29 September 2010

Apelaa kamu ni...


Melarikan diri takkan dapat selesaikan masalah.
---dah tak tahan laaaa....---

Carila jalan penyelesaian terbaik.
---sebab tu la rasa nak lari....---

Itu bukan jalan penyelesaian. Itu mengambil jalan mudah.
---sape taknak benda yang mudah??---

Kalau macam tu, sampai bila masalahnya nak selesai?
---bila tiba masanya...huhu...---

Tunggu lama2, makin parah nanti.
---parah? rawat dlm ICU kt sepital. hahahaha....(okay, tak lawak-_-)---

Sendiri cari masalah, nak biar macam tu je?
---saya tak cari....masalah tu yg datang sendiri....tolongla halau...---

So, ape keputusan sekarang?
---ape lagi? laaariiiii lerrrr.......---

Ishk...ishk...ishk...
--- :p ---

Sekadar renungan


1. Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…. Allah tau betapa kau telah berjerih payah dan berusaha...

2. Jika kau telah menangis sekian lama dan hatimu terasa perit dan pedih… Allah telah menghitung jatuhan air matamu....

3. Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menanti sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu lama… Allah sedang menanti bersamamu.

4. Jika kau MERASA SENDIRIAN dan orang2lain SIBUK dengan banyak urusan…ingatlah Allah senantiasa berada di disisimu.

5. Ketika kau berfikir, kau sudah mencuba segalanya..tetapi tetap gagal dan tak tau nak buat apa lagi…ingatlah Allah selalu punya jawabnya...dan pasti ada hikmahnya..

6. Ketika segala sesuatu tidak masuk akal dan kau merasa sangat tertekan… Allah mampu menenangkanmu...dan berbanyaklah merintih pada ALLAH ..memohon bantuan...

7. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kamu merasa ingin mengucap syukur… Allah telah memberkahimu dan bersyukur lah pada ALLAH...

8. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mempunyai mimpi untuk digapai… doalah pada Allah sebanyaknya...agar tujuan kita itu diredhai NYA.

27 September 2010

Tentang dia


---gambar hiasan---

Saya sayangkan dia. Terlampau sayang.
Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ini.
Bila dia gembira, senang hati ini melihatnya.
Bila dia bersedih, seribu kali saya turut berduka.
Melihat dia ada didepan mata, tidak jemu mata ini memandang wajahnya.
Mendengar gelak tawanya, hilang semua resah di jiwa.

Tatkala terkenangkan dia, mudah sahaja air mata ini mengalir merindui dia.
Walau dia ada di depan saya, saya tetap rindu dia.

Pabila dia berkata dia tidak sayangkan saya, terasa gelap dunia ini.
Hancur luluh hati ini.
Namun saya tahu. Dia tidak bermaksudkannya.
Saya tetap sayang dia.
Dia segalanya bagi saya.


Ya, dia. Seorang insan. Bukan lelaki.

25 September 2010

It's your day, bella.


She's cute.

A cry-baby.

Sooo manja.

Chubby.

Four eyes. hihihi.....

She turns 10 today!

HAPPY BIRTHDAYY TO YOU!!!!
my beloved sister (:

---i love u. muaahhh!!!!---

22 September 2010

Just be yourself


"We come to love not by finding a perfect person. But learning to see an imperfect person perfectly"



Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

anonymouS:: every man shud embrace this song, rite?

16 September 2010

Pekerja beruniform putih


Berbaju putih bersih.
Berkasut.
Sibuk kesana kemari.
Menolong orang di dalam kesusahan.
Skema. :p

= DOKTOR


Ya. Seorang doktor. Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi doktor. Lebih spesifik lagi, doktor gigi :D. Masa form 5 dulu la. Naaak sangat. Tapi mungkin takdir sudah tertulis sejak azali lagi bahawa pekerjaan itu bukan untukku. Huhu....

[[ Tetibe terkenang balik sebab baru balik dari hospital siang tadi. Dan kemudian rasa kerja jadi doktor ni sangat cool. Ohh......]]


Tapi, mana ade benda yang senang dalam dunia ni kan? Semua ada cabarannya. Macam nak jadi doktor ni, kena belajar sampai 5-6 tahun (kot). Lama tuu......then kena ingat macam2 jenis disease, kuman, bakteria, sel, virus, ...every inch of human body ni kena tau. Internally & externally. Sungguh mencabar! (w'pun tak pernah alami, tapi dapat agak kepayahannya pabila mengenangkan zaman sekolah dulu; kena blaja bio. huhu...)


Terkenang kembali..........

Form 5. Bercita-cita menjadi doktor. Doktor gigi. Nak study kat Russia. Sungguh menggunung tinggi impian di kala itu. Namun.....bila result SPM kuar, realiti yang tak seindah apa yang diangankan. Biology dapat B3! Sangat2 sedih. Nak nangis time tu. T_T

"Every cloud has a silver lining"

Tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Fizik Industri. Alhamdulilah..........

----> Kepada semua golongan doktor, terima kasih atas jasa anda membantu masyarakat.
----> Kepada semua pelajar medic, belajar rajin-rajin! Anda harapan bangsa. (:

--jika doktor se'cool' ini, pegi hospital hari2 pon takpe!--

urmmm....tak dapat jadi doktor, nak cari bf doktor lah. hahahahaha...---sila tampar saya kuat2. panggg!!!!!--- adehh....awat gatai sangat nih tak taw.......ade calon?

Hari Malaysia 2010


Selamat Hari Malaysia!
16 SEPTEMBER 2010

PROUD TO BE MALAYSIAN.


Secebis rentetan sejarah:

23 Julai 1961 – Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

17 Januari 1962 – Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha.

9 Julai 1963 – Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963 – Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.

anonymouS:: waahh...teringat time belajar sejarah kat sekolah dulu (:

14 September 2010

Jom beraya!


Hai..hai...hai........
Ini hari kelima hari raya. Seronok....seronok...seronok.....
Kenapa? Boleh makan....makan....makan......hihihi...
Makanan kegemaran saya time raya ni of coz la ketupat, kuah kacang ngn rendang! Yummy!! N kuih pulak saya suka biskut suji. (so far xjumpa lagi kuih ni....nak buat, tak reti. padahal malas! :p)

--juadah di pagi raya--

Setakat hari ni, belum beraya ke mana-mana sangat lagi. Just masa first raya haritu, pegi Batu Pahat umah nenek sedara. Pastu malamnye pulak pegi airport, jemput abang yang pulang dari perantauan. Hehe...

Hari kedua beraya di jalan raya. Yela, jalan jem bagai nak gila...saboo je la...kami mahu beraya di Rembau, Negeri 9! Lewat petang baru sampai umah mak uda n jumpa ngan wan (nenek). Next day nye berjalan lah beraya ke umah mak cik, mak teh, pak ngah. Sume tu sedara belah ayah (adik-beradik ayah). Then terus balik umah. Jem laaagi....haish. Dekat nak malam baru sampai.

So semalam ngan arini dok umah je. Tunggu orang datang umah. Takde plan lagi nak beraya ke mana-mana.......

p/s: kepada yang mengenali diri ini, jemputlah beraya di rumah (:

09 September 2010

Selamat Hari Raya!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H

Break fast meal -Part 4- FINALE

Ramadhan sudah tiba di penghujungnya. Semoga Ramadhan yang ditinggalkan dapat mengembalikan kita kepada fitrah kita iaitu sebagai hamba Allah yang bertakwa. Dan semoga kita diberi kesempatan, dipanjangkan usia agar dapat mengecapi nikmat Ramadhan tahun hadapan....

Menu minggu-mingu akhir Ramadhan......

Day 23
-Kue teow goreng
-Cempedak goreng
-Kelapa

Day 24
-Nasi lemak ayam percik
-Donut
-Nenas, sour soup

Day 25
-Bihun sup
-Kuih Tako
-Kelapa

Day 26
-Mee goreng basah
-Roti john, keria, karipap
-Lemon blue, jambu

Day 27
-Roti pita, kari kambing, baked beans
-Pulut panggang, ketayap, lopez
-Laici

Day 28
-Mee bandung
-Kek keladi
-Ribena

Day 29
-Nasi bariyani ayam masak merah
-Pulut panggang
-Oren

Day 30
-Bihun goreng
-Rendang ayam
-Oren

Esok hari raya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

anonymouS:: bermaaf-maafan yea........

Yeay! yeay! Esok raya...


Malam tadi, pengumuman raya telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja yang mengisytiharkan tarikh hari raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H (ayat skema) :p. N semua orang pon bergumbira dan berteriak, "Yeay, esok raya." Padahal selama ni memang dah boleh agak dah yang hari raya akan jatuh pada hari Jumaat ni (esok). Saje wat excited terlebey. Hihihi.....

Persiapan raya? Urm, kuih raya dah siap 4 jenis. Salah satunya hasil tangan saya. Hehe...namanya 'Biskut Gorgeous Warna-warni' (suke hati je bagi nama sendiri...). Bagi nama gempak sket untuk mengcover rasa kuih itu yang agak biasa. Biasa. bukan tak sedap yea! N ibu ngan ayah pon ade beli 2 3 jenis lagi kuih raya.

---Biskut Gorgeous Warna-warni--
(nampak tak gorgeous langsung! cheit~ -_-! )


Ketupat pon dah siap anyam. Ketupat palas (made by my grandma) n ketupat nasi (made by me! (again)...n my adik)- <--- like this!
--ini namanya ketupat bawang--

Seronok dapat buat semua ni. Lagi terasa kehangatan nak berhari raya....

Raya tahun ni saya sekeluarga beraya kat Johor je. N maybe hari raya kedua or ketiga akan beraya di Negeri Sembilan- kampung sebelah ayah.

Yang menariknya, ingatkan tahun ni kami akan beraya sekeluarga ber6 je (ayah,ibu,saya,adik laki n 2 adik pompuan). Tapi rupa-rupanya akan complete ber7. Double YEAY!! Abang yang berada di perantauan akan pulang beraya bersama....

Ohh......excitednye........^^

One more, tambah excited lagi, dah jumpa pon baju raya yang berkenan di hati! (:

anonymouS:: ....hari ini Ramadhan terakhir...-_-

04 September 2010

nak yang itu!!!!


aku ni, kalau nak cari baju ke, kasut ke, memang susah. sampai kan adik-adik aku sume cakap- "akak tu kalau tak cukup doploh(20) kedai, takkan jumpa punya barang die."

huuu...aku ni bukanlah jenis yang cerewet sangat tapi entahla.....xdela demand sangat aku nih...tak taw nape. susah sangat nak berkenan ngan satu2 benda tu.

pastu yang tension nye, bile aku da berkenan kat benda tu, mesti takde saiz or stok da abes....huwaaaa~~~ T_T

macam tadi, aku elok dah berkenan kat baju kurung tu. tapi, takde saiz!
tension....tension.......

baju raya takde lagi......:'(
penat dah jalan pusing2 satu bazaar tu, tapi tak dapat2 lagi.............

anonymouS:: ishk3......

03 September 2010

-untitled- III

People change, even the person you thought you knew the most, changes.
And even though it hurts to see them go, you have to move on.
For the memories are all you have, and things might never be the same.

(♥'s, theHeart)
Truth,

02 September 2010

me♥my girl♥wookie

belek-belek cd case. terjumpa cd ni.....
[[ My Girl ]]


Ohh cerita ni memang BEST! tengok banyak2 kali pon tak boring....
Sebabnya? Of coz la sebab ade wookie lubby @ Mr Gong Chan
Sangat 'tacing' masa die nanes tu. huuu......


[[ohh....jangan tengok i lama2 ^^..]]


[[ melt.....melt.....melt.....>.< ]]

*saya ingin ulang tengok cerita ni buat ke sekian kalinya. jom3!*




anonymouS:: layannnn~~~~~♥

01 September 2010

Welcome to September!

"Benvenuto a settembre"

"Welkom tot en met september"

"欢迎至9月"

"Bem-vindo a setembro"

"9月へようこそ"

"Selamat Datang September!"

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di udara September ini. Syukur kehadrat-Nya.

Insya-Allah 10 September nanti kita akan menyambut lebaran. Hari kemenangan buat umat Islam setelah berpuasa sebulan di Ramadhan. Pastinya ini yang paling dinanti-nanti oleh kita semua (:
Selamat Hari Raya Aidilfitri! (ucapan in advance)

To all September's baby.......especially ---->

♥ my beloved youngest sister, Bella (25th Sept) 10
only-me-know-who (14th Sept) 2*
♥ IP's Zahir (19th Sept) 24
♥ IP's Kaber (16th Sept) 22
♥ Jenan's 0105 Farah (03rd Sept) 22
♥ Jenan's 0105 Wahida (11th Sept) 22
♥ Miss Farah Liyana (24th Sept) 27

dan pada semua lah yang sambut hari jadi di bulan September.......

HAPPY BECOMING BIRTHDAY!

anonymouS:: Be happy always!
Daisypath Anniversary tickers