31 July 2010

lagu jiwangs di malam hari

malam2 mcm skrg ni (Now: 12.30pm) best layan lagu2 jiwang kan?
haha...
tapi kenapa ehh?
kenapa mesti di malam saja bley jiwang2.
siang2 xbley? :P
sukahatila.
nahh.....

*siap ade lirik lagi. mari bernyanyi!*

tapi kan,
dalam byk2 lagu, kenapa lagu nih?
adehh....-jangan ditanya....
adakah terdapat maksud tersirat disebalik lagu ini?
ohh tidakk~~~ sikit2 adela :p

AMARAN: TIADA KENE MNGENE DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG SUDAH TIADA.

Dilarang untuk terasa.


anonymouS:: layann je~~~

28 July 2010

menanti....

8 weeks.


masih menanti.

menunggu.

dengan penuh kesabaran.

dan pengharapan.

Ya ALLAH, Hanya Kau yang Maha Mengetahui.


anonymouS:: bersabarlah....waktu itu akan tiba jua...

26 July 2010

bercinta umpama tunggu bas??

Tahu tak, cinta sebenarnya umpama seseorang yg menunggu bas. Urmm??
Yeke??
Teruskan membaca...(:

Bila bas tu datang, anda nengok bas tu dan anda kata pada diri anda,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, anda katakan pada diri anda, "Saya akan tunggu bas yg lain."Anda pun biarkan bas tu berlalu dan anda tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.anda nengok bas tu dan anda akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."Jadi, anda pun biarkan bas buruk tu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni anda kata, "Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi anda biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yg anda pula dah terlambat rupanya. anda mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa... anda dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg anda nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah anda dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk anda? Jadik, mengingini apa yg anda idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati "bas" itu tak sesuai dengan anda, apa yg perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yg macam ni. anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), anda tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri anda. Dan bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!


anonymouS:: kalau tunggu teksi plak camne? :p

23 July 2010

*emo*

IF I COULD DELETE YOU FROM MY LIFE,
THAT WILL BE TREMENDOUSLY AMAZING!!!


****sangat2 sakit hati!****

22 July 2010

-onlyWords- II

"...pasti kau mengimpikan apa rasanya
menari bagai bintang seindah angkasa
memang tak mudah seperti kau bayang
harus percaya, tabah dan usaha...."
(Suki, SiapaKu)

anonymouS:: ganbatte!

21 July 2010

peribahasa melayu

anda pasti pernah mendengar peribahasa ini.
atau sekurang2 nya pernah mempelajarinya masa skolah rendah dulu. (itupun jikalau ingatan anda masih kuat...)

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Lebih baik di negeri sendiri."

secara jujurnya, sehingga kini usia saya sudah mencecah hampir 22 tahun (hampir ye. belum lagi..) saya baru sahaja memahami maksud peribahasa tersebut pada hari ini. ya. hari ini.

sungguh sadis.

selama ni saya selalu tertanya2 kalau dah hujan emas kat negeri orang, baik dok kt negeri org. dapat emas (rezeki) hari2. kan boleh hidup senang.
kenapa nak duduk di negeri sendiri yang dihujani hujan batu?
kan sakit kalau kena. (mcmla kalau kna emas xsakit kan. haha...)

jadi akhirnya ibu saya memberi penjelasan....
ibu cakap, "kalau dah hujan emas hari2, mane nk dpt air?"
saya masih blur. tak faham.
ibu terangkan lagi, "yela, mane nak dapat air kalau hujan pon dapat emas?"
saya membantah, "hujan batu pon mane ade kuar air. batu kan?"
ibu menjawab, "maksud hujan batu tu, ialah hujan air batu. kan dari situ kita boleh dapt punca air. kalau emas, mane boleh hasilkan air...."
saya terdiam sejenak.
dlm hati- ooo, betul jugak...
tapi still xpuas hati.
"tapi die cakap hujan batu. bukan hujan air batu."
ibu jawab, "tu kiasan org melayu dulu2..."
so aku dh xtnya dah.....
then aku search kt Google.

--> Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

ok. saya dh faham. the point is, janganlah lupa asal usul kita....
(err...btol ke wt kesimpulan mcm ni?)
sila betulkan saya......(:

anonymouS:: malu bertanya sesat jalan....

20 July 2010

dilema itu

PROLOG

13 Mei 2010
Tahniah diucapkan kerana telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda tuan/puan dengan memperoleh Sarjana Muda (Kepujian) yang amat membanggakan fakulti dan universiti.

Sehubungan itu, sebagai mengiktiraf kejayaan tuan/puan, pihak universiti telah membuka ruang kepada para graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Kela
s Pertama) untuk meneruskan pengajian ke program Ijazah Kedoktoran (PhD) dengan pembiayaan sepenuhnya oleh UiTM.

Dekan,
Institute of Graduate Studies
UiTM.

* * *

salahkah kita kalau ingin mengikut kemahuan diri sendiri?
bagaimana kita nak betul2 pasti bahawa keputusan yang kita ambil itu tepat?
bersediakah kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang?

so i've made my mind.
but my parents kept asking me why i didn't grab this great opportunity.
they said if i chose to further my study then i don't have to worry anymore about the afterwards since i'll certainly be a lecturer next.
it really made me feel bad myself.
because until now, i still being unemployed.
did i made the wrong choice?

"You'll never know until you try"
that words keep spinning in my mind.
did i really made the wrong choice?

no regrets.

Whatever it is, what i need the most now is to keep believing myself.
believe that i have the ability to do what i want.
believe that i made the right choice.
believe that my chances is yet to come.someday.

Mungkin sekarang BELUM rezeki aku lagi....sabarlah wahai diri.

anonymouS:: DIA lebih mengetahui. berdoalah......

18 July 2010

whatever...

apsal laa.....
dah tau bnda tu akan menyakitkan, tapi naaak jugak tengok!
well, it's human nature. exploring something new.
plus the curiosity.
but this thing, involve the feeling which is soo complicated to explain!

i know it will definitely hurt my feeling, but i still want to know it all.
whyy???
whyy?????
i just don't understand but it really2 hurts!
urghhh.....

now, i've seen all the things that happened.
n i'm NOT happy for that.

anonymouS:: sabar je la.....

14 July 2010

menonton wayang

"DESPICABLE ME"

tu tajuk movie yang baru aku tgk.
boley laa...not bad. tapi kalau kanak2 confirm suka kot.
coz watak askar2 kecik warna kuning tu memang kiut!
haa...ni die ------------------->


nak dijadikan cerita, aku keluar sorg2 g bandar. urm, nk wt cane, mmg xde kawan nak diajak. huu...

sampai kat Kluang Parade, aku terus naik floor atas skali nak beli tiket. time tu kol 11.45. aku bajet2 nak tgk show kol 12.15
sampai je kt depan MBO tu, aku jadik cuak.
aikk, apesal takde org????
ade nota tampal kat mane2 cakap wayang tutup ke hari ni?? (sampai macam tu sekali aku dah fikir)
kat kaunter tiket pon xde org.
yg ade just sorg mamat bangla ni tengah cuci2 cermin.

tak lama pastu, muncullah sorg akak ni kat kaunter tu. (akak ke?? ntah, ye kot :P)
beli tiket, akak tu ckp panggung kosong lagi.
ahh...nasibla. sorang pon sorangla. bukan aku tak bayar.
(tapi dalam hati agak berdebar2 la....gua tak pernah woo tgk wyg sorg2 dlm wayang yg xde org!)

tibe masa, aku pun check-in. (cheewaahh)
nasibla ade org lain gak yg nak tgk show tu.
itu pon ade satu couple cina ni, then satu family cina gak ngn anak die 2 org.

so, layann je la show tu..........
boleyla....i gave 3.5 out of 5. hehe....
askar2 kuning tu kiut.
Margo, Edith n Agnes pon kiut.
slang Gru yg menarik~~ ala2 spanish.

sangat sesuai untuk kanak-kanak!

anonymouS:: next, eclipse okay!

13 July 2010

sms ohh sms


sekarang teknologi dah semakin berkembang.
internet merata2, sms merata2, dimana2, bila2 masa.
(wow..ayatt...)

FAKTA MENARIK: Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM4.7 juta sehari atau RM1.716 bilion setahun
untuk menghantar mesej melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).
--> agak2 brape banyak tu??


ok, here i wud like to share my point of view about this short messaging services or sms.
the usage of sms is very wide. bcoz it is simpler, faster n is the easiest way to communicate i think most people really favor this way.
-some people use it to keep in touch with family, friends, relatives...so boleh bertanya khabar...
-some sms to share news, or gossips! (:
-also nowadays we can sms to vote for our favorite contestant in the reality show, which i never did this. haha...sampaikan ade artis digelar 'raja sms'!
-even, people propose by sms! ohh, i dont prefer this one. noo wayy!! gentlemen la sket..1 on 1..
-at worst, there got an issue about declaring the divorce through sms. kalau tak silap, bnda ni sah. tak sure....

so, sangat banyak kegunaan sms ni.
ade jugak negative side utk sms ni.
contohnya, untuk menipu, hantar fitnah. mcm2.
macam yg pernah masuk kt berita before ni.
we got sms saying that we win some amount of money (of coz la yg byk)
then they'll ask about our account number and so on.
pastu tengok2, duit kte yg lesap!

sms while driving? ohh sangat bahaya!!!!

skrg pn kt tv byk sgt iklan surun sms on itu, on ini utk downloads their apps.
pastu kalau nak stop bukan senang. chehh...
ade plak suruh dapatkan gambar2 hantu la, suara hantu, suara bayi gelak la...
adehh...baik rakam suara sendiri. haha...

this one yg aku paling2 rasa cm annoy.
which is sms our name plus our couple's name to get the name of the baby!
apelaa.....benda mcm ni pon nak kena sms ke???
nak letak nama pon susah?
ok, bile fikir2 balik maybe their intention is just for fun, but still....xde bnda lain ke???
haha...saya sgt tak suka apps itu! really!

kesimpulannya, semua benda yang dicipta manusia ni ade kebaikan dan ade keburukannya.
semuanya terpulang pada kita untuk menggunakannya ke arah mana..(:

anonymouS:: beep!...beep! u got message! (:

talking to strangers

aku ni bukan jenis orang yang ramah tamah untuk tegur orang2 yg aku xkenal ni.
except kalau orang tu yg tegur dulu, n org tu nampak cam ok (mksudnya bukan muka cam nak culik org) then aku boley la nak sembang2 pastu...

tapi ni lain cerita nya...

arini aku pegi pejabat pos. nak pos barang kawan2 aku yg tertinggal dari umah sewa dulu tu. ade dua kotak (satu agak besar. satu kecik kiut miut je -bak kate akak yg jaga kaunter tu).
so aku terusla pegi kt kaunter bungkusan. nak isi borang sume n nak timbang.
kt kaunter tu time tu ade sorg pakcik ni tgh tunggu.(aku agak pakcik ni lagi tua dari ayah aku)
aku beratur je la kat blakang pakcik tu.
tibe2 die tegur aku....

pakcik: diorg ni keje lmbt la.
aku: haa?... (muka agak blur)

dalam hati -"apsal pakcik ni...xpela, senyum je.."

pastu pakcik tu cm ngomel2 lagi.
aku wat2 dgr je. aku pon xbrape clear ape yg die dok membebel tu. aku just angguk, senyum n iye kan aje ape yg die ckp. for sure die bebel psl service yg lmbt.
aku dh wat2 cm pandang kiri kanan, belek2 hset.
pastu pakcik tu tnya lg...

pakcik: mintak la kje kt sini.
aku: haa? (cam taw2 plak aku tgh menganggur skg ni)
pakcik: diorg ni sume dah tua2. keje pon lambat. pakcik pon dulu mcm tu. dulu masa muda2, bley pnjt tiang sane, pnjt tiang sini. skrg ni da tua. nk pnjt satu tiang pon da menggigil...

urm, aku xtnya plak pakcik ni keje ape....keje btolkan kabel kot....
pastu pakcik tu tnya lagi....

pakcik: umo brape?
aku: urmm, 21....
pakcik: anak pakcik ade sorg umo 22. yg pertama umo 24. anak pakcik dulu ade mintak kje kt cni. tp xdapat. kalau ade kenal org atas, senang. skjap je mst boleh dapat...
aku: hehe...

pastu die ckp ape lagi ntah. aku xbrape dgr. (actually, mmg x pay attention pon). die cite psl family die rsnya..psl anak2 die sume....aku angguk2 je...

ok, part yg xboley blah nye.....
die tnya....

pakcik: umah kt mane?
aku: taman matahari.
pakcik: jom g minum2 pasni..
aku: haa? xpela.......(WTH!! tibe ajak aku g minum2 plak...)
pakcik: ala, kejap je. sembang kt cni kna bdiri. jomla g duduk2 mane2....
aku: xpe2, pasni ade keje lain kna wt...(aku dh fikir macam2 alasan utk diberikan...)
pakcik: nape? takut boifren nampak?
aku: ehh..xdela..xpe2....(haih...pakcik ni pesal laa....)
pakcik: jomla.....
aku: xpe2...(aku geleng2 kepala....)
pakcik: ala nak takut ape. awak ni pn baya2 anak pakcik je...
aku:................(xtaw nk jawab ape. so pandang tempat lain)

aku da cm risau gile. cm psyko je pakcik nih.
dlm hati- manela akak yang jaga kaunter ni....cepatla datang.
tak lama pastu, akak yg jaga kaunter tu pon datang.
fuhh~~ alhamdulillah......selamat....
pakcik tu setel hal die n blah.....

aku pon setelkan hal aku. terjadi plak satu insiden.....

aku beli setem sume n nak tampal kt surat. akak kt kaunter tu tunjuk tmpt kt tepi tu ckp kat situ ade gam. aku pon pegila....
ade sorg mamat cina ni tgh tulis2 kt sampul surat die. n kt dpn die ade satu gam. glue stick lg. aku dgn tak fikir ape2 terus sambar gam tu n lekatkan setem kt sampul surat aku.
dah siap tampal2 sume, baru aku prasan. ade satu botol gam kat situ. (yg cair dlm botol)
then aku trfikir- "alamakk....gam ni mesti that guy tu yg punya...btol gk, mane ade pejabat pos sediakan gam yg jenis stick. mstila gam cecair kan.....adehhh....aku ni pon, pakai ambek je. bukan nak tnya dulu. malu2!"
aku pegi balik kt mamat cina tu...

aku: sorry, ni u punya ehh?
theguy: ye....
aku: eh, sorry eh...saya ingat memang yg kt cini punya...
theguy: takpe2. it's okay...
aku: sorry2.....

huu....then aku pon terus pos surat dan blah dgn cepatnya dari pejabat pos itu.....

aku pon jalan kaki nak g bus stand balik.....tibe2 kt tengah jalan. selisih dengan sorg pakcik ni...ni pakcik lain. bukan yg kat dalam post-office tu.

pakcik: dik, adik orang cini eh?
aku: (terkejut. sebab pakcik tu cam tanya tiba) a'ah....
pakcik: kat cini kt mane kdai makan melayu ehh?
aku: urm...(berfikir seketika n tgk keliling....mane ehh...kt area situ mmg xbanyak kdai mkn melayu. yg ade pn kdai mamak kt hjung jalan tu n kat seberang jalan ade mcD. so aku pn jawab...)
aku: maaf la pakcik. saya xbrape sure. saya pon jarang makan kt area2 sini.
pakcik: xpela, terima kasih..

aku pon terus jalan. actually, ade je kdai makan melayu yg aku taw. tp agak jauh dari situ. kalau nak explain pn aku bkn reti sgt. kang sesat pakcik tu plak...(sbnrnya, aku nk mengelakkan diri dari bercakap dgn org yg aku tak kenal. huu....) tapi,ape salahnya tolong pakcik tu kan? sory pakcik!


anonymouS:: lain kali jgn jalan sorg2!

12 July 2010

-onlyWords-

Love is about hurt and being hurt…if you don’t want to be hurt, don’t let yourself fall in love...if you are brave enough to feel how hurt it is, you know what you should do and you’ll realize how sweet it is…

anonymouS:: imy!

Viva Espana

Finally, it's the end of World Cup 2010. And the 36.8cm high, made of solid 18-carat gold trophy goes to
l
l
l
V
SPAIN!
[Info: Only 5 countries have won the World Cup since the new trophy was introduced. The name of each winning team and the year they won is engraved, in English, on the base of the Trophy. There are enough spaces to last until the Soccer World Cup 2038]


The game was spectacular! I watched the match last night (urm, morning to be precise). Even though i'm not in favor with both teams; (saya penyokong tegar GERMANY!) since it was the final game, so dont wanna lose the final scene of WC '10. (sempat jugak tertido ms second half tu n bukak2 mata tgk da minit ke-80! haha...) N of course to see who's prediction was right. Paul or Mani. Hee~~....

Both team were very aggressive with about 12 yellow cards raised (NED 7, ESP 5).Wow! That's a lot!
The only goal scored by Spain (A. Iniesta) was in the 30 minutes of extra time. (lamanya dorg main....bosan plak tggu lama2)
Well, from what i know, neither Netherlands nor Spain have ever won the World Cup's. So haruslah bermain mati-matian kann.....

After this, no more waking ups late at night watching football!
No more drooling over those hottie guys! (: <-- like this!
Back no normal life.

Tahniah juga kepada pemenang tempat kedua dan ketiga.

p/s: sedey coz pasni xbley tgk lg my fevret player main dlm WC. he'll be 36 in 2014. Ohh my Klose!


anonymouS:: next, BRAZIL 2014!

moods swing

boleh tak.....



kalau........



kita benci......



...bukan benci.....tak suka.....



urm, bukan tak suka.....



rs cm agak annoy.......(lbh krg cmtula.....)

kt org yg sepatutnya kte syg dn hormat sgt2! salah tak kalau kite berperasaan mcm tu? ok2, i know kite kena fikir dulu, die ade wt silap kt kite ke, die ade wt kite sakit hati ke....or memang itu adalah salah kite dan kite memang perlu untuk ditegur.
--> Everything happen for a reason.


tapi......


ntahla(xtaw nk explain mcm mane)....nobody's perfect. so aku accept je. and for me, lebih baik aku berdiam diri. aku mengambil keputusan untuk berbuat begitu. titik.


anonymouS:: apa masalah yg sebenarnya???

09 July 2010

cerita lawak I

Tajuk: Citer Sedih Pasal Mat M0t0r

Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye...Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok...oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai.
Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, "Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la"
Atan pon menjawab, "ala mak ni...Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..bukannyer jauh sgt pon".
Mak die pon menjawab, "suke ati ko lah tan..."

Kunci moto pon di pulas...vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan....maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan.."uihh nampaknye idup lagi budak ni.."tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik......dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi.
Kesiann......~~

Rupe-rupenye...Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
"Mat Motor ------> jangan suka pakai jaket terbalik
"Gf ------> cari pakwe yang ader kerete jer...:p

anonymouS:: tunggang dgn cermat. ingtlah org yg tersyg...

08 July 2010

world cup is over! T_T

huwaaaa....
eventhough it hasn't over yet, for me last night was the end of wc.
why?
my fav team lose at the semi final round.
oh my germany!!!!! u break my heart~~~

adehh...sedey nye.....
hanya kalah tipis je dgn spain. 1-0
at least, dorg kalah bermaruah. xdela kna belasah kaw2 smpai tiga ke empat ke kan...(ayat nk sedapkan hati....)


p/s: ini bukan gambar latest. Ballack xmain di wc
2010. Harap maklum.

l
l
l
l
l
l
V
ini pula player faveret saya...

anonymouS:: rasa nak makan sotong tak???

06 July 2010

the road not taken


1. Every person, all the events of your life are drawn there because you have them there. What you choose to do with them is up to you.

2. To decide, to be at the level of choice, is to take responsibility for your life and to be in control of your life.

3. The greatest power that a person possesses is the power to choose.

4. The hardest thing to learn in life is which bridge to cross and which to burn.

5. Nine out of ten people who change their minds are wrong the second time too.


p/s: this is NOT me. For illustration purposes only.

when u were given two choices, how will u make ur decision?
will u consider what other people have told u?
will u consider other's people feeling?
will u consider ur own capability?

or just choose it and leave it as it suppose to be?

For me, the hardest part in life is to make decision. With one single mistake, u might ruin ur whole life! And u are the one who'll bear it's consequences. Well, sometimes there's no wrong for making mistakes. That's how we learn in life. It's a lesson. Perhaps the hard one. After all that we've been through, that will make us become wiser. More mature. So, love urself, trust ur choices, and everything is possible. Live life with no regrets.....

anonymouS:: life is a choice. Choose wisely.

05 July 2010

happy back to school!

oopppsss!
this is not for me ok...hee~
saya da jadi alumni...ngee...

dak2 uitm da kembali belajar semula.
confirm shah alam jadi bz balik.
penuhla sume kedai2 mkn, mahupun kedai mamak. owh, xlupa juga pada kfc dan mcd yg amat2lah menjadi kegemaran pelajar2 uitm untuk melepak...ehh, bukan melepak laa, wt group discussion..kann~~

juga bas rapid! lagi2 awal2 ni kan, mostly budak2 baru mane ade transport sendiri. except for the guys la. dorg confirm tahan seminggu je naik bas rapid yg selalunya dipenuhi ngn girls. pastu mst naik moto nye...sape sanggup hari2 bersesak2 naik bas. -eh, saya sanggup! :p (sbb da xde option lain. huu~~)

[[ waahhh...tetibe rs rndu plak kt uitm...."UiTM Dihatiku" (: ]]

rindu kt kwn2......
rindu kt lecturers.....
rindu kt buku yang tebal...
rindu kt assignments...
rindu kt quiz...
rindu kt test....
rindu kt exams...
rindu kt bas rapid.....
rindu kt umah sewa....
rindu nk lepak kt lab.....
rindu kt....
rindu.....

semua nya!!

anonymouS:: belajar rajin2 yea!

ice breakingss

my name: fara
umo: 21 -bulan 12 nti bru ckup 22 (:
lahir bulan disember. tanggal 27. pkul 2ptg.

physically i'm not so tall nor too short.....sedang2 la:p
i'm a bit chubby...cute perhaps...ngeh3...

I love music, I looovvee to sing.
Even though suara saya xsemerdu ct nurhaliza, xselantang ning baizura n x se’indie’ yuna, saya still suke nyanyi…haha…n the best thing is, I can easily memorize song’s lyrics...best2!

Saya suke makan. I love spicy foods…
plus i love choc, cakes...-i eat almost everything! hahaha....

I'm a simple girl. saya suka kwn ngn sume org (:
I'm loyal….-worth dying for ^0^
I'm sumone you can count on….
I'm a secretive person..-that’s what my friend once told me...-mybe kot…
I'm cheerful, talkative, easy going……

ape lagi ehh?
enough kot.....

anonymouS:: that's all???!

01 July 2010

getting started..

baru nk wt blog???
hahaha..
tetibe cm gatal tgn nk menaip kot.
just having fun...lgpon tgh tanam anggur skrg. huu~

tapi....adehh, malu plak rs. tgk blog org lain sume canggih2. huuu...
adakah aku ketinggalan zaman? :p

" buah chempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan" (^^,)v


anonymouS:: xpe, blaja sket2. xpn, biar je..haha...mcmla ade org nk baca kann???
Daisypath Anniversary tickers