souvenir sket2 bawak balik. Tak taw nak beli ape sangat pon. Huu...Duit die compare ngan duit kite pon agak besar. RM1~$2.49, so belanja dengan penuh berhemah laa. Wee~~~

Rasa nak pegi lagi! (^_^)v Jom3!!

01 November 2010

November sudaa


Skraaaeekkkk.....*bunyi kertas kalendar kuda dikoyakkan.

Dah masuk bulan 11. Kejap je kann?
Seperti biasa, mari beri ucapan hari lahir untuk anak2 November ini.....

..o2 Nov..my sis (Iqah@acik)..19
..06 Nov..Sakaki (IPians)..22
..09 Nov..sis Aiman (Jenan's)..21
..10 Nov..Shah (IPians)..22
..14 Nov..Fatin (X-Gen)..22
..17 Nov..Fairuz (KMNS)..22
..22 Nov..Abil (X-Gen)..22
..25 Nov..Mira (IPians)..22

......dan raaaamai lagi! (^_^)v

HAPPY BECOMING BIRTHDAYY!

Daisypath Anniversary tickers